Assalamualaikum u oll...
Disini aku kongsikan bab pertama tuk novel kedua yang aku tulis.Heheh.Tak Cuba Kembali..
Dian Batrisya
Dhiya' Batrisya
BAB SATU
“DHIYA’.......DHIYA’....
Jangan tinggalkan Dian.Dhiya jangan pergi.”
Jerit Dian Batrisya . “Dian
..sayang bangun sayang.” Kedengaran suara Puan Sakinah yang baru saja tiba di bilik Dian.
“Dian bangun ..” Muncul pula suara Encik
Yusuf.Puan Sakinah sudah mula risau memandang wajah anak sulungnya yang kuat
meracau sejak akhir-akhir ni. Dian mula membuka mata lalu bangun memeluk
ibunya.
“Ibu
mana Dhiya’? Ayah mana Dhiya’.Dian nak jumpa Dhiya’Tolonglah ibu , ayah..Dian
nak Dhiya’.” Dian sudah menanggis teresak-esak di dalam pelukan Puan Sakinah.
“Sayang
jangan macam ni.Ibu dan ayah dah cakapkan yang Dhiya’ Batrisya dah tak ada
saying.Adik tak ada di dunia ni lagi.Sayang jangan macam ni.Sedih kalau Dhiya’
tengok keadaan Dian macam ni.” Ujar Puan Sakinah sambil mengusap rambut
Dian.Namun Dian terus-terusan menanggis.
“Ibu
dengan ayah tipu.Dian nampak Dhiya’ tadi datang jumpa Dian.Dhiya’ dah janji
yang dia takkan sesekali tinggalkan Dian .” Dian teresak lagi.Berjurai-jurai
air mata mengalir di pipinya.
“Dengar
cakap ayah ni Dian.Jangan macam ni.Esok pagi ayah dengan ibu bawa Dian ke kubur
Dhiya’ ye.” .Encik yusuf pula bersuara
sambil memujuk anaknya.
“Dhiya’
jangan tinggalkan Dian.Dhiya’ ....” Tanggis Dian lagi.
“Abang macam mana ni?Dah dekat dua bulan Dian
macam ni.Mulut dia tak pernah lekang dengan nama arwah Dhiya’.Dian tak boleh
terima hakikat ke abang?Kinah risaulah tengok keadaan dia.” Ujar Puan Sakinah
sewaktu menyelimut Dian.Selepas menanggis tadi dia tertidur kembali dalam
pelukan ibunya.
“Entahlah,abang
rasa nanti kita bawa dia pergi jumpa doctor .Sekarang ni dia dah tak nak
bercakap sangat dah.Yang selalu keluar dari mulut dia hanya nama Dhiya’.Risau
abang tengok satu-satunya anak perempuan yang kita ada sekarang ni.” Luah Encik
Yusuf gelisah.
“Jomlah
kita keluar dulu.Bagi dia rehat.Esok kita bawa dia jumpa doctor bang.Risau
Kinah lihat keadaan dia hari-hari begini.Terseksa hati saya tengok dia bang.”
Ujar Puan Sakinah , menitis air matanya memikirkan nasib anak perempuannya.
“Ye
lah.Nanti kita bawa dia esok.Abang pun tak sanggup nak tengok dia macam
ni.Abang nak Dian yang dulu yang ceria selalu.” Balas Encik Yusuf sambil
menarik pintu bilik anaknya itu.
IMBAS
KEMBALI .....
“Dhiya’ jomlah turun makan.” Laung Dian dari
dapur .
“Sekejap nanti Dhiya’
turun.Dhiya’ tengah sikat rambut ni.” Ujar Dhiya’ yang sedang ralit menyikat
rambut panjang miliknya di hadapan cermin.
“Dian mana Dhiya’ ?”
Soal Encik Yusof sewaktu muncul di dapur dan mengambil tempat di meja makan.
“Sekejap lagi Dhiya’
turun ayah.Dia tengah sikat rambut.
“Anak ibu ni dah ready
ke esok?” Kedengaran suara Puan Sakinah pula.
“Entahlah ibu, dah
ready kot.” Jawan Dian sambil tersengih.
“Ayah doakan semuanya
berjalan dengan lancar.Alhamdulilah Dian sudah dapat kerja .” Ayah sudah tersenyum.
“Eh Dhiya’ pun dapat
kerja juga ayah.Sampai hati tak nak sebut nama Dhiya’. Sedih la macam ni.”
Dhiya sudah terpacak di pintu dapur.
“Alahai sedih ke anak
ibu lagi sorang ni, Dhiya’ kan dah kerja hampir sebulan .Esok pula giliran Dian
pula.Jangalah sedih.Dua-dua ibu sayang.Mari makan.” Pujuk Puan Sakinah sewaktu
membawa mangkuk lauk pauk ke meja.
“Ala Dhiya’ janganlah
merajuk,nanti Dian merajuk sekali kan.” Ugut Dian pula sambil tersengih.
“Ala tak merajuklah
.Dhiya’ gurau je.Buat yang terbaik tau .Fighting ..” Dhiya sudah membuat aksi
seperti Han Ji Eun dalam drama korea full house .Dian juga membuat gaya yang
sama.
“Korang berdua ni , dah
mari duduk makan.Sejuk pula nasi nanti.Kalau nak bersembang tunggu lepas makan
.” Puan Sakinah sudah memberi arahan.Dhiya’ dan Dian sudah tersengih.
“Baik bos.” Ujar Dian
dan Dhiya’ serentak sambil membuat aksi tabik hormat.Encik Yusuf yang melihat
karenah anak daranya tersenyum senang lalu memulakan bacaan doa makan.
“Dhiya’ tempat kerja
Dhiya’ ok tak?” Soal Dian sewaktu mereka berdua sedang berniarap di atas katil
sambil membelek majalah Wanita di hadapannya.
“Alhamdulilah setakat
ni ok je.Meraka semua baik-baik.Nanti lepas ni Dian akan rasailah macam mana
environment kerja.” Balas Dhiya’ namun matanya masih lagi mengadap majalah
wanita.
“Dian rasa nervous la
pula nak lapor diri esok.” Tingkah Dian lalu mengubah posisi dari meniarap
terus baring .
“Samalah dengan Dhiya
hari tu.Nervous kot.Sepatutnya kita dapat kerja sama tapi tu la dia offer satu
je.Dhiya’ kalau boleh nak kerja sekali dengan Dian.Dhiya’ tak nak jauh dari
Dian.” Balas Dhiya’ lalu mengubah posisi seperti Dian.
Dian dan Dhiya’ adalah
pasangan kembar tak seiras.Di mana ada Dian di situ pasti ada
Dhiya’.Sememangnya mereka berdua sukar di pisahkan.
“Ala jangalah sedih,tak
apa kan sekarang ni Dian dah dapat kerja.Dhiya’ focus pada kerjaya Dhiya’
sekarang ok.” Pujuk Dian .
“Lepas ni Dhiya’ kena
biasakan diri tanpa Dian lah.” Dhiya’ bersuara lagi
“La kenapa pula macam
tu?” Tingkah Dian dengan pelik.
“Ye la orang tu tak
lama lagi dah nak kahwin.Untunglah si Zafran dapat Dian tau.” Usik Dhiya’
sambil gelak.
“Amboi perli ke apa
tu?Ala Dian nak kahwin lama lagi kot, kan Dian dengan Zafran baru je
bertunang.Kita naik pelamin sekali nak ?” Tingkah Dian sambil tersengih.
“Eleh ye la tu.Hah naik
pelamin sekali? tak naklah.Dhiya’ nak kahwin dengan siapa?” Dhiya’ sudah
berkerut dahi.
“La bukan Dhiya’ nak
kahwin dengan Haikal ke?” Usik Dian lagi.
“Eh itu cerita lama la
Dian.Haikal tu dah kahwin kot.Lepas Dian kahwin ,nanti Dhiya’ kahwin la juga.”
“Ye la sangat .Dahlah
jom tidur.” Dian sudah bangun lalu membetulkan kedudukan bantal.
“Ok kalau macam tu
Dhiya’ masuk bilik dululah.” Dhiya’ turut bangun.
“Dhiya tidur dengan
Dian la malam ni.Bolehlah.Nanti kalau Dian dah kahwin kita dah tak boleh tidur
sekali.” Dian buat muka sedih.
“Alalala kesiannya
Dhiya tengok muka Dian.Ye la malam ni Dhiya’ tidur sebelah Dian.Puas hati .”
Pujuk Dhiya .
“Yes.Sayang Dhiya’.”
Dian kembali ceria .
“Sayang Dian juga.Dian
nanti kalau Dhiya’ tak ada Dian jangan sedih tau.” Dhiya berbicara lagi.
“Dhiya’ ..Dian tak suka
Dhiya’ cakap macam ni.” Berubah terus wajah Dian.
“Dhiya’ gurau je.Dahlah
jom tidur.” Balas Dhiya’ sambil merebahkan kepalanya ke bantal.
“Dhiya’ jangan
tinggalkan Dian .”
“Ye janji.Dah jom
tidur.Esok kerja.”
KEESOKKAN harinya.Dian
bersiap ala kadar.Dia hanya menyarungkan sepasung baju kurung bewarna biru muda
dan juga tudung bewarna biru tua.Matching gitu.Seletah merapikan tudung yang di
pakai lalu di calitkan sedikit gincu yang bewarna merah jambu ke bibir
miliknya.
“Dian dah siap belum?”
Ujar Puan Sakinah sewaktu mengetuk pintu bilik Dian.
“Dah siap dah ibu.”
Balas Dian lalu bemusingkan badan ke arah pintu .
“Cepat tau.Nanti lambat
pergi kerja pula.” Puan Sakinah bersuara lagi di hadapan pintu bilik Dian.
“Ye ibu.Lagi seminit Dian
keluar.” Aku mengambil handbag yang berada di atas katil dan berdiri di hadapan
cermin lagi sekali .
“All the best Dian “.
Bebel Dian sendirian sambil tersenyum pada cermin lalu melangkah keluar dari
biliknya.
“Pheewwiittt lawa Dian
hari ni.” Kedengaran suara Dhiya’ mengusik Dian sewaktu Dian melangkah ke meja
makan untuk bersarapan pagi.
“Lawa anak ayah pagi
ni.” Usik Encik Yusof pula sambil menghirup milo panas.
“Tengoklah anak siapa.”
Ujar Dian sambil tersenyum manis.
“Mestilah lawa , anak
ibu kan.” Sampuk Puan Sakinah pula .
“Hari ni Dhiya’ hantar
Dian kerja eh.” Ujar Dhiya sewaktu menyuapkan
roti bakar ke dalam mulutnya.
“Bagus-bagus.Itu Dian
suka.” Jawab Dian tersengih lagi.Kereta yang di guna pakai oleh Dhiya’
merupakan kereta milik Encik Yusof.
“Korang berdua gunalah
kereta ayah tu dulu.Ayah boleh guna kereta Viva tu.Proton Saga tu korang berdua
bawa bergilir-gilir lah.Bila dah stabil nanti barulah korang berdua beli kereta
.” Ujar Encik Yusof lagi.Dian dan Dhiya’ sudah tersenyum puas.
“Tapi ingat, jangan
bawa kereta laju-laju.Ikut peraturan jalan raya.” Puan Sakinah sudah memberi amaran.
“Betul ayah setuju
dengan kata ibu kamu tu.Hati-hati bawa kereta.”
Tingkah Encik Yusof.
“Thank you ayah , ibu.”
Ujar Dian dan Dhiya’ serentak lalu menyambung sarapan kembali.
“Dian bagilah Dhiya
bawa kereta.” Kedengaran suara Dhiya yang berada di tempat duduk sebelah.Waktu
itu mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumahnya.Petang sebegini
sememangnya jalan penuh sesak sebab orang ramai berpusu-pusu balik ke rumah.
“Ala Dhiya’ biar Dian bawak eh.Pagi tadikan Dhiya’ dah
drive.So petang turn Dian yang drive ok?” Pujuk Dian.
“Dhiya’ risau tengok
Dian drive.Dian dah lamakan tak drive kereta.Kereta Viva dekat rumah tu pun
Dian jarang guna tu yang Dhiya risaukan.” Balas Dhiya’ lagi .
“Ala biar Dian bawa
ok.” Tingkah Dian sambil memandu dengan perlahan.Dhiya’ hanya menganggukkan
kepala dan memfokus kembali pandangan ke depan.
Bersambung ......
SaLaM KaSiH

BEST.
ReplyDeleteTa baby Mio baca TCK.
ReplyDeleteInsyaAllah nanti bab seterusnya TCK akan datang selepas
Dirimu Satu ..:D