SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Friday, January 25, 2013

[NOVEL] TAK CUBA KEMBALI BAB 1


Assalamualaikum u oll...

Disini aku kongsikan bab pertama tuk novel kedua yang aku tulis.Heheh.Tak Cuba Kembali..


Dian Batrisya
Dhiya' Batrisya

BAB SATU





“DHIYA’.......DHIYA’.... Jangan tinggalkan Dian.Dhiya jangan pergi.”   Jerit Dian Batrisya  . “Dian ..sayang bangun sayang.” Kedengaran suara Puan Sakinah yang baru saja tiba di bilik    Dian.

 “Dian bangun ..” Muncul pula suara Encik Yusuf.Puan Sakinah sudah mula risau memandang wajah anak sulungnya yang kuat meracau sejak akhir-akhir ni. Dian mula membuka mata lalu bangun memeluk ibunya.

“Ibu mana Dhiya’? Ayah mana Dhiya’.Dian nak jumpa Dhiya’Tolonglah ibu , ayah..Dian nak Dhiya’.” Dian sudah menanggis teresak-esak di dalam pelukan Puan Sakinah.
“Sayang jangan macam ni.Ibu dan ayah dah cakapkan yang Dhiya’ Batrisya dah tak ada saying.Adik tak ada di dunia ni lagi.Sayang jangan macam ni.Sedih kalau Dhiya’ tengok keadaan Dian macam ni.” Ujar Puan Sakinah sambil mengusap rambut Dian.Namun Dian terus-terusan menanggis.

“Ibu dengan ayah tipu.Dian nampak Dhiya’ tadi datang jumpa Dian.Dhiya’ dah janji yang dia takkan sesekali tinggalkan Dian .” Dian teresak lagi.Berjurai-jurai air mata mengalir di pipinya.

“Dengar cakap ayah ni Dian.Jangan macam ni.Esok pagi ayah dengan ibu bawa Dian ke kubur Dhiya’ ye.” .Encik  yusuf pula bersuara sambil memujuk anaknya.
“Dhiya’ jangan tinggalkan Dian.Dhiya’ ....” Tanggis Dian lagi.

 “Abang macam mana ni?Dah dekat dua bulan Dian macam ni.Mulut dia tak pernah lekang dengan nama arwah Dhiya’.Dian tak boleh terima hakikat ke abang?Kinah risaulah tengok keadaan dia.” Ujar Puan Sakinah sewaktu menyelimut Dian.Selepas menanggis tadi dia tertidur kembali dalam pelukan ibunya.

“Entahlah,abang rasa nanti kita bawa dia pergi jumpa doctor .Sekarang ni dia dah tak nak bercakap sangat dah.Yang selalu keluar dari mulut dia hanya nama Dhiya’.Risau abang tengok satu-satunya anak perempuan yang kita ada sekarang ni.” Luah Encik Yusuf gelisah.
“Jomlah kita keluar dulu.Bagi dia rehat.Esok kita bawa dia jumpa doctor bang.Risau Kinah lihat keadaan dia hari-hari begini.Terseksa hati saya tengok dia bang.” Ujar Puan Sakinah , menitis air matanya memikirkan nasib anak perempuannya.

“Ye lah.Nanti kita bawa dia esok.Abang pun tak sanggup nak tengok dia macam ni.Abang nak Dian yang dulu yang ceria selalu.” Balas Encik Yusuf sambil menarik pintu bilik anaknya itu.

IMBAS KEMBALI .....

“Dhiya’  jomlah turun makan.” Laung Dian dari dapur  .
“Sekejap nanti Dhiya’ turun.Dhiya’ tengah sikat rambut ni.” Ujar Dhiya’ yang sedang ralit menyikat rambut panjang miliknya di hadapan cermin.
“Dian mana Dhiya’ ?” Soal Encik Yusof sewaktu muncul di dapur dan mengambil tempat di meja makan.

“Sekejap lagi Dhiya’ turun ayah.Dia tengah sikat rambut.
“Anak ibu ni dah ready ke esok?” Kedengaran suara Puan Sakinah pula.
“Entahlah ibu, dah ready kot.” Jawan Dian sambil tersengih.
“Ayah doakan semuanya berjalan dengan lancar.Alhamdulilah Dian sudah dapat kerja .” Ayah sudah tersenyum.

“Eh Dhiya’ pun dapat kerja juga ayah.Sampai hati tak nak sebut nama Dhiya’. Sedih la macam ni.” Dhiya sudah terpacak di pintu dapur.

“Alahai sedih ke anak ibu lagi sorang ni, Dhiya’ kan dah kerja hampir sebulan .Esok pula giliran Dian pula.Jangalah sedih.Dua-dua ibu sayang.Mari makan.” Pujuk Puan Sakinah sewaktu membawa mangkuk lauk pauk ke meja.

“Ala Dhiya’ janganlah merajuk,nanti Dian merajuk sekali kan.” Ugut Dian pula sambil tersengih.

“Ala tak merajuklah .Dhiya’ gurau je.Buat yang terbaik tau .Fighting ..” Dhiya sudah membuat aksi seperti Han Ji Eun dalam drama korea full house .Dian juga membuat gaya yang sama.
“Korang berdua ni , dah mari duduk makan.Sejuk pula nasi nanti.Kalau nak bersembang tunggu lepas makan .” Puan Sakinah sudah memberi arahan.Dhiya’ dan Dian sudah tersengih.

“Baik bos.” Ujar Dian dan Dhiya’ serentak sambil membuat aksi tabik hormat.Encik Yusuf yang melihat karenah anak daranya tersenyum senang lalu memulakan bacaan doa makan.
“Dhiya’ tempat kerja Dhiya’ ok tak?” Soal Dian sewaktu mereka berdua sedang berniarap di atas katil sambil membelek majalah Wanita di hadapannya.

“Alhamdulilah setakat ni ok je.Meraka semua baik-baik.Nanti lepas ni Dian akan rasailah macam mana environment kerja.” Balas Dhiya’ namun matanya masih lagi mengadap majalah wanita.

“Dian rasa nervous la pula nak lapor diri esok.” Tingkah Dian lalu mengubah posisi dari meniarap terus baring .

“Samalah dengan Dhiya hari tu.Nervous kot.Sepatutnya kita dapat kerja sama tapi tu la dia offer satu je.Dhiya’ kalau boleh nak kerja sekali dengan Dian.Dhiya’ tak nak jauh dari Dian.” Balas Dhiya’ lalu mengubah posisi seperti Dian.

Dian dan Dhiya’ adalah pasangan kembar tak seiras.Di mana ada Dian di situ pasti ada Dhiya’.Sememangnya mereka berdua sukar di pisahkan.
“Ala jangalah sedih,tak apa kan sekarang ni Dian dah dapat kerja.Dhiya’ focus pada kerjaya Dhiya’ sekarang ok.” Pujuk Dian .

“Lepas ni Dhiya’ kena biasakan diri tanpa Dian lah.” Dhiya’ bersuara lagi
“La kenapa pula macam tu?” Tingkah Dian dengan pelik.
“Ye la orang tu tak lama lagi dah nak kahwin.Untunglah si Zafran dapat Dian tau.” Usik Dhiya’ sambil gelak.

“Amboi perli ke apa tu?Ala Dian nak kahwin lama lagi kot, kan Dian dengan Zafran baru je bertunang.Kita naik pelamin sekali nak ?” Tingkah Dian sambil tersengih.
“Eleh ye la tu.Hah naik pelamin sekali? tak naklah.Dhiya’ nak kahwin dengan siapa?” Dhiya’ sudah berkerut dahi.

“La bukan Dhiya’ nak kahwin dengan Haikal ke?” Usik Dian lagi.
“Eh itu cerita lama la Dian.Haikal tu dah kahwin kot.Lepas Dian kahwin ,nanti Dhiya’ kahwin la juga.”

“Ye la sangat .Dahlah jom tidur.” Dian sudah bangun lalu membetulkan kedudukan bantal.
“Ok kalau macam tu Dhiya’ masuk bilik dululah.” Dhiya’ turut bangun.
“Dhiya tidur dengan Dian la malam ni.Bolehlah.Nanti kalau Dian dah kahwin kita dah tak boleh tidur sekali.” Dian buat muka sedih.

“Alalala kesiannya Dhiya tengok muka Dian.Ye la malam ni Dhiya’ tidur sebelah Dian.Puas hati .” Pujuk Dhiya .

“Yes.Sayang Dhiya’.” Dian kembali ceria .
“Sayang Dian juga.Dian nanti kalau Dhiya’ tak ada Dian jangan sedih tau.” Dhiya berbicara lagi.

“Dhiya’ ..Dian tak suka Dhiya’ cakap macam ni.” Berubah terus wajah Dian.
“Dhiya’ gurau je.Dahlah jom tidur.” Balas Dhiya’ sambil merebahkan kepalanya ke bantal.
“Dhiya’ jangan tinggalkan Dian .”
“Ye janji.Dah jom tidur.Esok kerja.” 

KEESOKKAN harinya.Dian bersiap ala kadar.Dia hanya menyarungkan sepasung baju kurung bewarna biru muda dan juga tudung bewarna biru tua.Matching gitu.Seletah merapikan tudung yang di pakai lalu di calitkan sedikit gincu yang bewarna merah jambu ke bibir miliknya.

“Dian dah siap belum?” Ujar Puan Sakinah sewaktu mengetuk pintu bilik Dian.
“Dah siap dah ibu.” Balas Dian lalu bemusingkan badan ke arah pintu .
“Cepat tau.Nanti lambat pergi kerja pula.” Puan Sakinah bersuara lagi di hadapan pintu bilik Dian.

“Ye ibu.Lagi seminit Dian keluar.” Aku mengambil handbag yang berada di atas katil dan berdiri di hadapan cermin lagi sekali .
“All the best Dian “. Bebel Dian sendirian sambil tersenyum pada cermin lalu melangkah keluar dari biliknya.

“Pheewwiittt lawa Dian hari ni.” Kedengaran suara Dhiya’ mengusik Dian sewaktu Dian melangkah ke meja makan untuk bersarapan pagi.
“Lawa anak ayah pagi ni.” Usik Encik Yusof pula sambil menghirup milo panas.
“Tengoklah anak siapa.” Ujar Dian sambil tersenyum manis.
“Mestilah lawa , anak ibu kan.” Sampuk Puan Sakinah pula .
“Hari ni Dhiya’ hantar Dian kerja eh.” Ujar Dhiya sewaktu menyuapkan  roti bakar ke dalam mulutnya.

“Bagus-bagus.Itu Dian suka.” Jawab Dian tersengih lagi.Kereta yang di guna pakai oleh Dhiya’ merupakan kereta milik Encik Yusof.

“Korang berdua gunalah kereta ayah tu dulu.Ayah boleh guna kereta Viva tu.Proton Saga tu korang berdua bawa bergilir-gilir lah.Bila dah stabil nanti barulah korang berdua beli kereta .” Ujar Encik Yusof lagi.Dian dan Dhiya’ sudah tersenyum puas.
“Tapi ingat, jangan bawa kereta laju-laju.Ikut peraturan jalan raya.”  Puan Sakinah sudah memberi amaran.

“Betul ayah setuju dengan kata ibu kamu tu.Hati-hati bawa kereta.”  Tingkah Encik Yusof.
“Thank you ayah , ibu.” Ujar Dian dan Dhiya’ serentak lalu menyambung sarapan kembali.
“Dian bagilah Dhiya bawa kereta.” Kedengaran suara Dhiya yang berada di tempat duduk sebelah.Waktu itu mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumahnya.Petang sebegini sememangnya jalan penuh sesak sebab orang ramai berpusu-pusu balik ke rumah.
“Ala Dhiya’  biar Dian bawak eh.Pagi tadikan Dhiya’ dah drive.So petang turn Dian yang drive ok?” Pujuk Dian.

“Dhiya’ risau tengok Dian drive.Dian dah lamakan tak drive kereta.Kereta Viva dekat rumah tu pun Dian jarang guna tu yang Dhiya risaukan.” Balas Dhiya’ lagi .
“Ala biar Dian bawa ok.” Tingkah Dian sambil memandu dengan perlahan.Dhiya’ hanya menganggukkan kepala dan memfokus kembali pandangan ke depan.

Bersambung ......

SaLaM KaSiH

2 comments:

  1. Ta baby Mio baca TCK.

    InsyaAllah nanti bab seterusnya TCK akan datang selepas
    Dirimu Satu ..:D

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D