SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, April 15, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 1

Assalamualaikum u oll..

Ok di atas permintaan dari kawan2 maka hari ni Ayra Zahra akan update Bab pertama untuk karya kedua iaitu Aku DiTakdirkan Untukmu.Terima kasih kepada mereka yang sudah membaca prolog ADU ni.Sangat2 terharu  bila lihat ada sambutan.Mekasih banyak2 ya.

                                         





BAB SATU


    JAM di pergelangan tangan Dian Batrisya sudah berginjak ke angka tujuh suku pagi.Dian Batrisya membetulkan tudungnya di depan cermin.Hari ni merupakan hari pertama dia akan bekerja di sebuah Syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur.Dian mencalitkan sedikit lipstick yang berwarna pink  di bibirnya Jangan guna warna merah nanti nampak sexy lips  pula.Dian menarik nafas dalam-dalam.

   Setelah puas menilik wajahnya di cermin di hadapannya itu Dian bergerak beberapa langkah ke belakang untuk melihat baju kurung yang di pakainya di cermin.Baju kurung yang bewarna merah jambu berbunga kecil di tiliknya.Setelah Dian rasa puas hati dengan penampilannya dia terus mengambil botol minyak wangi lalu di semburkan di pergelangan tangannya.

    Kemudian Dian mencapai tas tangan miliknya yang berada di atas tilam , sebelum melangkah keluar dari biliknya.

    “Dhiya’..Dah siap belum?” Ujar Dian sambil mengetuk pintu bilik Dhiya’ Batrisya.
     “Cakk..Dhiya’ dah siap dah.Jomlah.Dhiya’ hantarkan Dian dulu pergi kerja baru Dhiya’ pergi kerja .Jom kita turun sarapan pagi dulu.”Balas Dhiya’ Batrisya sewaktu terjengkul mukanya di pintu bilik.Dian Batrisya sudah tersenyum manis pada kembarnya.Dian Batrisya dan juga Dhiya’ Batrisya adalah pasangan kembar.Muka mereka berdua saling tak tumpah .Yang membezakan wajah mereka berdua adalah lesung pipit dan tahi lalat.

   Dian Batrisya memiliki lesung pipit di kanan dan kiri , manakala Dhiya’ pula mempunyai tahi lalat di bawah bibir kanan dan tepi hidung mancung miliknya.Jikalau mereka berdua memakai baju yang sama memang susah untuk sesiapa mengecam yang mana satu kakak dan yang mana satu adik.Dian Batrisya merupakan kakak manakala Dhiya’ Batrisya pula merupakan adik.

    “Ok cantik.Dhiya’ ..Dian rasa nervous la hari ni.”Tingkah Dian sambil meletakkan tangannya di dada.
    “Relax la.Jangan la nervous sangat.Dhiya’ hari tu pun nervous juga tahu.Jangan risau lepas tu dah ok dah.Jom kita sarapan dulu eh.”Balas Dhiya’ pula sambil memeluk bahu Dian.Dian mengulum senyuman pada Dhiya’

   “Ok kita sarapan dulu.Perut Dian pun sudah berbunyi ni .Lapar.” Tingkah Dian lagi sambil mengusap perutnya depan Dhiya’. Apa lagi Dhiya’ sudah tersengih pada Dian sambil mengusap perutnya juga kerana lapar.Terus saja mereka berdua  berjalan menuju ke ruang dapur.Dhiya’ menjinjit beg laptopnya di tangan.Dian pula hanya menyandang beg tangan di atas bahu.

   “Selamat pagi mak , ayah.”Ujar Dian dan Dhiya’ serentak.
    “Selamat pagi.Wah lawanya anak mak pagi ni.”Ujar Puan Sakinah sewaktu melihat anak kembarnya yang sedang duduk di kerusi.Dian dan Dhiya’ duduk sebelah menyebelah.

     “Mestilah lawa mak.Hari ni kan hari bekerja dan hari ni juga merupakan Hari pertama Dian kerja.”Balas Dian sambil mengambil roti bakar lalu di sapukan dengan jem strawberry ..

     “Ayah doakan semuanya berjalan dengan lancar untuk anak kembar ayah ni Dian dan Dhiya’.” Ujar Encik Yusuf pula yang sedang menghirup milo panas.
    “Terima kasih ayah.”Jawab Dian dan Dhiya’ serentak.
    “Kalau dah kembar memang rupa itulah abang.Bercakap je memang serentak.”Balas Puan Sakinah sambil tersenyum kepada kedua-dua anak daranya.

    “Mestilah mak.Kami berdua kan kembar.”Tingkah Dhiya’ pula sambil mengunyah roti.
     “Dian nak pergi kerja macam mana hari ni?Nak ayah hantarkan ke?” Soal Encik Yusuf pada anak sulungnya Dian Batrisya.

     “Tak kot ayah.Hari ni Dhiya’ hantarkan Dian.Ayah dengan mak jangan risau ye.”Jawab Dian Batrisya dengan selamba.

     “Mak dengan ayah jangan risau.Mulai hari ni Dhiya’ akan hantar Dian pergi kerja .Lagipun pejabat Dian dengan pejabat Dhiya’ tak jauh pun.Naik satu kereta je senang.Jimat dan kurang sikit kereta di atas jalan raya tu haaa.”Jawab Dhiya’ dengans selamba.

     “Betul-betul.Dian setuju.Kalau naik satu kereta senang.Bukan setakat jimat je tapi boleh mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya .Ayah tahu-tahu je la KL ni selalu jamm sana sini.So ini salah satu cara mengurangkan kenderaan di atas jalan raya.Betul tak Dhiya’” Jawab Dian sambil mengangkat kening pada Dhiya’.Dhiya’ hanya menganggukkan kepala sambil tersengih pada Dian .

       “Kamu berdua ni kalau bab bercakap memanglah kan.Ni ayah nak pesan.Bawa kereta tu hati-hati sikit.Dhiya’ kamu jangan nak bawak kereta laju sangat.Ayah bukan tak tahu kamu suka bawa laju.” Encik Yusuf sudah  memberi nasihat kepada anak-anaknya.

      “Ayah jangan risau.Kalau dia buat hal Dian yang akan drive.”Tingkah Dian pula sambil memandang muka Dhiya’ yang sudah muncung.

       “Ish ayah ni.Dhiya’ ni pemandu berhemah tahu.”Jawab Dhiya’ dengan selamba.Puan Sakinah sudah tersenyum melihat kerenah Dhiya’

      “Dian , Dhiya’ ingat pesan ayah kamu tu.” Ujar Puan Sakinah kepada anak kembarnya.
       “Noted ..” Balas Dian dan juga Dhiya’ serentak.Kemudian Dian dan Dhiya sudah berpandangan sesama sendiri lalu ketawa kecil.Selalu macam itu.Mesti ada je yang akan cakap serentak .Alahai dah nama pun kembarkan.Dian memerlukan Dhiya’ begitu juga dengan Dhiya’ memerlukan Dian.Hubungan mereka berdua sememangnya rapat sejak kecil lagi.Mungkin juga sebab mereka berdua tiada adik beradik yang lain.

   “Dah makan cepat.Nanti lambat pula kamu berdua sampai ke pejabat.” Tingkah Encik Yusuf pula.Dian dan juga Dhiya’ sudah menganggukkan kepalanya.

       “GOOD LUCK Dian..Petang nanti Dhiya’ ambil Dian ok.” Ujar Dhiya’ yang berada di dalam kereta.
       “Ok Dhiya’ .Hati-hati bawa kereta.” Balas Dian lalu melambaikan tangan pada Dhiya’.Kemudia kereta yang di pandu oleh Dhiya’ meluncur dengan laju.Memang Dhiya’ lebih cekap bawa kereta dari Dian.Itu tidak dinafikan.Sebaik saja kereta yang di pandu oleh Dhiya’ hilang dari pandangan terus Dian menoleh ke bangunan di hadapannya.

     Dian memandang reka bentuk pejabat itu.Dari atas sampai ke bawah.Dian mengesat peluh di dahi.Memang tak di nafikan sebaik saja kakinya melangkah di perkarangan pejabat ini Dian  sudah gemuruh.
      “Bismillah…” Ujar Dian sambil memejamkan matanya lalu di lepaskan dengan perlahan nafasnya.Dia membuka matanya kembali lalu melangkah menuju ke  pintu utama pejabat yang bakal dia bekerja .Dian menolak pintu kaca lalu melihat ke depan.Matanya terus saja terpandang pada sign board yang tertera nama Khalid Group. Dian tersenyum kepada receptionist yang berada di depan pintu kaca tersebut.

    “Assalamualaikum dan selamat pagi.Saya di minta untuk melaporkan diri bekerja pada hari ini.”Ujar Dian dengan senyuman manis di bibir.Dian menyapa seorang wanita yang berada di tempat duduknya.
    “Waalaikumussalam.Selamat pagi.Jadi cik ni ni adalah Cik Dian Batrisya ye.”Soal wanita tersebut pada Dian.

    “Ya saya Dian Batrisya.Eh janganlah panggil Cik panggil Dian je.”Tingkah Dian pula sambil tersenyum.
    “Ok baiklah Dian.Nama saya pula Hanim, panggil je Kak Hanim .Silakan duduk dulu Dian.Sekejap lagi Datuk Khalid datang.”Ujar wanita yang bernama Hanim itu sambil tersenyum.

    “Terima kasih.Kak Hanim ni setiausaha Datuk Khalid ke?” Soal Dian ingin tahu.
     “Ya Dian.Kak Hanim setaiusaha Datuk Khalid.”Jawab wanita bernama Hanim.Dian sudah tersenyum .Selepas itu matanya pula memandang kanan dan kiri ruangan pejabat di Khalid Group.Ruangan pejabat yang luas dan nampak koprat .Dian memandang lukisan yang tergantung di dinding di ruangan pejabat tersebut.

    Dian membelek majalah-majalah yang dia ambilnya di atas meja kaca di hadapannya.Dian terleka seketika sambil membaca majalah di hadapannya.Dian memandang jam di tanganya.Sudah hampir sepuluh minit Dian duduk di atas sofa namun batang hidung Datuk Khalid masih lagi tidak kelihatan.Dian mula membuat muka biasan.

   “Selamat pagi Datuk.” Kedengaran suara Kak Hanim.Terus saja mata Dian menoleh kea rah orang yang di panggil Datuk tadi.

     “Selamat pagi Hanim.Sekejap lagi tolong bagitahu saya jadual saya hari ni ya.”Tingkah lelaki yang bernama Datuk tadi.

    Ini ke Datuk Khalid? Dian bermonolog sendirian.Matanya masih lagi memandang kaunter di mana beradanya Kak Hanim dan juga datuk itu.

    “Baiklah datuk.Oh ye sebelum saya terlupa.Staff baru kita sudah datang daro tadi lagi.Dia ada di situ.”Ujar Kak Hanim sambil menunjukkan kea rah Dian.Terus Diam meletak majalah tersebut lalu berdiri.
     “Oh ya .Awak ni Dian Batrisya ?” Soal Datuk tadi pula.

       “Ya Saya Dian Batrisya.Hari ni hari pertama saya melaporkan diri di syarikat ini.”Jawab Dian dengan gelabah.Aduhai waktu begini jugalah aku nak rasa gemuruh tak tentu pasal,
        “By the way , I’m Datuk Khalid .Owner of Khalid Group.Welcome to Khalid Group Dian Batrisya. “Ujar Datuk Khalid lagi pada Dian.Dian hanya tersenyum nipis.
        “Terima kasih Datuk.”Balas Dian pula.

         “Mari saya tunjukkan tempat awak dan juga saya akan perkenalkan awak kepada staf-staf yang ada di dalam pejabat ini.” Ujar Datuk Khalid lagi lalu melangkah ke depan.Dian Batrisya juga turut melangkah menurut Datuk Khalid.
       “Ini tempat awak Dian.Saya harap awak selesa berada di sini.”Ujar Datuk Khalid lagi.
       “Baik Datuk.”Balas Dian pula.

        “Ok kenalkan ini Dian Batrisya.Pekrja baru di disini.”Ujar Datuk Khalid pada staf yang berkumpul di hadapannya.

         “Selamat datang Dian.”Ujar seorang wanita.
         “Selamat datang Dian.”Ujar staf-staf yang lain .Dian tersenyum manis memandang staf yang bekerja di Khalid Group.

        “Ok Dian .Kalau ada apa-apa awak boleh jumpa saya terus atau pun Hanim.” Tingkah Datuk Khalid lagi.
        “Baiklah Datuk.Terima kasih.” Balas Dian pula.

         “Hai saya Zafran Nufail.”Ujar seorang lelaki pada Dian Batrisya.Zafran Nufail menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Dian Batrisya namun Dian menolak untuk berjabat tangan.
       “Hai Saya Dian Batrisya.Maaf saya tidak boleh menyambut salam dari awak.”Tingkah Dian sambil tersenyum manis pada jejaka yang bernama Zafran Nufail.

      “Owh Sorry.Nice to meet you Dian.”Ujar Zafran Nufail lagi.
      Boleh tahan.Handsome juga si Zafran Nufail ni.Sempat lagi Dian berangan seketika.Berkelip-kelip mata Dian melihat Zafran Nufail.Tergaris satu senyuman di bibir Dian.

     Ya Allah Dian.Apa ni?Kamu datang sini nak bekerja Dian.Bebel Dian sendirian di dalam hati kemudian Dian mengerut dahinya.Kemudian berjalan menuju ke ruang kerja miliknya.Dian tersenyum memandang staf-staf di hadapannya.
     
 Bersambung ....

NotaHujungKaki : Mekasih semua yang baca.By the way tuk watak hero memang x da gmbr kali ni sebab heronya adalah seseorang di alam realiti Ayra Zahra.Ya ampun maaf ya awak kita bayangkan muka awak tuk watak hero dalam ADU ni.Hehhehhe..:D

SaLaM KaSiH

2 comments:

  1. Ahaaaa.. Zafrannnn :D Bertembungan pertama ekkkk? ekekeke. Owahhhhwahhhh! Khalid glemer jadik datuk tauuu. Hikhik

    ReplyDelete
  2. Hahahhaha...Aaah Zafran .Haruslah.Kn Khalid minta nm dia sekali.I taruk la jadi Datuk Khalid..Glamor u Dato ..Muahahah..:d

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D