Selamat petang dan selamat berhujung minggu korang.Hari ni akan di update sambungan Aku DiTakdirkan Untukmu.Mekasih yang sudah baca prolog dan juga bab 1.Mekasih yg bagi feedback. =)
MINGGU pertama bekerja Dian Batrisya sudah
dapat menyesuaikan dirinya dengan di Khalid Group.Sepanjang seminggu bekerja
Dian juga dapat mengenali kawan baru termasuklah Zafran Nufail lelaki yang
boleh di kategori dalam golongan yang
handsome.Masuk minggu kedua bekerja memang tidak dinafikan yang Dian mula
sibuk.Tugas seorang graphic designer bukanlah mudah.Banyak benda yang di harus
fikir paling utama adalah harus kreatif.
Dian sedang mengadap komputernya langsung
tidak menyedari kehadiran seseorang di hadapannya.Tangannya ligat menekan
tetikus ke sana dan kemari.Kerja di hadapannya lagi penting memandangkan tarikh
untuk di hantar pada pihak atasan pada minggu depan.Hasil kerja yang pertamalah
orang kata .
“Dian Batrisya..” Kedengaran seseorang
memanggil Dian.Kemudian Dian terus mendongak kepalanya lalu memandang kepada
suara tadi.Ternganga sekejap Dian apabila melihat wajah di hadapannya.
“Hana kau ke ni?” Tingkah Dian lalu berdiri
sambil menunjukkan jari telunjukkan kepada orang yang di panggil Hana .
“Ya akulah Hana Yasmin.Amboi kau baru
setahun menghilang dah lupakan aku.Sedihlah macam ni.”Tingkah perempuan yang
bernama Hana Yasmin.
“Serius kau nampak lain.Rindunya aku dekat
kau Hana.Kau apa khabar?Kau buat apa sekarang?”Ujar Dian bertalu-talu sewaktu
memeluk Hana Yasmin.
“Amboi banyaknya soalan kau Dian.Mana satu
ni aku nak jawab?”Soal Hana Yasmin
sebaik saja Dian melepaskan pelukan.Dian tayang muka sengih.
“Opss sorry .” Ujar Dian menutup
mulutnya.Tingkah laku Dian yang comel di kala ini sedang di perhatikan oleh
seseorang di sebelah sana.Siapakah orang itu?Sudah tentu lelaki yang cuba
mendekati Dian Batrisya iaitu Zafran Nufail.Di bibir Zafran Nufail terlukis
satu senyuman .Dian Batrisya tidak perasan akan Zafran Nufail yang berada di
situ.
“Ok no problem.Aku jawab semua soalan-soalan
kau tadi.Aku sihat seperti yang kau lihat.Untuk pengetahuan kau juga aku
bekerja di syarikat ini juga.Namun aku di tempatkan di bahagian buat research
.” Tingkah Hana Yasmin dengan senyuman di bibir.
“Serius kau kerja sini.Wah aku tak sangka
boleh jumpa kau dekat sini Hana.Dah hampir setahun kan kita tak jumpa.Dah lama
ke kau kerja sini?”Soal Dian Batrisya lagi dengan teruja.
Hana Yasmin adalah sahabat baik Dian di zaman Universiti.Sememangnya mereka berdua
agak rapat sewaktu zaman belajar dahulu.Selepas masing-masing tamat belajar
sudah terputus hubungan .Selepas setahun barulah dapat berjumpa balik.
“Ye serius aku kerja sini.Eh Dhiya’ apa
cerita sekarang?Dia kerja mana?”Soal Hana Yasmin lagi.
“Dhiya’? Dia pun dah bekerja .Aku bekerja
di sini manakala dia pula ke company lain.Dhiya’ dah hampir tiga bulan lebih
dia dah bekerja.Rezeki aku lambat sikit tapi Alhamdulilah penantian aku tidak
sia-sia. Aku dapat tawaran kerja di sini.Paling aku tak sangka dapat jumpa kau
dekat sini.” Balas Dian Batrisya lagi dengan senyuman manis.Terserlah kedua-dua
lesung pipitnya.
“Amboi rancaknya awak berdua
bersembang.”Tegur Zafran Nufail .Tersentak Dian Batrisya dan juga Hana Yasmin.
“Eh Encik Zafran.Terjumpa kawan lama masa
belajar tu yang kemain bersembang.”Jawab Hana Yasmin kepada Zafran.
“Iye ke Dian?Awak berdua ni kiranya dah
lama kenallah ye?” Soal Zafran Nufail lagi.
“Aaah Encik Zafran.Kami berdua kenal zaman
university lagi.”Jawab Dian Batrisya sambil memandang Hana Yasmin.
“Oklah Dian.Nanti kita bercerita panjang
ye.Aku nak sambung buat kerja .”Tingkah Hana Yasmin .
“Ok boleh.Nanti kita bercerita panjang.”
Balas Dian sambil tersenyum .Hana Yasmin pula terus melangkah masuk ke
jabatannya.Dian hanya melihat kelibat Hana Yasmin masuk ke jabatan di mana
bahagian Hana Yasmin bekerja.
“Erm Dian awak keluar lunch dengan siapa
hari ni?” Soal Zafran Nufail sambil menghulurkan fail yang di minta oleh Dian petang semalam.
“Saya keluar lunch dengan adik saya Encik
Zafran.Kenapa ye?”Soal Dian Batrisya pula sewaktu mengambil fail dari tangan
Zafran Nufail.
“Ish tak payahlah awak nak berencik-encik
dengan siapa.Panggil saya Zafran sudahlah.”Tingkah Zafrain Nufail sambil
tersenyum pada Dian.
“Baiklah Zafran.Oklah saya sambung buat
kerja dulu ya.”Balas Dian pula lalu menuju ke tempat duduknya.
“Ok selamat bekerja Dian.Bila ada masa nanti
kita luch bersama ya.?” Pinta Zafran Nufail.Terkebil-kebil mata Dian memandang
Zafran Nufail.
Apahal pula si Zafran ni.Buang tabiat
gamaknya.Kenapa nak ajak aku makan pula.Mesti ada apa-apa ni.Ish pelik betul
aku dengan mamat ni.Bebel Dian sendirian di dalam hatinya.
“InsyaAllah Zafran tapi saya tak janji
tahu”Jawab Dian dengan jujur.Zafran sudah tersenyum sebelum melangkah menuju ke
ruang kerja miliknya.Jarak antara ruang kerja Zafran dengan Dian bukanlah jauh
sangat.Zafran boleh melihat Dia dengan jelas apabila berada si tempat duduknya
Cuma Dian saja yang tidak perasan yang dirinya selalu menjadi perhatian Zafran
Nufail.Adakah Zafran Nufail sudah menyukai atau menaruh hati pada Dian
Batrisya?Siapa tahukan.
“Dhiya’ kenapa lambat hari ni?Puas tahu Dian
tunggu Dian dekat sini.” Ujar Dian Batrisya sewaktu memboloskan diri ke dalam
kereta.
“Sorry Dian.Dhiya’ kena siapakan sesuatu
tadi.Maafkan Dhiya’ ye.Kesian Dian basah kena hujan .Balik nanti Dian terus
mandi eh . Dhiya’ risau Dian demam nanti sebab kena hujan.”Jawab Dhiya’ dengan
muka bersalah.
Dian tahu macam mana Dhiya’.Dhiya’ bukan
yang jenis suka merayap .Mesti ada hal penting.Salahnya Dian juga kerana
berdegil nak menunggu Dhiya’ di luar pejabat.Hujan tengah lebat terkena la
tempiasnya.Kalau nak masuk balik dalam pejabat pun semua orang dah balik.Tadi
Hana ada mengajaknya untuk balik bersama namun Dian hanya menolak.Begitu juga
dengan Zafran tapi Dian tolak .
“Dian marilah saya hantarkan Dian
balik.Hujan ni, nanti makin lebat kesian
Dian nanti basah kuyup.” Ujar Zafran sebaik saja menurunkan cermin kereta di
sebelah Dian.
“Tak apalah Zafran.Dian balik dengan adik
Dian.Sekejap lagi dia sampai.Terima kasih ye Zafran.”Balas Dian dengan
senyuman.
“Dian tak sudi ke kalau saya nak
hantarkan Dian balik.?”Pujuk Zafran Nufail lagi.Seperti biasa Dian hanya
tersenyum pada Zafran.
“Jangan risau.Adik Dian dah nak
sampai.Lain kali ya.Zafran baliklah dulu.”Balas Dian sambil mengesat mukanya
yang terkena tempias air hujan dari tepi koridor.
“Betul ni tak nak.?Kalau macam tu apa kata
Zafran temankan Dian sampai adik Dian sampai sini boleh?”Soal Zafran Nufail
lagi.Di capainya payung yang terletak di tempat duduk belakang.
“Eh tak apa.Jangan susahkan diri
Zafran.Sekejap lagi adik Dian sampai.Betul ni.Zafran balik la dulu.” Ujar Dian
lagi sambil menolak permintaan Zafran.Dian tidak mahu menyusahkan Zafran
Nufail.Kedengaran Zafran Nufail mengeluh sambil memandang raut wajah Dian.Baru
saja dia ingin membuka pintu kereta untuk keluar menuju arah Dian namun Dian
menolak untuk tidak menyusahkannya.
Susahnya aku untuk melembutkan hati Dian
Batrisya.Memang dia seorang yang unik.Dian adalah lain daripada yang lain.Jauh
beza dengan kawan-kawan perempuan yang dia kenali sebelum ini.Hati Zafran Nufail
berbicara.
“Baiklah.Kalau macam tu Zafran balik dulu
tapi kalau ada apa-apa terus call Zafran tahu.Dian dah simpankan nombor telefon
Zafran kan.” Tingkah Zafran lagi.
“Ok.Zafran balik la dulu ya.Dian tak apa-apa
dekat sini.”Tingkah Dian lagi.Zafran sebenarnya susah hati untuk tinggalkan
Dian sendirian.Namun dia bimbang juga jikalau Dian akan tidak selesa dengannya.
“Zafran terima kasih ya,Tu adik Dian dah
sampai.Dian balik dulu ya.”Balas Dian lagi sambil menunjukkan kereta yang di
pandu oelh Dhiya’ yang sudah pun sampai di perkarangan pejabatnya.
“Ok hati-hati ya Dian.” Balas Zafran sambil
tersenyum.Lega hatinya bila melihat Dian sudah menuju ke kereta yang di pandu
olehnya.Terkejut seketika Zafran melihat wajah adik Dian.Wajah mereka memang
seiras.Saling tidak tumpah.
“Ye ke?Kesiannya Dhiya’.Sorry .”Tingkah
Dian lagi sambil menarik tali pinggang keledar lalu di pakainya.
“Dian ok tak ni.Siapa lelaki handsome
tu?buah hati Dian eh?”Usik Dhiya sewaktu kereta sedang bergerak dengan perlahan
menuju balik ke rumah.Biasalah kalau dah petang begini memang tidak lari dari
kesesakkan lalulintas.Kebanyakannya menuju pulang ke rumah masing-masing
setelah seharian penat bekerja.
“Ish Dhiya’ ni jangan nak mengarutlah.Dia
bukan buah hati Dian la.Nama dia Zafran Nufail.Dia kerja satu pejabat dengan
Dian.”Tingkah Dian sambil menepuk lembut bahu Dhiya’. Dhiya’ sudah ketawa
melihat muka malu Dian.
“Waa nama kemain lagi sedap.Orangnya pun
handsome.Single lagi tak?” Soal Dhiya’ lagi .Sewaktu itu Dian sedang ralit
memandang kereta yang sedang berbaris-baris di hadapannya bertemankan lagu yang
kedengaran di dalam kereta.Lagu dari corong radio yang sedang dimaikan oleh DJ adalah lagu
Putih-putih Melati yang di nyanyikan oleh ST12.
“Amboi kemain lagi.Dhiya’ berkenan ke?Kalau
berkenan boleh la Dian tolong .”Jawab Dian dengan selamba sambil tersengih pada
Dhiya’.Sempat lagi Dian mengangkat keningnya pada Dhiya’.
“Ish Dian ni mulalah nak mengarut.Suka
sangat usik Dhiya’ kan.Eleh padahal Dian suka pada Zafran Nufail tu kan.Cepat
mengaku.” Balas Dhiya’ dengan sengihan nakal.
“Mana ada.Dhiya’ jangan nak buat cerita eh.Zafran
tu kawan sepejabat Dian je.Haaa Dhiya’ lupa Dian nak bagitahu Dhiya’ yang Dian
terjumpa kawan kita masa belajar dekat university dulu….”
“Siapa-siapa?” Soal Dhiya’ dengan
teruja.Belum sempat Dian menghabiskan bicaranya Dhiya’ sudah memotong.
“Sabarlah.Dian belum habis cakap Dhiya’ dah
potong.Macam mana.Dhiya’ ingat lagi tak pada Hana Yasmin.Haaa Hana pun kerja
dekat Dian kerja juga tahu.Makin cantik Dian tengok Hana sekarang ni.” Balas Dian
sambil tersenyum.
“Hana Yasmin…Ermmm Hana Yasmin eh..Haaaa
Dhiya’ dah ingat dah.”Jerit Dhiya’.Terkejut Dian.Kus semangat.Ish Dhiya’ ni
suka sangat kalau bab menjerit,Nasib baik dalam kereta dan tingkap tertutup
kalau tidak mahu terkejut orang dengar.
“Dhiya’ janganlah jerit macam tu.Terkejut
Dian tahu.” Tingkah Dian sambil mengurut dadanya.Boleh kena sakit jantung macam
ni kalau hari-hari si Dhiya’ menjerit rupa itu.Dhiya’… Dhiya’..Dian
menggelengkan kepala melihat telatah Dhiya’
“Oppss sorry.Kuat eh Dhiya’ menjerit.”Soal
Dhiya’ dengan selamba.
“Ya la.Apalah Dhiya’ ni.” Balas Dian lagi.
“Hana kerja situ.Lama kot kita dah tak
jumpa dia kan Dian.Apa cerita dia sekarang.Dah kahwin ke?” Soal Dhiya’ lagi
sambil meneruskan pemanduannya sebaik saja kereta di hadapan mereka bergerak.
“Tu la.Dian pun terkejut pagi tadi.Pasal
kahwin tu Dian tak pastilah.Tak sempat Dian nak tanya.Tak apa nanti kita ajak
Hana keluar jalan lepas tu apa lagi kita borak sakanlah.” Dian memberikan idea
sambil mengangkat keningnya pada Dhiya’.
Dhiya’ memandang muka kembarnya Dian lalu
tersengih tanda setuju.
“Cantik.” Tingkah Dhiya’ .Dian sudah
tersenyum.
Bersambung...
NotaHujungKaki:Bab 3 akan muncul watak seterusnya.Rafiqi Aryan lak.Hehhehee..Mekasih semua yang baca..

Zafran.. ehem! Langkah nak mengorat lettew. Hikhik
ReplyDeletehahahhaa..itu haruslah kan...sabo next week muncul Rafiqi Aryan..Jeng jeng jeng..:D
ReplyDeletehu hu !! x sabar menanti hero sebenar...
ReplyDeleteHhehee..Ina mekasih kerana baca Aku Ditakdirkan Untukmu..
ReplyDeleteHero sebenar bakal muncul nanti.Kalau nak tahu kisah mereka berdua kenalah tunggu...:D