Selamat pagi...Hari ni akan di update Aku Ditakdirkan Untukmu bab 3.Hhehehe.Mekasih kepada yang baca dan menunggu sambungan cerita ini.Selamat membaca...=)

“DIAN..DIAN…Dah bangun belum?” Kedengaran
suara Puan Sakinah mengetuk pintu biik Dian dengan perlahan.Dian masih lagi
tidur dengan berselubung.Kepalanya terasa pening dan tekaknya juga berasa
perit.Sah Dian demam .Demam sebab mandi hujan petang semalam.Dian membuka
matanya dengan perlahan-lahan.Dian memandang kanan dan kiri.Dian cuba untuk
bangun namun kepalanya masih lagi pening.Dian merasakan biliknya sedang
berpusing –pusing.
“Dian bangun.Dah pukul berapa ni?”
Kedengaran suara Puan Sakinah lagi di sebalik pintu bilik.
“Ya mak.Dian dah bangun.”Jawab Dian dengan
mata yang terpejam dan tangannya memicit kepala yang pening.
Dian gagahkan diri untuk bangun .Dengan
perlahan-lahan Dian cuba turun dari katilnya kemudian Dian berusaha untuk
bangun .Sebaik saja kakinya sudah mencecah ke lantai Dian mula melangkah .Di
capai tuala di tempat penyidai lalu berlalu menuju ke bilik air dengan
perlahan-lahan.
“Dian tak bangun lagi ke mak?”Soal Dhiya’
yang baru saja keluar dari biliknya.
“Dah bangun kot.Tadi dah dengar suara dia
menyahut.Ni Dhiya’ bersiap-siap ni nak pergi ke mana.Hari ni kan hari minggu.”Soal
Puan Sakinah apabila melihat Dhiya’ .
“Dhiya’ kena kerjalah mak hari ni.Ada benda
nak kena uruskan.Kalau ikutkan hati memang malas nak berehat dekat rumah tapi
memandangkan kerja ni penting Dhiya’ terpaksalah mengorbankan waktu berehat di
hari minggu Dhiya’.” Jawab Dhiya’ pula.
“Kamu ni Dhiya’ kalau bekerja memang tak
ingat dunia kan.Kakak dengan adik sama saja.Jangan di kejar sangat hal kerja tu
sangat sampai lupa nak cari pasangan hidup.Kamu berdua tu dah besar
panjang.Umur kamu pun dah nak masuk dua puluh lima.” Bebel Puan Sakinah pada
Dhiya’.Di kala itu juga Dhiya’ menayang muka sengih.
Dah tahu dah maknya akan bercakap rupa
itu.Bukan pertama kali Dhiya’ mendengarnya tapi dah banyak kali dah.Sampaikan
telinganya sudah merasa lali dengar pasal cari teman hidup.
“Ala mak janganlah risau.Tiba masanya nanti
Dhiya’ dengan Dian kahwinlah.Biarlah kitaorang bermanja sakan dulu dengan mak
dengan ayah.Nanti bila kami berdua kahwin kena tinggal mak dengan ayah.”Balas
Dhiya’ sambil memeluk bahu Puan Sakinah.Dhiya’ sudah membuat muka sedih.
“Dah tak payah Dhiya’ nak buat muka sedih
rupa itu.Macamlah mak tak kenal kamu kan.Bila mak cakap ada saja alasan kamu
kan.Itulah inilah .Dah jom turun sarapan dulu sebelum kamu pergi kerja.Ayah kamu dah tunggu dekat meja
makan untuk sarapan.” Tingkah Puan Sakinah .Dhiya’ pula menurut dari belakang.
“Dhiya’ kamu nak kemana hari minggu begini.Dian
mana?”Soal Encik Yusuf sewaktu melihat kelibat anak daranya yang bongsu.Di kala
itu Encik Yusuf sedang membaca suratkhabar.
“Morning ayah.Dhiya’ kena kerjalah hari ni
ayah, tapi kerja half day je la .Jangan risau nanti lepas kerja Dhiya’ balik.Ayah
dah sarapan belum?” Jawab Dhiya’ sambil meletakkan beg laptopnya di sofa .
“Jangan asyik kerja saja Dhiya’.Kerja
sampai bila tak habis.Mari kita sarapan dulu.Dian mana tak turun lagi ni?”
Encik Yusuf melilau-lilau mencari kelibat anak daranya yang lagi sorang.
“Dian sekejap lagi turunlah tu bang.Kita
sarapanlah dulu.” Ujar Puan Sakinah pula sewaktu menuangkan milo panas ke dalam
cawan.
“Mak , ayah .Kalau Dian tak turun mak
dengan ayah tengokkan dia ye.Dhiya’ takut Dian demam je.Petang semalam
hujan.Dian terkena hujan .Dhiya’ lambat sampai sikit dekat tempat kerja dia
semalam.” Ujar Dhiya’ sambil menarik kerusi.
“Kena hujan? anak dara awak mesti demam.”
Balas Encik Yusuf kepada Puan Sakinah.
“Dian memang dari kecil sampailah sekarang
sensitif sikit apabila terkena hujan Mudah sangat dia demam.Tak apalah Dhiya’
sekejap lagi mak tengok dia.” Balas Puan Sakinah pula.
“Mak
, ayah .Dhiya’ pergi dululah ya.” Ujar Dhiya’ sambil tersenyum manis lalu
bersalaman dengan Encik Yusuf dan Puan Sakinah.
“Ya la.Hati-hati sikit bawa kereta Dhiya’.”
Pesan Encik Yusuf.Dhiya’ anggukan kepala kepada ayahhya sambil tersenyum.
Jam
sudah menunjukkan pukul sebelas pagi namun kelibat Dian masih lagi tidak
kelihatan.Puan Sakinah rasa tidak sedap hati.Anaknya masih lagi terperap dalam
bilik.Puan Sakinah terus menuju ke bilik Dian bersebelahan dengan bilik Dhiya’.
“Dian..Dian buka pintu ni.” Ujar Puan
Sakinah sambil mengetuk pintu bilik anaknya Dian.
Dian tersedar apabila mendengar suara dari
maknya.Selepas mandi tadi Dian terus sambung tidur memandangkan kepalanya masih
lagi berdenyut.
“Dian buka pintu ni sayang.” Tambah Puan
Sakinah lagi.
Dian cuba untuk bangun.Dengan
perlahan-lahan Dian menolak selimut yang yang membaluti badanya.Selepas mandi
badanya terasa sejuk dan menggigil.Dian menurunkan kakinya ke lantai lalu
berpegang ke katil dan kemudian melangkah menuju ke pintu biliknya.
“Mak….” Ujar Dian sewaktu membuka pintu
biliknya.
“Ya Allah Dian.Kamu demam ni.” Tingkah Puan
Sakinah sewaktu melihat raut wajah anaknya yang pucat.Puan Sakinah meraba-raba
dahi Dian yang panas.
“Dian nak tidur mak.” Ujar Dian sambil
meletakkan kepalanya di bahu Puan Sakinah.
“Abang…abang…” Puan Sakinah memanggil
suaminya Encik Yusuf.Sebaik saja terdengar panggilan dari isterinya Encik Yusuf
terus bergegas menuju ke bilik anaknya.Waktu itu Encik Yusuf sedang berehat di
ruang tamu.
“Kenapa Kinah?” Soal Encik Yusuf kepada
isterinya.
“Abang ..Dian demam ni.Kita bawa dia ke
kliniklah.Panas sangat badan dia ni.” Balas Puan Sakinag.Dian terlena lagi di
bahu Puan Sakinah.
“Dian..Dian bangun nak..” Ujar Encik Yusuf
sambil mengejutkan Dian.Kemudia tangannya meraba ke dahi anaknya.Memang panas.
“Jomlah kita pergi klinik.Awak dengan Dian
pergilah bersiap.”Ujar Encik Yusuf kepada isterinya.Puan Sakinah anggukan
kepala.Kemudian Encik Yusuf terus berlalu sambil mengambil kunci keretanya di
dinding .
“Dian ..Kita pergi klinik.Pergi tukar baju
dulu.” Puan Sakinah membawa Dian ke biliknya.Dian membuka mata dengan perlahan
dan menganggukkan kepalanya saja.
“Cik
Dian Batrisya silakan masuk.” Kedengaran nama Dian di panggil oleh pembantu
klinik.Dian meletakkan kepalanya di bahu Puan Sakinah.
“Dian bangun.Masuk jumpa doktor.Pergilah
.Mak dengan ayah tunggu Dian dekat sini.”Ujar Puan Sakinah.Dian bangun menuju
ke bilik Doktor.Pintu bilik doktor tersebut sudah pun di buka oleh pembantu
yang memanggil nama Dian sebentar tadi.
“Jemput duduk Dian.” Pelawa doktor yang
bertugas.Dian membuka mata seluas-luasnya sambil mengerut dahi.
Alahai kenapalah doktor lelaki.Ini yang aku
tak berapa nak suka.Bukan ke klnik ni doktor perempuan sejak bila pula bertukar ni.Desis Dian
sendirian di dalam hati.
“Bila lagi awak demam ?”Soal doktor lelaki
itu
“Baru hari ni.Semalam saya kena
hujan.”Jawab Dian dengan selamba sewaktu doktor
tersebut sedang memeriksa suhu badan .
Teknologi makin canggih.Kalau dulu termometer
di letak bawah lidah namun kini ada alatan yang canggih termometer digital .Sekali
tengok dah rupa pen pun ada.Senang saja tak payah susah payah buka mulut letak
saja benda itu di dahi seketika .Selepas itu dapatlah baca suhu pesakit..Sempat
lagi Dian membebel di dalam hatinya.
Sebaik saja selesai memeriksa Dian ,
doktor tersebut tersenyum manis pada Dian.Ish senyum pula doktor ni.Aku tengah
pening ni.Marah Dian di dalam hatinya.
“Ok Cik Dian.Saya akan bagi awak beberapa
jenis ubat.Balik rumah makan, banyakkan minum air masak dan juga banyakkan
berehat ya.”Ujar doktor lelaki tu lagi sambil mencatit di kertas keras yang
bewarna biru muda.
“Terima kasih doktor.”Ujar Dian .Di paksa
bibirnya untuk senyum.Terpukau seketika mata doktor tersebut sewaktu melihat
senyuman Dian.
“Sama-sama.Kalau masih tidak kebah datang
klinik lagi.” Balas doktor lelaki itu lagi.
“Ya la.Sekali lagi terima kasih.” Balas
Dian lalu bangun , namun kepalanya masih lagi pening.Dian hampir- hampir rebah
namun sempat di sambut oleh doktor lelaki tadi.Terkejut Dian seketika.
“Hati-hati Dian Batrisya.”Ujar doktor itu
lagi.Dian sudah menjeling tajam pada doktor
tersebut.Ambik kesempatan ke apa?
“Saya ok.”Jawab Dian sambil menarik
tangannya dari pegangan doktor lelaki tadi.Buat malu saja kau ni Dian.Kepala
aku pun satu hal salah masa la pening waktu begini.
“Sorry..sorry..Saya tak
sengaja.”Tingkah doktor lelaki itu lagi.Dian melirik matanya ke arah meja .Baru
Dian perasan di situ tertera nama doktor yang merawatnya.
“Doktor Rafiqi Aryan” .Dian membuka
mata seluasnya sewaktu membaca nama yang
tertera di situ.
“Ya itu nama saya.”Jawab doktor tadi
sambil tersenyum pada Dian.
Alahai Dian yang kau pergi sebut nama
dia kuat-kuat tu pasal apa.Buat malu je.Haish.Marah Dian di dalam hati.Kemudian
Dian memicit kepalanya yang pening.
“Terima kasih sekali lagi.Saya balik
dulu.” Balas Dian lalu mengatur langkah menuju ke pintu.Terus saja tangannya
memulas tombol pintu bilik tersebut.Sebelum keluar sempat lagi Dian menoleh ke
belakang melihat doktor yang bernama Rafiqi Aryan.
“Jumpa lagi.”Ujar doktor Rafiqi Aryan
kepada Dian .Kemudian Dian hanya tersenyum tawar kepada doktor Aryan.Sempat
lagi Dian tayang muka blur.
“Dian ok tak ni.?”Soal Puan Sakinah
sebaik saja melihat Dian berjalan ke arahnya.Dian terus melabuhkan punggungnya
di sebelah maknya.
“Dian ok mak.Sekejap lagi ambil ubat
lepas tu kita boleh baliklah.Dian nak tidur je ni.”Jawab Dian pula.
“Balik rumah makan dulu lepas tu makan
ubat baru Dian tidur.Dari pagi lagi Dian tak makan apa-apa.” Pujuk Puan
Sakinah.Sebelum ke klinik lagi Puan Sakinah menyuruh Dian makan namun di
tolaknya .Menurut Dian dia tidak ada selera nak makan,.Tekaknya terasa pahit.
Selepas mengambil ubat di kaunter, Dian terus
bergerak menuju ke kereta ayahnya.Dian di pimpin oleh Puan Sakinah.Sebaik saja
encik Yusuf menutup pintu kereta kedengaran telefon bimbit miliknya berbunyi
dengan nyaring sekali.Tertera nama Dhiya’. Terus saja tangan encik Yusuf
menekan punat hijau.
“Assalamualaikum ayah?Dekat mana?Dhiya’
balik rumah tak orang pun.Ayah , mak dengan Dhiya pergi mana?” Soal Dhiya
bertalu-talu.
“Waalaikumussalam.Haa Dhiya’.Ayah dengan mak ada dekat klinik.Ayah bawa Dian ke
klinik.Badan dia panas sangat tadi.Kami dah nak balik ni.Ayah dah nak gerak
ni.”Balas Encik Yusuf kepada anaknya.
“Dhiya’ dah agak dah mesti Dian demam
punya.Dian memang tak boleh kena hujan.”Bebel Dhiya’ di talian.
“Ya la.Ayah nak memandu ni.Sampai rumah
nanti kita cerita.”Ujar Encik yusuf kepada Dhiya.
“Dhiya’ tu dah mula la gelabah kalau Dian
demam.Abang bukan tak tahu macam mana Dhiya’ kalau Dian sakit.”Tingkah Puan
Sakinah sebaik saja suaminya mematikan talian sebentar tadi.
“Dah nama pun kembar .Kalau kakak sakit
adiknya bukan boleh duduk senang lenang.Begitu jugalah sebaliknya.Awak tak
ingat dulu macam mana.Kalau Dhiya’ yang demam macam mana anak awak Dian .Duduk
sebelah Dhiya’ je.Kalau Dhiya’ tak makan Dian pun tak nak makanlah.” Bebel
Encik Yusuf lagi.
Dian yang berada di tempat duduk belakang
hanya mendiamkan diri saja.Matanya memang mengantuk.Apa yang di cakapkan oleh
ayahnya memang betul.Kalau Dian sakit Dhiya’ tak boleh nak duduk diam.Kalau
Dhiya’ sakit Dian lagi tak boleh duduk diam.
“Jomlah bang kita balik.Tak senang duduk
Dhiya’ tu dekat rumah sekali dia tak nampak Dian depan mata.”Tingkah Puan
Sakinah lagi sambil memandang Dian yang sedang memejamkan mata di tempat duduk
belakang.
bersambung ....
NotaHujungKaki : Mencari mood untuk terus menulis ADU...Chaiyok chaiyok Ayra Zahra =)

Dr Rafiqi! :D Ohmaiiii..
ReplyDeletehahahaa..ahaaa Dr Rafiqi udah muncul ..
ReplyDeletesabo2 ..:D
yeah!!! hero sebenar dh muncul...best3x....:D...
ReplyDeletehehehehhe..Mekasih Ina sebab baca Aku Ditakdirkan Untukmu..Tunggu sambungannya ya..:)
ReplyDelete