Selamat pagi dan selamat hari isnin.Ok hari ini akan di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Terima kasih kerana singgah dan baca...=)
BAB
SEBELAS
DIAN BATRISYA sampai ke pejabat hari ini
agak lewat memandangkan kesesakan lalu lintas hari ni yang luar biasa.Hal ini
di sebabkan oleh kemalangan kecil yang berlaku di tengah-tengah jalan. Dian
sampai ke pejabat lambat lima belas minit sahaja.
“Dian kenapa lambat hari ni?” Soal Kak
Hanim sewaktu Dian melintasi di depan meja Kak Hanim.
“Jalan Jamm kak.Datuk Khalid dah masuk
ke kak?” Soal Dian dengan gelisah.
“Belum lagi.Datuk masuk lambat sikit
hari ni.Dia ada urusan sikit pagi ni dekat Putrajaya.” Jawab Kak Hanim.Dian
menarik nafas lega.
“Fuh selamat Dian.” Tingkah Dian sambil
melapkan peluhnya di dahi dengan
tisu.Mahu tidak berpeluh kalau Dian berlari sebaik saja keluar dari pintu
kereta.
“Kak Hanim , Dian pergi buat kerja dulu ya.?”
Dian meminta diri dari Kak Hanim dengan senyuman.
“Ya la.Dian..Selamat bertunang .Maaflah
Kak Hanim tak dapat datang.” Ujar Kak Hanim pada Dian.
“Tak mengapa Kak Hanim.Terima kasih
ya.Dian minta diri dulu ye.” Jawab Dian sambil tersenyum manis pada Kak Hanim.
“Morning Dian.Amboi berseri-seri wajah
pagi ni.Dian tahniah ya dah selamat bertunang dengan Zafran.” Usik Suzie pula
sewaktu Dian melintasi mejanya.
“Terima kasih Suzie..” Jawab Dian
dengan senyuman yang tidal lekang di bibir.
“Tahniah Dian.” Ujar Farid pula.
“Terima kasih.” Balas Dian dengan
senyuman.
“Morning Dian..” Tingkah Zafran Nufail
sambil tersenyum dan berdiri di depan meja Dian.Waktu ni Dian sudah pun duduk
di tempatnya.
“Morning Zafran.Awak dah sarapan ke?”
Soal Dian sambil tersenyum.
“Dah sarapan dah.Ini sarapan saya
belikan untuk awak.Makan tahu.By the way jangan senyum macam tu pada lelaki
lain tahu.Saya cemburu.”Sengih Zafran Nufail kepada Dian Batrisya.
“Ish awak ni.Apa yang awak nak cemburu
Zafran.Kitakan dah bertunang.”Jawab Dian pula sambil menyambut plastik yang
berisi sarapan pagi .
“Sorry.Lupa pula kita dah tunang.Tak
sabarnya saya nak kahwin dengan awak Dian.” Tingkah Zafran Nufail dengan
tiba-tiba.
“Hah apa dia?Amboi tak sabar ya?Karang
saya tak nak kahwin dengan awak baru
awak tahu.”Menbuntang mata Dian seketika.
“Ala saya gurau je.Janganlah marah.” Gelak
Zafran Nufail.
“Dah pergilah buat kerja.Orang tengok tak
manislah .Apa pula nanti diorang akan cakap.Tak pasal-pasal keluar gossip Dian
Batrisya berkepit ‘mesra’ bersama tunangnya Zafran Nufail.Nak macam tu?” Soal
Dian pada Zafran Nufail.
“Eh ok apa?nanti lelaki dekat sini dan luar
sana tak boleh mengorat Dian sebab Dian kepunyaan Zafran.” Balas Zafran dengan
selamba.
“Zafran Nufail…” Dian sudah mengetap bibir.
“Ok ..ok gurau je.Jumpa nanti ok.Bye
sayang.” Ujar Zafran Nufail dengan perlahan.Dian Batrisya apa lagi membesarkan
matanya pada Zafran.Namun Zafran hanya tersenyum lalu menuju ke ruang kerjanya.
“Hana kau dah nak balik ke?” Tegur Dian
pada Hana Yasmin yang kelam kabut keluar .
“Aah aku nak kena balik dulu.Aku ada hal
penting sikit.Aku ambil half day hari ni.Aku pergi dulu Dian.Bye.” Balas Hana
Yasmin lalu bergegas keluar dari pejabat.
Dian hanya memandang dengan kerutan di
dahi.Mengapa dengan Hana hari ni kelam kabut semacam je aku tengok.Harap-harap
tak ada apa-apalah. Bicara hati Dian .
“Kak Hanim dah nak keluar lunch ye?” Tegur
Dian kepada Kak Hanim yang sedang mengeluarkan kunci keretanya dari beg tangan
yang di bawanya.
“Ya Dian.Singgah ambil anak Kak Hanim dekat
tadika dulu .Dian tak keluar makan tengahari ke?Zafran mana?” Ujar Kak Hanim
sambil memandang Dian.
“Sekejap lagi Dian keluar makan.Zafran ada
hal sikit dekat luar.So Dian keseorangan la kot hari ni.”Jawab Dian sambil
tersengih.
“Alahai kesiannya.Hana pula tak ada .Dia
minta half day dengan Datuk hari ni.Ada hal penting katanya.” Balas Kak Hanim.
“Tak apalah .Sekejap lagi Dian keluar beli
dekat seberang jalan sana.Apa susah tapau je bawa balik pejabat.” Jawab Dian
dengan selamba.
Dian mengajak Dhiya’ untuk makan tengahari
bersama tetapi Dhiya’ ada meeting dengan client di luar.Tak mengapalah Dian.Sorang
pun soranglah.
“Hati-hati tahu Dian.Kak Hanim pergi dulu
.Kalau Dian nak suruh Kak Hanim tapaukan pun boleh.”Tingkah Kak Hanim lagi.
“Tak mengapalah Kak Hanim.Jangan
risau.Sekejap lagi Dian pergi makan dekat kedai seberang jalan tu nanti.”Jawab
Dian dengan senyuman.
Kemudian Kak Hanim terus saja bergegas
keluar dari pejabat.Sempat lagi tangannya menilik jam di pergelangan tangan
sebelum bergerak menuju ke tempat parking kereta.
Dian mengemas mejanya seketika.Selepas itu
Dian mencapai beg tangannya yang berada di bawah meja lalu di bawa keluar
dompetnya.Dian melangkah keluar dari Khalid Group untuk mengisi perutnya yang
sedang berkeroncong.
Pada mulanya Dian ingin tapau saja makanan
ke pejabat namun sebaik saja sampai di restoran yang berdekatan dengan Khalid
Group , Dian terus membatalkan niatnya.Setelah selesai mengambil makanan Dian
mengambil di tempat duduk yang paling hujung dan berdekatan dengan kipas.
Dian membasuhkan tangannya lalu membaca doa
sebelum makan.Untuk mengisi perut di kala tengahari Dian mengambil nasi
campur.Nasi putih, ayam berempah ,sayur kailam dan juga sedikit ulam.Dian makan
tanpa mempedulikan orang-orang yang lalu lalang di depannya.
“Dian Batrisya?” Kedengaran satu suara
yang memanggil Dian.
“Ya
saya.” Jawab Dian lalu mendongak wajahnya lalu memandang siapakah pemilik suara
yang memanggilnya itu.Sebaik saja melihat wajah orang yang memanggil namanya
sebentar yadi Dian terus mengerutkan
dahi.
Apa hal pula mamat ni ada dekat sini?.
Desis hati Dian sendirian .
“Ingat saya lagi?” Soal Orang tu lagi pada
Dian, manakala Dian hanya menganggukan kepalanya.
“Ingat.Doktor Rafiqi Aryan.” Balas Dian
dengan selamba.
“Sorang je ke?” Soal Doktor Rafiqi lagi
sambil tersenyum.
“Eh taklah saya berdua.Ada je orang di
sebelah saya ni.” Jawab Dian dengan ramah sambil menunjukkan orang yang di
maksudkannya itu.
Doktor Rafiqi sudah tergelak melihat
Dian.Mahu doktor Rafiqi tak tergelak kalau orang yang di maksudkan Dian yang
menemani dia makan adalah gelas air yang berisi air minuman yang berada
betul-betul di tempat duduk sebelah Dian.
“Nakal juga awak ni ya Dian.”Jawab doktor
tu.Dian tersenyum tawar.
Ish doktor ni , bila masa aku buat
lawak.?Pelik betul aku dengan mamat ni.Entah macam mana boleh terserempak
dengan dia hari ni.
“Doktor Rafiqi dah makan ke?” Soal Dian
pula dengan ramah dan sempat lagi wajahnya mengukir senyuman untuk doktor
Rafiqi.
“Belum.Baru nak makanlah ni.Boleh saya duduk
sini.Bosanlah makan sorang.”Jawan doktor Rafiqi Aryan.Dian mengangkat keningnya
lalu menganggukkan kepalanya.
“Silakan duduk doktor.” Jawab Dian sambil
mempelawa doktor Rafiqi Aryan duduk di hadapannya.
Takkanlah aku tak nak bagi dia duduk pula
kot.Hari tu dia juga yang rawat aku waktu aku deman.Bebel Dian sendirian di
dalam hatinya.
“Jemput makan doktor.” Ujar Dian lagi sambil
tersenyum lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
“Dian tak payahlah panggil saya doktor.Rasa
formal pula.Panggil saya Rafiqi atau Aryan.” Ujar Doktor Rafiqi pula dengan
senyuman.Nasi goreng yang di order sudah pun sampai si meja .
“Ok .Terima kasih sebab rawat saya waktu
saya demam hari tu.” Balas Dian sambil memandang doktor Rafiqi.
“Sama-sama.Itukan dah memang tugas saya
sebagai doktor.” Jawab doktor Rafiqi Aryan sambil menyuapkan nasi gorengnya ke
mulut.Dalam pada itu sempat doktor Rafiqi melihat wajah Dian yang sedang
tersenyum yang menampakkan lesung pipit kanan dan kiri.Terpukau seketika doktor
Rafiqi sewaktu melihat senyuman manis Dian.Nasib baik Dian tidak perasan yang
dirinya di perhatikan.
“Awak kerja mana Dian.?” Ujar doktor Rafiqi
lagi.
“Saya
kerja dekat depan tu haa.Dekat Khalid Group.Doktor buat apa dekat area
ni.Klinik doktor bukan di sini kan.” Balas Dian pula sambil memandang doktor
Rafiqi.
“Kan saya dah cakap tadi, panggil saja
Rafiqi.” Tingkah doktor Rafiqi.
“Alamak lupa pula.Sorry.Rafiqi.” Jawab Dian
sambil menepuk dahinya.Tingkahnya yang comel mencuit hati doktor Rafiqi Aryan.
“Saya ada hal tadi dekat sini.Sekejap lagi
baru saya balik ke klinik.”Jawab doktor Rafiqi dengan senyuman .Dian pula hanya
anggukan kepala sambil menyambung makan .Begitu juga dengan doktor Rafiqi.
Berselera sungguh doktor Rafiqi
makan.Maklum sajalah dapat cuci mata sekali kan.Mahu tak berselera kalau Dian
berada di depan matanya.Terlukis lagi senyuman di bibir doktor Rafiqi.
Doktor Rafiqi sila berhati-hati sikit.Di
depan awak itu tunang orang ya,.Jangan tersuka pula.Diri sendiri juga yang
merana .
Petang itu Dhiya’ mengambil Dian di hadapan
Khalid Group seperti biasa.Sewaktu Dhiya’ sampai di perkarangan Khalid Group ,
Dian sudah terpacak di tepi koridor.Sebaik saja melihat kereta yang di pandu
oleh Dhiya’ , terus Dian menuruni tangga lalu berjalan menuju ke kereta.
“Hai
Dian..Zafran dah balik ke?” Soal Dhiya’ kepada Dian sebaik saja Dian menutup
pintu kereta.
“Zafran?Dia dah balik dah.Dia ada meeting
dekat luar hari ni.Dia keluar dekat-dekat waktu lunch lepas tu dah tak masuk
dah.Biasalah tengah banyak kerja sekarang ni.”Jawab Dian sambil memakai tali
pinggang keledar.Dhiya’ hanya memandang Dian dengan pelik.
Maknanya Dian tidak mengetahui Zafran
keluar dengan seseorang.Kasihan Dian.Kenapa pula Zafran menyorokkan dari
Dian.?Desis hati Dhiya’ sendirian.Sewaktu dia berjumpa dengan client nya
bersama bos dan juga dua orang lagi staff dia ternampak kelibat Zafran Nufail
dengan seseorang.Yang pasti adalah perempuan.Cuma Dhiya’ tidak nampak wajah
perempuan yang berada di depan Zafran Nufail.
Memang tak salah itu Zafran Nufail.Tak akan
mata aku rabun kot.Aku yakin itu Zafran Nufail .Apa sebenarnya berlaku ni?Aku
harus siasat ni .Zafran Nufail.Zafran Nufail aku akan cari kebenaran sampai ke
lubang cacing.
“Dhiya’ tak nak gerak balik lagi ke?” Soal
Dian dengan tiba-tiba.Kereta yang di pandu oleh Dhiya’ tidak bergerak
langsung.kemudian Dian memandang Dhiya’ di sisinya.
“Dhiya’ ..Tak nak balik ke?” Ujar Dian
lagi sambil menepuk bahu Dhiya’ .Dhiya’ yang sedang ralit memandang ke depan
terus terkejut.
“Hah apa dia?” Soal Dian sambil
menggarukan kepalanya sewaktu menoleh pada Dian.
“Ni tak lain tak bukan beranganlah ni
kan?” Soal Dian sambil menggelengkan
kepalanya.
“Eh mana ada.Jomlah kita gerak balik
rumah.”Jawab Dhiya’ sambil tersengih kepada Dian.Kemudian kereta yang di pandu
oleh Dhiya’ terus bergerak.
“Dhiya’ jangan buat selalu berangan tu.”
Tingkah Dian sambil menjeling Dhiya’ yang berada di sebelahnya.
“La Dian ni, mana ada Dian berangan.Cuma
tadi Dhiya’ terfikir sesuatu je la.Apalah Dian ni.”Dalih Dhiya’ sambil
menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya.
Sama sekali Dhiya’ tidak akan bercerita
pada Dian apa yang di lihatnya siang tadi.Bimbang Dian akan terluka.Dhiya’
sangat memahami Dian.Dian adalah seorang gadis yang bijak dalam semua hal
tetapi satu kalau bab cinta memang Dian slow sikit,Lurus sangat kalau
melibatkan hati dan perasaan.
Nampak gayanya selepas ini Dhiya’ akan
menjadi detective la untuk menyiasat tentang Zafran Nufail.Dhiya’ tidak akan
berpuas hati sampailah dia mengetahui semunya.Cik Dhiya’ Batrisya a.k.a
Detective Dhiya’ akan membuka file yang di beri nama ‘Rahsia Zafran Nufail’.
Dhiya’ sudah tersenyum sambil menganggukkan
kepalanya.Di capai kaca mata hitam lalu di suakan ke matanya.Dhiya’ memandang
Dian yang sedang ralit melayan lagu di corong radio.Lagu yang sedang di mainkan
sekarang ini. adalah dari kumpulan Pria Band yang menyanyikan lagu Kasih Jangan
Kau Pergi.
Bersambung....
NotaTersepit : Sekarang ni aku sedang mengalami tekanan dlm menyiapkan manuskrip ini..Uwaaa..Biasalah kan.Semoga semuanya berjalan dengan lancar...Chaiyok3....
Hahaha. Gelas! Comelss pulakk. Ekekeke
ReplyDeletehahhahahaa....lepas ni pertemuan demi pertemuan la..:D
ReplyDeletehoyeeee!!! my hero dh kluar...
ReplyDeletehehehe..bersabar yaaa..watak hero akan byk kuar apabila masuk bab 20 dan keatas..Tunggu ya...byk dugaan tuk DIan tempuhi... mekasih baca..:)
ReplyDeleteNak lg.
ReplyDeletebaby mio mekasih singgah ke mari..Sabar ya..Novel ini akan di update 2 kali seminggu..:)
ReplyDelete