Good morning..Hari ni dah hari khamis.Jadi seperti biasa akan di update bab seterusnya.Terima kasih kepada semua yang baca kisah Dian ini.Selamat membaca dan teruskan menunggu bab seterusnya . =)
BAB
EMPAT BELAS
HUJUNG minggu datang lagi.Seperti pasangan
lain Dian menghabiskan hujung minggu bersama tunang tersayang.Sekarang ni kerja
di pejabat makin bertambah kadang kala nak jumpa dengan tunang sendiri tak
sempat.Kerja tetap kerja dan kena laksanakan tugas yang diberikan dengan
sebaiknya.Sekarang ini juga susah untuk Dian dan Zafran duduk dan makan
bersama.Masing-masing sibuk dengan kerja.
Pada hujung beginilah mereka berdua boleh
meluangkan masa bersama.Hari ini Dian dan juga Zafran banyak menghabiskan masa
di pusat beli belah.Bermula dari tengok wayang sampailah keluar
berjalan-jalan.Dian dan Zafran singgah dari satu kedai ke satu kedai.Dalam masa
yang sama juga Dian dan Zafran mencari
barang-barang keperluan untuk kahwin kelak.
Majlis kahwin bukan mudah untuk di
buat.Banyak benda yang harus di fikir dan juga buat.Dian berjalan menuju ke
kedai Carlo Rino untuk melihat koleksi beg tangan dan juga kasut.Zafran hanya
mengekori tunangnya dari belakang.Di tangannya pula sudah terisi dengan beg kertas
yang mengandungi pakaian yang di belikan oleh Dian.Ada juga baju untuk dirinya
juga yang di hadiahkan oleh Dian.
Dian membelek satu persatu beg tangan yang
berada di depan matanya.Di teliti satu persatu bahagian beg tersebut.
Amboi Dian cerewet juga awak ya dalam
memilih barang.Kalau ikutkan memang kita boleh ada sikap cerewet sedikit dalam
memilih barang.Bukan mudah untuk membuat pilihan yang baik.Tak gitu?
“Yang ni cantik tak ?” Soal Dian Batrisya
kepada tunangnya.
“Cantik.Sesuai dengan Dian.”Jawab Zafran
Nufail sambil menilik beg tangan yang di pegang oleh Dian.
“Dian yang ni pun boleh tahan cantik,
nampak elegant .”Tingkah Zafran Nufail sambil menunjukkan salah satu beg yang
tersusun di atas rak.
“Aah la.Yang ni pun cantik.Dian dah pening
tak tahu nak pilih.Semua cantik.” Jawab Dian sambil memandang sekeliling rak
yang tersusun dengan beg tangan yang cantik .
“Kalau macam tu beli semualah.” Tingkah
Zafran dengan selamba.Sengaja nak mengusik Dian tu.
“Bagus juga cadangan tu.Beli semua selepas
tu yang bayar adalah awak encik Zafran.” Balas Dian sambil menganggkat
keningnya pada Zafran.
“Alamak botaklah kepala Zafran kalau
begitu.” Jawab Zafran Nufail sambil menepuk dahi.Dian sudah tergelak kecik
memandang tunangnya.
“Haaa tau pun.Tu la jangan suruh beli
semua..” Jawab Dian dengan selamba sambil mencebik ke arah Zafran yang hanya
menggarukan kepalanya.
“Dian
tak nak tengok high heel ke?”Soal Zafran sewaktu melihat high heel yang
terususn rapi di rak .
“Mestilah nak tengok.Jom kita tengok yang
dekat lorong tu.” Tingkah Dian sambil berjalan menuju ke suatu rak yang
terletak di hadapan pintu masuk ke kedai ini.Zafran Nufail mengekori Dian dari
belakang.
Sedang
Dian dan juga tunangnya Zafran sedang leka melihat high heel tetiba telefon
bimbit milik Dian berbunyi.Dian menyeluk tangannya ke dalam tas tangan yang
berada di atas bahunya lalu mengeluarkan telefonnya lalu melihat nama yang
tertera di skrin telefonnya.
“Assalamualaikum Hana..” Ujar Dian di talian.
“Waalaikumussalam Dian…Dian dekat mana
ni?Hana bosanlah.Hana ingat nak ajak Dian keluar pergi jalan-jalan ,
makan-makan, Ajaklah Dhiya’ sekali.Dah lama ni kita tak lepak sekali ni.” Balas
Hana sebaik saja menjawab salam dari Dian sebentar tadi.
“Dian ada dekat Berjaya Times Square ni
keluar jalan-jalan dengan Zafran.Kami pun dah lama tak keluar bersama.Tasha ke
mana Hana?” Jawab Dian pula .
“Ye ke.Kalau macam tu tak mengapalah.Tasha
tak ada dia keluar ada hal.” Jawab Hana acuh tidak acuh.Sebaik saja mendengar
nama Zafran sesak dadanya seketika.Hana terasa hampa seketika.Hana baru saja
ingin cakap untuk meletakkan telefon Dian sudah memintasnya.
“Kesianlah Hana sorang-sorang.Ermm apa kata
Hana datang dekat sini.Kita jalan-jalan sambil makan ke.Shopping ke.Nak tak?”
Soal Dian pula .Dian merasakan serba salah pada Hana.Yalah tak kan Dian ingin
membiarkan saja .Hana tu pun bukan orang lain kawan baiknya juga.
“Eh tak apalah.Hana tak nak kacau daunlah.”
Jawab Hana Yasmin di sebelah sana.Namun pada ketika itu tangan kiri Hana sedang
memintal baju yang di pakainya.Hatinya mahu menjerit di kala ini.
“Tak apalah.Kalau Hana rasa nak datang sini
datanglah tapi jangan lewat sangat nanti kitaorang berdua dah nak balik.” Jawab
Dian lagi.Zafran hanya mendiamkan diri sebaik saja mendengar Dian mempelawa
Hana ke mari.
Sayang kenapa awak ajak Hana datang
sini.Hari ni saya nak berjalan dengan
awak saja.mengapa perlu ada Hana sekali.Bebel Zafran sendirian di dalam
hatinya.
Ikutkan hatinya di kala itu , memang dia
tidak akan membenarkan Dian mengajak Hana namun apa yang boleh Zafran buat
kalau Dian sudah mempelawanya.
“Tengoklah macam mana.Kalau rasa rajin Hana pergilah ke sana.” Jawab Hana
acuh tak acuh saja.Hana memintal pula
rambunya.
“Ok.Kalau nak datang nanti telefon Dian tahu.” Jawab Dian lagi.
“Errmm ya la.” Jawab Hana pula .Selepas
itu Hana meminta diri lalu mematikan talian.
Hana mundar mandir di dalam
biliknya.Bosan tahap gaban kot si Hana ni, tak ubah seperti cacing yang
kepanasan.
“Patut ke aku pergi sana?Kalau aku pergi
sana apa je yang ada.” Bebel Hana sendirian.
“Kalau aku tak pergi, mati kutu aku
dekat rumah ni.Aku dahlah tengah bosan tahap gaban sekarang ni.Kepala pun
berserabut.Ini kalau pergi sana makin buat aku sakit hati saja.” Bebel Hana lagi.
Selepas itu Hana nekad.Hana membuka
almari pakaian .Ditilik satu persatu pakaian yang tergantung di dalam
almarinya.Entah mood apa yang menguasai Hana Yasmin hari ni untuk melawa dari
hari biasa.
Hai Cik hana Yasmin , apa yang kamu cuba
tonjolkan ni?
Hana menarik beberapa helai pakaian yang
tergantung di dalam almari.Kemudian setelah puas dia memilih terus saja dia
bersiap untuk pergi ke tempat di mana Dian dan juga Zafran berada.
Setelah Hana siap .Hana memandang cermin
berkali-kali melihat dirinya.Di badannya pula tersarung gaun labuh bewarna biru
kemudian di pakai pula tali pinggang .Sebaik saja berpuas hati Hana terus
bergegas keluar dari rumahnya.
“Sayang kita nak beli apa lagi ni?Jomlah
makan.Perut dah rasa lapar ni.” Tingkah Zafran Nufail sebaik saja dirinya dan
Dian keluar dari kedai buku.Salah satu hobi Dian suka membaca.Itu memang tidak
di nafikan lagi.
“Rasanya dah tak ada nak beli apa-apa
kot.Barang-barang yang tak beli tu lagi kita datang shopping lain
kalilah.Jomlah kita makan dulu.Perut Dian pun dah nyanyi ni lapar.” Tingkah
Dian pula sewaktu menoleh pada tunangnya
Zafran Nufail.
“Boleh saja untuk sayang.” Usik Zafran
Nufail yang membuatkan Dian tersipu malu.
“Suka sangat ya awak sakat saya .” Balas
Dian Batrisya .
“Mestilah.Awak kan baby saya.Mestilah saya
suka sakat awak.” Ujar Zafran Nufail sewaktu mereka berdua berjalan seiringan
untuk mencari makan.
“Baby apanya.Umur Dian dah dua puluh lima
kot.Muka tua sudah kelihatan jelas di situ.” Balas Dian dengan selamba .
“Eh mana ada tua lagi.Dian nampak muda
tahu.Masa first time jumpa Dian , Zafran ingat umur Dian dua puluh tiga tahu.”
Tambah Zafran Nufail lagi.
“Ya la tu.Habis tu kalau dah tua nanti
Zafran akan terus menyayangi Dian tak?” Soal Dian dengan senyuman penuh makna.
“Mestilah sayang.Sampai bila-bila Zafran
akan menyayangi Dian.”Jawab Zafran Nufail dengan selamba dan tersenyum.Dian
sudah tersipu lagi sekali.Bertuahnya Dian memiliki cinta Zafran dan bertuah
juga Zafran dapat memiliki cinta Dian.
Dian dan juga Zafran berjalan menuju ke
Restoran Rasa Utara.Zafran Nufail yang teringin untuk makan di situ.Dian hanya
mengikut saja langkah Zafran.
“Dian nak rasa tak makan dekat sini?” Soal
Zafran sewaktu mereka tiba berdekatan dengan restoran tersebut.
“Mestilah nak.”Jawab Dian sambil tersengih.
“Ok Jom kita masuk dan makan.” Jawab Zafran
pula lalu melangkah ke dalam.Dian pula menganggukkan kepala kepada tunangnya.
Satu senyuman tetap terukir di bibir Dian Batrisya.
Sebaik saja makanan tiba di meja makan,
Dian sudah tidak sabar kerana perutnya juga sudah berbunyi dari tadi lagi,
namun di tahan.Dian mengusap perutnya dengan perlahan.Perutnya rasa tidak
selesa.
“Kenapa Dian?Muka berkerut semacam saja
Zafran tengok.” Tingkah Zafran sebaik saja terpandangkan wajah tunangnya yang
duduk bertentangan dengannya.
“Tak ada apa-apa.Perut tak selesa.Mungkin
sebab lapar sangat kot.” Jawab Dian sambil tersenyum tawar.Zafran sudah menggelengkan
kepalanya.
“Haaa Dian ada gastric ya?” Tembak Zafran
Nufail sambil memandang tepat pada Dian.Jelas raut wajah Zafran Nufail yang
kerisauan.
“Aaah .Janganlah risau.Dian tak
apa-apalah.” Jawan Dian lagi
“Betul ni?Kalau sakit sekejap lagi Zafran
hantarkan ke klinik dulu sebelum Zafran hantar Dian balik rumah.” Ujar Zafran
lagi.
“Betul.Dian tak apa-apa.” Dalih Dian.Kalau
boleh Dian tidak mahu menyusahkan sesiapa termasuklah tunangnya sendiri.
“Betul.Dian ok.Jomlah makan.” Jawab Dian
sambil membuat aksi merayu dengan mata yang comel.
“Ok jom kita makan.Kalau sakit sekejap lagi
Zafran bawa pergi klinik ok.” Ujar Zafran Nufail pula sambil menyuapakan nasi
bersama ikan asam pedas utara.
“Yes bos.”Jawab Dian membuatkan Zafran sudah
tergelak kecil .Zafran tidak sangka yang sebenarnya Dian ni seorang yang manja
tetapi di menyorokkan sifat manjanay itu.Bertuahnya aku memiliki Dian.Desis
hati Zafran sambil memandang Dian yang turut juga menyuapkan nasi dengan ikan
asam pedas utara.
“Hai
Dian..Hai Zafran.” Kedengaran satu suara yang baru muncul di meja mereka berdua
Di kala itu Dian sedang leka bercerita bersama tunangnya Zafran Nufail.
“Hai Hana.Jemputlah duduk.” Pelawa Dian
sebaik saja dia mendongak ke atas.
“Terima kasih.Dah lama ke Dian dengan
Zafran makan?” Soal Hana dengan senyuman.Zafran Nufail hanya tersenyum tawar
dan mendiamkan diri.
“Eh baru lagi.Hana orderlah dulu nak
makan apa.”Ujar Dian pula sambil menambahkan kuah asam pedas ke dalam
pinggan nasinya.
“Ya
lah.” Jawab Hana sambil memandang Dian .Kemudian pandangannya pula beralih
kepada Zafran yang berada di depannya.Di kala itu Zafran tidak mengendahkan
langsung malah terus menerus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.Mata Zafran
hanya tertumpu kepada Dian Batrisya.
Dari
wajah Zafran Nufail boleh nampak yang dia tidak berapa selesa dengan kehadiran
Hana Yasmin di sini hari ni.Apa yang berlaku antara Hana dengan Zafran ni?
“Sayang sekejap lagi kita nak ke mana
lagi?” Soal Zafran kepada Dian.Hana yang baru saja minum air terus
tersedak.Dian menggosokkan belakangnyan Hana.
“Hana makan perlahan sikit.”Tegur Dian
.Hana hanya tersenyum tawar.
“Hana ok la Dian.” Jawab Hana sambil
menyuapkan nasi ke mulutnya.Zafran Nufail hanya memandang begitu sahaja.
Dian langsung tidak perasan yang Zafran Nufail
menjadi senyap sebaik saja Hana tiba di situ .Dian tak perasan yang Hana dan
Zafran tidak ramah seperti selalu.
“Dian ingat nak jalan je kot.Lepas tu
kita baliklah.Selepas kita makan ni kita pergi tunaikan solat zohor dulu ok.”
Dian menjawab soalan yang di ajukan oleh tunangnya.
“Boleh saja.Untuk Dian apa saja.”Jawab
Zafran pula sambil tersenyum.
Ish mereka berdua ni tak nampak aku ke
?Kemain lagi Meluat pula aku tengok mereka berdua ni. Bebel Hana di dalam
hatinya.
Hana terus menerus mempamerkan senyuman
plastik di bibirnya ke arah Dian dan juga Zafran Nufail.
“Terima kasih Zafran.” Jawab Dian lagi.
“Sama-sama sayang.” Balas Zafran dengan
selamba.
“Hana kau ikut sekali tak ni?Kitaorang nak
jalan-jalan lagi selepas ini.” Soal Dian kepada Hana yag sedang menyedut air
minumannya.
“Errm boleh juga.” Jawab Hana pula.Zafran
Nufail hanya memberikan pandangan kosong kepada Hana.
Bersambung ...
NotaTersepit: Mood keje sekarang ni kelaut.Mood menulis pula selalu block aku.. Y_Y
smbng lagiiiij
ReplyDeletemekasih Ruunna singgah dan baca..Sambungannya pada isnin nanti..Hehhehe..:D
ReplyDeletebila lah rahsia dia org nak bocor ya sian dian kena tipu.
ReplyDeleteBaby Mio mekasih singgah dan baca..
ReplyDeleteNak tahu kena tunggulah.Byk bnda akan berlaku nanti pada Dian..=)