SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, May 13, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 9

Assalamualaikum u oll..

selamat pagi isnin.selamat bekerja walaupun hari isnin hari yang paling malas nak kerja.Ok hari ni di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Mekasih kepada yang support Dirimu Satu dan juga Aku Ditakdirkan Untukmu. =)

 

   




BAB SEMBILAN



    DIAN BATRISYA dan juga Zafran Nufail sudah mula merancang untuk majlis pertunangan mereka berdua.Keluarga Zafran ingin mempercepatkan majlis pertunangan Zafran dengan Dian.Kedua-dua belah keluarga memang merestui hubungan Dian dan Zafran.

    Pagi itu Dian besiap ala kadar sahaja .Dian mengenakan seluar slack hitam bersama blaus bewarna biru muda.Di kenakan pula dengan selendang bewarna biru pink.Dian melilitkan selendang yang di pakainya.Setelah berpuas hati Dian mencalitkan sedikit lipstick dan juga spray sedikit minyak wangi di pergelangan tanggannya.

     “Pheewwwit..Lawanya orang tu pagi ni.Nak pergi dating ya pagi-pagi ni?” Soal Dhiya’ yang baru saja muncul.

      “Ish mana ada Dian nak pergi dating Dhiya’.Hari ni kan Dian dengan Zafran nak keluar carikan barang-barang untuk buat persiapan majlis pertunangan kami nanti.Dhiya’ nak ikut tak?” Balas Dian sambil tersenyum pada Dhiya’

    “Lupa Dhiya’ yang Dian nak pergi beli barang hari ni.Errmmm rasanya Dhiya’ tak ikut kot.Dhiya’ nak temankan mak dengan ayah pergi kenduri kahwin .” Balas Dhiya’ sambil melabuhkan punggungnya di birai katil.

    “Hah kenduri kahwin siapa?” Soal Dian pula sambil menoleh kepads Dhiya’.
    “Kenduri kahwin anak mak cik Lijah .Ala anak dia yang nama Haniza tu yang nak kahwin.Dian ingat lagi tak Haniza tu?” Tanya Dhiya’ .

     “Ohhh Dian lupa, hari ni kenduri kahwin Haniza dengan Akram.”Dian menepuk dahinya.
     “Haa betullah laki si Haniza namanya Akram.” Jawab Dhiya’ sambil menganggukkan kepalanya.
    “Dhiya’ pergi nanti belikan hadiah eh dekat dia.Kirim salam sekali dekat Haniza.Sorry sebab Dian tak dapat pergi kenduri kahwin dia hari ni.Dian kena uruskan hal ni dulu hari ni.Nanti karang bising pula mak kita tu.” Ujar Dian sambil tersenyum.

    “Haaa tau tak apa.Karang kalau Dian tak pergi beli barang habislah kena dengar ceramah free dari Puan Sakinah dan juga Encik Yusuf tu haaa..” Jawab Dhiya’ dengan selamba sambil ketawa.

     “Amboi Dhiya’ mengata mak dengan ayah nampak.Karang Dian bagitahu mak dengan ayah baru padan muka Dhiya’.”Ugut Dian Batrisya .Dhiya; hanya mencebik dan menjungkit bahunya.

     “Oklah Dhiya’.Dian pergi dulu.Kirim salam pada Haniza ya nanti.” Ujar Dian lalu mengambil tas tangannya yang berada di atas meja solek.

      “Ok kakakku sayang.Nanti Dhiya’ sampaikan pesanan dari Dian.Selamat ber shopping  dan selamat berdating dengan bakal tunang.” Usik Dhiya’ pula dengan sengihan.

     “Dhiya’…”Jerit Dian.Di kala itu Dhiya’ sudah melarikan diri.Suka sangat dia menyakat kakak kembarnya Dian.

    “By the way , jangan lupa kirim salam dekat bakal abang ipar ya.” Ujar Dhiya’ lagi .Sempat lagi dia melaung kepada Dian yang sedang menutup pintu biliknya.Dian mengetap bibir .

      “Dhiya’ ni suka sangat kenakan Dian.” Balas Dian sambil menggelengkan kepalanya kepada Dhiya’.
     “Dah lama ke awak sampai tadi?” Soal Dian sewaktu berada di dalam perut  kereta milik Zafran.
      “Baru je sampai.Dian awak nampak cantik hari ni.” Balas Zafran Nufail sambil tersenyum kepada Dian.
     “Ish mana ada.Biasa sajalah.” Tingkah Dian pula.

      Hai kalau hati dah sayang , semuanya nampak cantik.Bila hati tengah berbunga semuanya baik-baik belaka.iada cacat celanya.Ayat lelaki biasalah.

     “Dian terima kasih ya sebab menerima lamaran saya.” Ujar Zafran Nufail sewaktu dia memandu keretanya.Pemerhatiannya di fokuskan di depan.Dian menoleh pada Zafran sambil tersenyum.

     “Tak salah rasanya kalau saya bagi peluang pada awak dan juga diri saya.Cuma satu saja saya minta dari awak Zafran…”

      “Minta apa?” Soal Zafran Nufail dengan pelik.

    “Jangan pernah kecewakan dan lukakan hati saya.Paling utama dalam perhubungan adalah kejujuran dan juga kepercayaan.Jangan pernah buat saya hilang kepercayaan kepada awak.Seandainya itu yang terjadi saya tidak akan memberikan peluang kedua lagi.Walaupun setiap orang punyai peluang kedua.Sekali saya hilang percaya pada seseorang bukan mudah untuk dapatkan kepercayaan dari saya kembali.Itu saja yang saya minta dari awak Zafran.” Balas Dian dengan senyuman manis yang terukir di bibir.

    “InsyaAllah Dian.Saya tidak sama sekali musnahkan kepercayaan yang awak bagi kepada saya.Saya beruntung dapat awak Dian.Awak nak tahu kenapa?” Ujar Zafran Nufail sambil menoleh pada Dian yang berada di sisinya.

    “Kenapa?” Soal Dian dengan dahi yang berkerut.

     “Sebab awak lain dari yang lain.Awak jadi diri awak sendiri.Kalau suka awak cakap suka.Kalau tak suka awak akan cakap awak tak suka.Awak seorang yang lebih suka berterus terang.Kalau salah awak , awak akan mengaku itu salah awak.Awak sangat berbeza.Susah nak cari perempuan seperti awak sekarang ni.” Tingkah Zafran Nufail.

   “Ish awak ni ke situ pula.Dah memang diri saya macam ni kan.Saya terima awak seadanya.Saya ni hanyalah perempuan biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan Zafran.”Jawab Dian pula.
   “Sebab tu saya suka awak.” Balas Zafran Nufail sambil tersengih.

   “Terima kasih..” Balas Dian dengan senyuman manis di bibirnya.
     Dian berjalan seriringan dengan Zafran Nufail .Dari satu ke dai ke satu kedai mereka singgah dan masuk melihat barang.Ada yang berkenan di hati maka di belilah barang tersebut.Dian dan Zafran membeli barang biasa-biasa saja untuk majlis pertunangan mereka.Bak kata Dian jangan membazir sangat.Bila nak kahwin nanti lagi banyak duit nak kena guna.

    Sewaktu Dian melangkahkan kaki memasuki ke gedung pakaian Dian ternampak kelibat Hana Yasmin sedang memilih pakaian di situ dengan seorang perempuan.Dian tersenyum dan berjalan menuju ke tempat Hana Yasmin berada.

    “Hana…” Dian mengejutkan Hana Yasmin dengan memegang kedua-dua belah bahu Hana.Terkejut Hana Yasmin dibuatnya.

      “Kau Dian.Ish nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu.Kau ni buat aku terkejut je la.Kau dengan Dhiya’ ke?” Soal Hana Yasmin pada Dian.

     “Sorry la kalau aku kejutkan kau tadi.Aku bukan dengan Dhiya’ tapi aku dengan Zafran.Cari barang sikit.” Jawab Dian sambil tersenyum manis.

      “Cari barang?Barang apa?” Soal Hana Yasmin sambil mengerut dahinya.
       “Lupa pula aku nak bagitahu kau yang tak lama lagi aku dengan Zafran akan bertunang.” Balas Dian sambil menepuk bahu Hana Yasmin.

     “Hah apa dia?Korang berdua nak bertunang?Bila?Kenapa aku tak tahu ni.?”Soal Hana Yasmin dengan muka terkejut.

     “Ish kau ni tak tahu ke?Bukan satu pejabat ke dah tahu aku akan bertunang dengan Zafran Nufail?” Soal Dian pula pada Hanya Yasmin yang masih lagi terkejut.

     “Aku tak tahu menahu pun.” Jawab Hana Yasmin dengan perlahan.
       Dari kejauhan Zafran Nufail mencari-cari kelibat Dian.Zafran memandang kiri dan kanan mencari kelibat Dian Batrisya.Kemudian Zafran tersenyum apabila matanya sudah menjumpai wajah yang di carinya sebenatar tadi lalu melangkah masuk ke gedung pakaian.

      “Dekat sini rupanya awak Dian.Puas saya cari awak tadi tahu.” Ujar Zafran Nufail yang baru saja tiba di sisi Dian.
       “Sorry awak..Saya ternampak Hana tadi.Saya tegurlah dia dekat sini.” Jawab Dian dengan senyuman manis.
       “Eh Hana awak pun ada dekat sini.” Soal Zafran.Baru dia perasan di depan Dian berdirinya Hana Yasmin.
      “Yup saya Zafran”. Jawab Hana Yasmin dengan senyuman tawar

        Berkecai hatinya sewaktu mendengar yang Dian dan Zafran akan bertunang tidak lama lagi.Entah mengapa hatinya di kala ini terasa sangat sakit.Adakah sebab dirinya yang tidak boleh menerima berita Dian akan bertunang.Hana Yasmin rasa sedih sangat sewaktu menerima perkhabaran itu.Adakah sebab selama ni dia menyukai Zafran tanpa pengetahuan lelaki itu?

    “Awak sorang je ke Hana?” Soal Zafran pada Hana.
     “Terima kasih sebab tanya.Saya pun nak bertanyakan soalan yang sama pada Hana tadi Zafran.” Balas Dian .Zafran sudah tersengih.

        Hana Yasmin hanya melihat kemesraan pasangan di hadapan matanya.Hana Yasmin hanya memandang dengan muka yang sedih dan hatinya juga sebal.

       “Hello Hana..Kau berangan ke?” Ujar Dian sambil melambaikan tangan di depan muka Hana Yasmin.
      “Eh apa kau tanya tadi.Sorry.” Jawab Hana dengan senyuman paksa.
       “Aku tanya tadi.Kau sorang je ke shopping ni?” Soal Dian pula.

        “Taklah aku shopping berdua, dengan housemate aku.Sekejap aku panggilkan dia.”Balas Hana pula lalu menoleh ke belan\kang melambai tangannya kepada seseorang.

      “Kenalkan ini housemate aku.Nama dia Tasha.” Ujar Hana Yasmin kepada Dian.
       “Tasha kenalkan ini kawan baik aku Dian Batrisya dan ini pula bakal tunang Dian kawan sepejabat dengan aku Zafran Nufail.” Hana Yasmin memperkenalkan Dian dan juga Zafran.

       “Hai nice to meet you Dian.” Balas Tasha dengan senyuman manis.Dian juga turut tersenyum.
     “Hai Tasha..” Balas Dian dan Zafran serentak.Mereka berdua berpandangan sesama sendiri dan tersenyum pada Tasha dan juga Hana.

     “Jom Dian , nanti lambat pula kita balik rumah.Saya dah janji dengan ayah awak nak hantar awak sebelum pukul lima.”Balas Zafran kepada Dian.

     “Ok.Errmm Hana, Tasha kitaorang berdua minta diri dulu ya.Jumpa dekat pejabat nanti ok Hana.Jumpa lagi Tasha.” Ujar Dian pula sebaik saja menoleh kepada Hana.

       “Ok Dian , Zafran.Jumpa nanti.” Balas Tasha pula.Hana Yasmin di sisinya hanya berdiam diri.
       “Kau kenapa Hana?” Soal Tasha kepada Hana Yasmin yang sedang ralit melihat Dian dan Zafran yang sedang berjalan keluar dari gedung pakaian.

    “Tak ada apa-apa.” Dalih Hana Yasmin pula.

     “Kau jangan nak tipu akulah Hana.Aku ni masak sangat dengan perangai kau.Aku tahu kau sedihkan.Sebab Zafran pilih Dian?” Tembak Tasha .Hana tersentak lalu memandang muka Tasha.
     “Mana ada.Dah jom kita sambung shopping ” Dalih Hana lagi.

      “Kau suka Zafran kan?” Soal Tasha lagi.
       “Mana kau tahu?” Soal Hana Yasmin dengan terkejut.
        Macam mana pula si Tasha ni boleh baca hati aku.Ish ni yang aku tak suka ni kalau ada orang yang suka sangat ambil tahu hal aku.Marah Hana di dalam hatinya.

       “Come on Hana.Muka kau tu yang menunjukkan segala-galanya.Dengan riak muka macam ni kau pamerkan pada Dian memang aku dah boleh agak yang kau juga menyukai Zafran.Kenapa kau tak berterus terang je pada Zafran.Sanggup seksa diri kau macam ni?” Bebel Tasha kepada Hana Yasmin.

     “Memang aku sukakan Zafran Nufail, tapi masalahnya dia langsung tak nampak aku .Sejak Dian bekerja di tempat aku bekerja Zafran tu hanya nampak Dian saja.Mana pernah di nak tegur aku sebelum ni.Sejak Dian ada baru dia tegur aku dan layan aku dengan baik.” Jawab Hana Yasmin.

   “Sepatutnya dari dulu lagi kau cakap yang kau suka dia.Ini tak.Bila orang lain dapat mulalah kau tak senang duduk.” Tingkah Tasha lagi.

   “Habis tu kau nak suruh aku buat macam mana lagi.” Soal Hana Yasmin kepada Tasha.
    “Senang je.Kau lupakan Zafran.Cari orang lain,.Eh dekat Kuala Lumpur ni banyak lelaki yang kau boleh cari.Biarlah Zafran bahagia dengan Dian.Aku tengok mereka berdua pun sepadan.” Ujar Tasha lagi.Hana Yasmin sudah mendengus geram pada Tasha.

    Sepadan apa ke benda rupa itu.Menyampah aku dengan Zafran.Selama ni aku lalu depan mata dia langsung tak nak pandang aku.Bila Dian masuk je situ terus berubah .Apa hebat sangat ke Dian tu dari aku ni?Marah Hana Yasmin di dalam hatinya.

    “Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni Hana ?” Soal Tasha sambil bercekak pinggang.
   “Ermmm aku dengar.”Jawab Hana acuh tak acuh.

    “Haa kalau dah dengar tak payahlah nak fikir lagi.Cari je orang lain.” Jawab Tasha dengan selamba.
     “Kau ingat senang ke aku buang perasaan tu.Ini berkaitan dengan hati dan perasaan tahu tak?” Marah Hana kepada Tasha.

     “Habis tu kau nak menyeksa perasaan kau sendiri.Kau juga yang sakit nanti Hana.Sudahlah tu .Jangan kau bermusuh dengan kawan baik kau sendiri sudahlah.Dian tu aku tengok baik orangnya.” Balas Tasha lagi.
      “Kau ni Tasha , kawan aku kea tau kawan Dian?Asyik memihak pada Dian je aku dengar .” Perli Hana pula.Tasha sudah menggelengkan kepalanya.

     “Kau ni Hana.Tak habis-habis nak prejudis dengan orang.Sudahlah.Aku nak pergi kedai kasut depan sana.Kalau kau rasa nak melayan perasaan kau tu , duduk je sini diam-diam.”Balas Tasha pula lalu melangkah menuju keluar dari gedung pakaian.

     “Ish Tasha tunggulah aku.Ok ok sorry.Tunggulah aku.” Jerit Hana Yasmin.
     “Susah betul aku cakap dengan orang keras kepala ni.Hana..Hana…” Bebel Tasha sendirian sewaktu melangkah menuju ke kedai kasut di hadapannya.

     “Ish perempuan ni dia pula yang sensitif.” Bebel Hana Yasmin sambil mengejar Tasha dari belakang.
     Cik Hana Yasmin siapa yang sensitive sekarang ni.Awak atau Tasha?Apa yang Tasha cakap itu ada benarnya.Lupakan Zafran Nufail kelak diri sendiri juga yang sakit dan merana.
   
bersambung ....

NotaTersepit.: Sekarang ni cik penulis tengah selsema.Alahai.Cepatlah sembuh.

4 comments:

  1. Hana tu perempuan tak sedar diri -..-"

    ReplyDelete
  2. saya nak tunggu hero yg asli...yg versi kuih talam ni x moh...

    ReplyDelete
  3. Hannah Rishas : Hahhaha..Biasalah kalau hati dh buta kerana cinta yang belum pasti .begitulah.Kawan makan kawan la org kata...

    ReplyDelete
  4. Ina Hashim : Hhehehe.Hero asli kena tunggu ya..Coming soon..Mekasih singgah sini dan baca..:)

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D