SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, September 30, 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 14

Assalamualaikum u oll...

Hari ini di update sambungan BCIP bab seterusnya.Hehehhe.Mekasih singgah dan baca..

             Bila ada depan mata tak nak hargai.Bila dah tiada baru nak mencari.


                  
                                              







BAB EMPAT BELAS



    “TERIMA Kasih Datuk kerana hadir meeting pada hari ini.Semoga kita berjaya uruskan projek ini bersama-sama.” Ujar Hadif Fakhri sambil bersalaman dengan Datuk Rizman.Mereka baru saja selesai meeting.Reen sedang mengemas fail di atas meja , mata Datuk Rizman ralit sekali memandang Reen dari atas sampai bawah.

    “Sama-sama.I percaya yang you boleh buat projek ini.” Balas Datuk Rizman sambil tersenyum pada Hadif Fakhri.

    “Terima kasih kerana percayakan I .” balas Hadif dengan senyuman manis.
     “Apa kata kita pergi minum-minum ke dulu.Boleh sembang sekejap.” Datuk Rizman memberi cadangan.

    “Pergi minum.Dekat mana Datuk?” Soal Hadif dengan pelik.
     “Mana-mana saja.You bawa sekali you punya setiausaha yang comel tu.” Tingkah Datuk Rizman lagi.Hadif mengerut dahinya.Reen waktu itu memang tidak mendengar apa yang di bincang oleh mereka berdua.

     “Tuan Hadif.Saya dah kemas semuanya.Ada apa-apa lagi ke?Kalau ada apa-apa saya nak ke meja saya sambung kerja saya.” Ucap Reen sebaik saja berdiri bersebelahan dengan Hadif Fakhri.Di depan Reen pula Datuk Rizman .

     “Eh kita pergi minum dululah.” Sapa Datuk Rizman.Reen terus memandang wajah Hadif Fakhri.

     Apa pula datuk ni pandang aku semacam saja.Buang tabiat ke apa orang tua ni?Soal Reen di dalam hatinya.

    Hadif Fakhri sudah memandang Datuk Rizman dengan tajam.Dari ekor mata Hadif dia sudah dapat menggagak yang Datuk Rizman ni ada agenda lain.

   “Maaflah Datuk.Rasanya I dan setiausaha I ni tak dapat nak minum sekali.Sekejap lagi I dan setiausaha I ni ada meeting dekat luar.Next time la ya Datuk.” Ujar Hadif sambil tersenyum sinis pada Datuk Rizman.

   Tak padan dengan tua la datuk ni.Pantang nampak perempuan dahi licin sakit.Boleh jadi geng dengan Tan Sri Herman tu.Gerutu hati Hadif.Reen memandang pelik pada Hadif dan juga Datuk Rizman.

   Fuh pandai juga bos aku kelentong.Bagus-bagus.Boleh larikan diri dari orang tua ni yang boleh jadi pangkat ayah aku.Reen tersenyum dalam hati.

    “Alah sekejap saja tak kan tak boleh.” Soal Datuk Rizman lagi.

    “Sorry Datuk.Hal meeting mana boleh sesuka hati nak lambatkan atau batalkan.Ok datuk have a nice day.Kami minta diri dulu ya.” Balas Hadif.Apa lagi terus kelat muka Datuk Rizman.Niat di hatinya untuk berkenalan dengan setiausaha Hadif Fakhri.

    “Jom kita gerak sekarang, nanti lambat pula.” Ujar Hadif kepada Reen.
    “Baik Tuan Hadif.” Balas Reen lalu berjalan seiringan dengan Tuan Hadif.

    “Terima kasih Tuan Hadif.” Ujar Reen sewaktu mereka berdua berjalan menuju lif.Ke ruang kerja mereka.

    “No problem.Awak hati-hati sikit dengan Datuk Rizman.Dia tu tak boleh tengok perempuan berdahi licin sikit.” balas Hadif pula sambil menekan butang lif.

    “Datuk Rizman tu tak ada isteri ke Tuan Hadif?” Soal Reen pula sewaktu berada di dalam lif.

   “Ada je isteri, tapi orang macam dia tu pantang nampak perempuan cantik.So awak berhati-hati sikit jangan mudah terpedaya dengan orang macam tu walaupun dia tu client kita.” Pesan Tuan Hadif.Reen menganggukkan kepalanya.

    Bagus juga Tuan Hadif ni ambil berat tentang pekerja dia.Reen tersenyum dalam hati .Bos aku ni tak adalah garang mana pun Cuma kadang-kadang sajalah apabila mood dia tidak berapa nak baik.Bisik hati Reen lagi.

    “REEN macam mana meeting pagi tadi ok tak?” Soal Safi sewaktu mereka berdua menjamu selera di restoran yang berdekatan dengan pejabat mereka sewaktu makan tengahari.

     “Ok saja.Semuanya berjalan dengan lancar.Kau nak tahu cerita tak.” Soal Reen  sambil tersengih.

     “Cerita apa?Gosip ke?” Soal Safi dengan selamba.Reen mengangkat kedua belah keningnya.
    “Boleh di katakan kategori gossip jugalah.” balas Reen dengan selamba.

     “Apa dia?Ceritalah dekat aku.” Soal Safi dengan teruja.

    “Client kita yang bernama Datuk Rizman tu rupa-rupanya miang juga ya.Selepas meeting dia ajak aku dengan Tuan Hadif pergi minum sekali.Apa lagi Tuan Hadif terus kelentong dia yang aku kena ikut dia pergi meeting dekat luar.Seram bulu roma aku tahu tengok pandangan mata Datuk Rizman tu.”Bebel Reen pula.

     “Datuk Rizman.Macam pernah dengar nama tu.” Safi berfikir sejenak.Kemudian bari dia teringat.

    “Datuk Rizman memang begitu .Pantang nampak perempuan cantik.Kau tahu dulu waktu Datuk Ismail bekerja ada hati tahu dia nak pikat setiausaha Datuk Ismail Aida.Nasib baik Aida tak mengadu dekat suami dia kalau tak naya datuk tu kena kerja dengan laki Aida tu.” Ujar Safi.Reen tergamam seketika.

   “Iye ke?Tak sangka aku .Tak padan dengan tua.” Bidas Reen pula.
   “Haa tua bukan sebarang tua kau tahu.Ini tua berisi.”Kutuk Safi dengan selamba.
    “Habis tu bini dia tak tahu ke?” Soal Reen lagi .

     “Isteri tak tahulah kot.Datuk Rizman tu pandai simpan rahsia dari bini dia.Mana ada orang yang berani nak pergi bagitahu bini dia.Kalau ada aku rasa dah lama dah Datin mengamuk .Entah-entah baling laki dia dengan periuk belanga lagi.” Balas Safi dengan selamba.Reen sudah ketawa .

     “Kau Safi, di buatnya ada orang dengar kau mengumpat pasal dia tak ke naya nanti kita.” balas Reen pula.Safi tersengih.

    “Ish kau ni janganlah nak gertak aku.Karang kalau ada betul-betul naya aku tahu .”Ujar Safi sambil melilau matanya memandang kanan dan kiri.Reen tergelak melihat wajah Safi ketika ini.

     “Aku gurau sajalah cik Safi oii..” Balas Reen lalu menyambung kembali untuk mengisi perutnya yang lapar.

        MALAM itu selepas menunaikan solat isyak Reen terus bertapa di dalam biliknya.Di capai sebuah novel yang di belinya beberapa hati lepas.Sewaktu menjadi suri rumah tangga Reen banyak menghabiskan masa dengan membaca novel yang di langgan oleh suaminya.Ada jugalah aktiviti yang boleh Reen isi dulu.

     Malam ni Reen memulakan semula dengan hobi lamanya.Jikalau ada masa lapang memang bukulah yang Reen akan cari.Reen membelek-belek novel yang bertajuk Curi-curi cinta karya Siti Rosmizah.Penulis kegemarannya.

     Baru saja Reen ingin membaca telefon miliknya berbunyi.Reen bangun dari katilnya dan mencari telefon miliknya.Bunyi telefon semakin nyaring minta di angkat.Akhirnya Reen ketemui telefonnya berada di dalam  tas tangannya yang berada di meja solek.

    Baru saja Reen ingin angkat bunyi nyaring tadi sudah pun berhenti.Reen membuka telefonnya lalu melihat panggilan dari siapa tadi.Terbuntang mata Reen apabila melihat nama Aqil yang tertera.

    “Kenapa pula Aqil call malam-malam buta ni.” Soal Reen sendirian .Kemudian Reen membawa telefonnya ke atas katil.Reen mencapai kembali novel tadi untuk di baca.

    Baru saja Reen membuka helaian novel tersebut lagi sekali telefon miliknya berbunyi dengan nyaring lagi.Reen melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

    “Nak jawab ke tak?” Soal Reen sambil mengetap bibirnya.Selepas itu Reen terus angkat.
    “Assalamualaikum..” Reen memberikan salam.

    “Waalaikumussalam.Sorry Reen abang ganggu Reen malam-malam ni.” Ujar Aqil di sebelah sana.

    “Abang nak apa telefon Reen malam-malam ni?” Soal Reen dengan muka bosan sambil bersandar di katilnya.

    “Reen apa khabar?” Soal Aqil lagi.
    “Alhamdulilah Reen sihat.” Jawab Reen bermalasan.
    “Reen abang rindukan Reen.”Tambah Aqil lagi.Senangnya cakap rindu.

    “Abang nak apa sebenarnya ni?Kalau tak ada hal penting baik abang tak payah telefon.Reen nak tidur ni mengantuk.”Dalih Reen sambil membetulkan rambutnya yang jatuh berjuntai di birai mata.

    “Reen abang nak jumpa Reen boleh tak?” Soal Aqil .Dia sangat rindukan Reen.Semenjak Reen tiada di sisinya , Aqil daoatkan rasakan yang hidup dia kosong.

   “Jumpa buat apa?” Soal Reen.
   “Tak akan abang tak boleh jumpa Reen.” Ujar Aqil lagi.

    “Abang tu dah nak kahwin.Tak payahlah nak jumpa Reen bagai.Abang tak takut ke mak naik angin nanti.Lagipun tak manislah orang tengok.Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi.”Jelas Reen lagi.

     “Tapi bang masih sayangkan Reen.Abang tak nak kahwin dengan Sarah Reen.” Luah Aqil pada bekas isterinya.

    “Habis tu abang nak suruh Reen buat apa?” Soal Reen.
     “Abang nak rujuk semula dengan Reen.Abang tak boleh hidup tanpa Reen.” Ujar Aqil yang membuatkan mulut Reen berubah menjadi betuk O.

      “Apa bang.Rujuk balik?” Soal Reen dengan terkejut.
      “Ya.Sebab tu la abang nak jumpa Reen.Please Reen.” Rayu Aqil.

      “Abang ..Reen minta maaf ya.Reen memang tak boleh jumpa abang.Reen rasa ada baiknya abang terima Sarah tu.Reen yakin dia boleh jadi isteri yang baik dan juga dia mampu untuk berikan abang zuriat malahan mak juga yang gembira nanti.Reen nak tidur dulu.Esok pagi Reen nak kerja.Maafkan Reen ya bang.Assalamualaikum..” Balas Reen lalu mematikan talian.Telefonnya di campak ke tepi.

     “Rujuk balik dengan aku.Dia ingat aku ni barang ke?Bila nak datang merayu bila tak nak campak aku sesuka hati.”Bebel Reen dengan geram.

      “Reen..Reen..Abang belum habis cakap lagi.” Ujar Aqil namun talian sudah pun di matikan.Aqil mengeluh sendirian.

      “Reen bagilah abang peluang.Abang tahu abang salah Reen.” Tingkah Aqil sendirian.Aqil meletakkan telefonnya di tepinya .

      Itulah buat keputusan terburu-buru.Lepas tu bila dah sedar baru nak kejar balik.Buat sesuatu tak nak fikir dulu kesan dia.Jangan ingat ada jalan mudah untuk selesaikan masalah.Sekarang tengoklah apa dah jadi.Mula nak rujuk balik dengan bekas isteri.Sah-sahlah bekas isteri tak nak rujuk balik.Perempuan kalau dia sudah buat keputusan bukan mudah untuk berpatah balik.

    “Apa yang harus abang lakukan untuk dapatkan Reen balik?” Soal Aqil sendirian.Sedang asyik Aqil melayan perasaan telefonnya berbunyi .Aqil melihat nama yang tertera di skrin.Aqil tidak mahu menjawab panggilan tersebut.Jelas sekali nama yang tertera di skrin telefonnya adalah nama Sarah.Aqil buat-buat tidak dengar telefonnya berbunyi.

   Berkali-kali jugalah Sarah menelefonnya namun dia langsung tidak mahu menjawab panggilan tersebut.Sarah pasti akan bertanyakan tentang hal kahwin sedangkan dia sendiri tidak rela untuk berkahwin dengan sepupunya itu.Kalau di bantah di katakan anak derhaka.Aqil buntu sekali.

   Akhirnya , telefon Aqil berhenti berbunyi.Aqil merebahkan kepalanya ke bantal untuk berehat.Esok hari nak bekerja pula.Malam hari waktu untuk kerehat walaupun kepalanya berserabut terutama hal kahwin yang seringkali di bangkitkan oleh ibunya.

    “Aqil kamu dah tidur ke?Sarah call kamu kenapa tak angkat?” Soal Puan Salmah di luar pintu biliknya.Aqil mendengar ibunya mengetuk pintu biliknya namun dia mengeraskan diri di atas katil sambil memejam mata.

   “Aqil kamu dah tidur ke?” Soal Puan Salmah lagi.Aqil berdiam diri .Matanya sudah terpejam dari tadi.

    “Ish awal pula anak aku tidur malam ni.” Ujar Puan Salmah sendirian lalu berlalu pergi dari bilik anaknya.Mungkin anaknya sudah tidur sebab itulah Aqil tidak menjawab panggilan dari Sarah.

    Sarah ni pun satu mengadu dekat mak aku lah tu aku tak angkat telefon.Ish menyusahkan orang.Rimas betul aku.Gerutu Aqil sendirian di dalam hatinya.

   “Tidur lagi bagus.Lantak kaulah nak call ke.Aku malas nak jawab.” Ujar Aqil dengan perlahan lalu menekup telinganya dengan bantal apabila mendengar telefonnya berbunyi sekali lagi.Aqil mengiring ke kanan dan membiarkan telefonnya terus berbunyi.
   


  NotaTersepit : Hadif , Hayyan , Hani dan Reen.Pasni cik writer pening.Wakakaka..Kisah sepupu sepapat yang memeningkan kepala cik writer.Inilah cabaran besar dalam BCIP .. Y_Y

3 comments:

Tq sudi komen.:D