Hari ini di update sambungan BCIP bab seterusnya.Hehehhe.Mekasih singgah dan baca..
Bila ada depan mata tak nak hargai.Bila dah tiada baru nak mencari.

BAB
EMPAT BELAS
“TERIMA Kasih Datuk kerana hadir meeting pada
hari ini.Semoga kita berjaya uruskan projek ini bersama-sama.” Ujar Hadif
Fakhri sambil bersalaman dengan Datuk Rizman.Mereka baru saja selesai
meeting.Reen sedang mengemas fail di atas meja , mata Datuk Rizman ralit sekali
memandang Reen dari atas sampai bawah.
“Sama-sama.I percaya yang you boleh buat
projek ini.” Balas Datuk Rizman sambil tersenyum pada Hadif Fakhri.
“Terima kasih kerana percayakan I .” balas
Hadif dengan senyuman manis.
“Apa kata kita pergi minum-minum ke
dulu.Boleh sembang sekejap.” Datuk Rizman memberi cadangan.
“Pergi minum.Dekat mana Datuk?” Soal Hadif
dengan pelik.
“Mana-mana saja.You bawa sekali you punya
setiausaha yang comel tu.” Tingkah Datuk Rizman lagi.Hadif mengerut
dahinya.Reen waktu itu memang tidak mendengar apa yang di bincang oleh mereka
berdua.
“Tuan Hadif.Saya dah kemas semuanya.Ada
apa-apa lagi ke?Kalau ada apa-apa saya nak ke meja saya sambung kerja saya.”
Ucap Reen sebaik saja berdiri bersebelahan dengan Hadif Fakhri.Di depan Reen
pula Datuk Rizman .
“Eh kita pergi minum dululah.” Sapa Datuk
Rizman.Reen terus memandang wajah Hadif Fakhri.
Apa pula datuk ni pandang aku semacam
saja.Buang tabiat ke apa orang tua ni?Soal Reen di dalam hatinya.
Hadif Fakhri sudah memandang Datuk Rizman
dengan tajam.Dari ekor mata Hadif dia sudah dapat menggagak yang Datuk Rizman
ni ada agenda lain.
“Maaflah Datuk.Rasanya I dan setiausaha I ni
tak dapat nak minum sekali.Sekejap lagi I dan setiausaha I ni ada meeting dekat
luar.Next time la ya Datuk.” Ujar Hadif sambil tersenyum sinis pada Datuk
Rizman.
Tak padan dengan tua la datuk ni.Pantang
nampak perempuan dahi licin sakit.Boleh jadi geng dengan Tan Sri Herman
tu.Gerutu hati Hadif.Reen memandang pelik pada Hadif dan juga Datuk Rizman.
Fuh pandai juga bos aku
kelentong.Bagus-bagus.Boleh larikan diri dari orang tua ni yang boleh jadi
pangkat ayah aku.Reen tersenyum dalam hati.
“Alah sekejap saja tak kan tak boleh.” Soal
Datuk Rizman lagi.
“Sorry Datuk.Hal meeting mana boleh sesuka
hati nak lambatkan atau batalkan.Ok datuk have a nice day.Kami minta diri dulu
ya.” Balas Hadif.Apa lagi terus kelat muka Datuk Rizman.Niat di hatinya untuk
berkenalan dengan setiausaha Hadif Fakhri.
“Jom kita gerak sekarang, nanti lambat
pula.” Ujar Hadif kepada Reen.
“Baik Tuan Hadif.” Balas Reen lalu berjalan
seiringan dengan Tuan Hadif.
“Terima kasih Tuan Hadif.” Ujar Reen
sewaktu mereka berdua berjalan menuju lif.Ke ruang kerja mereka.
“No problem.Awak hati-hati sikit dengan
Datuk Rizman.Dia tu tak boleh tengok perempuan berdahi licin sikit.” balas
Hadif pula sambil menekan butang lif.
“Datuk Rizman tu tak ada isteri ke Tuan
Hadif?” Soal Reen pula sewaktu berada di dalam lif.
“Ada je isteri, tapi orang macam dia tu
pantang nampak perempuan cantik.So awak berhati-hati sikit jangan mudah
terpedaya dengan orang macam tu walaupun dia tu client kita.” Pesan Tuan
Hadif.Reen menganggukkan kepalanya.
Bagus juga Tuan Hadif ni ambil berat
tentang pekerja dia.Reen tersenyum dalam hati .Bos aku ni tak adalah garang
mana pun Cuma kadang-kadang sajalah apabila mood dia tidak berapa nak
baik.Bisik hati Reen lagi.
“REEN macam mana meeting pagi tadi ok tak?”
Soal Safi sewaktu mereka berdua menjamu selera di restoran yang berdekatan
dengan pejabat mereka sewaktu makan tengahari.
“Ok saja.Semuanya berjalan dengan
lancar.Kau nak tahu cerita tak.” Soal Reen
sambil tersengih.
“Cerita apa?Gosip ke?” Soal Safi dengan
selamba.Reen mengangkat kedua belah keningnya.
“Boleh di katakan kategori gossip jugalah.”
balas Reen dengan selamba.
“Apa dia?Ceritalah dekat aku.” Soal Safi
dengan teruja.
“Client kita yang bernama Datuk Rizman tu
rupa-rupanya miang juga ya.Selepas meeting dia ajak aku dengan Tuan Hadif pergi
minum sekali.Apa lagi Tuan Hadif terus kelentong dia yang aku kena ikut dia
pergi meeting dekat luar.Seram bulu roma aku tahu tengok pandangan mata Datuk
Rizman tu.”Bebel Reen pula.
“Datuk Rizman.Macam pernah dengar nama
tu.” Safi berfikir sejenak.Kemudian bari dia teringat.
“Datuk Rizman memang begitu .Pantang nampak
perempuan cantik.Kau tahu dulu waktu Datuk Ismail bekerja ada hati tahu dia nak
pikat setiausaha Datuk Ismail Aida.Nasib baik Aida tak mengadu dekat suami dia
kalau tak naya datuk tu kena kerja dengan laki Aida tu.” Ujar Safi.Reen
tergamam seketika.
“Iye ke?Tak sangka aku .Tak padan dengan
tua.” Bidas Reen pula.
“Haa tua bukan sebarang tua kau tahu.Ini tua
berisi.”Kutuk Safi dengan selamba.
“Habis tu bini dia tak tahu ke?” Soal Reen
lagi .
“Isteri tak tahulah kot.Datuk Rizman tu
pandai simpan rahsia dari bini dia.Mana ada orang yang berani nak pergi
bagitahu bini dia.Kalau ada aku rasa dah lama dah Datin mengamuk .Entah-entah
baling laki dia dengan periuk belanga lagi.” Balas Safi dengan selamba.Reen
sudah ketawa .
“Kau Safi, di buatnya ada orang dengar kau
mengumpat pasal dia tak ke naya nanti kita.” balas Reen pula.Safi tersengih.
“Ish kau ni janganlah nak gertak aku.Karang
kalau ada betul-betul naya aku tahu .”Ujar Safi sambil melilau matanya
memandang kanan dan kiri.Reen tergelak melihat wajah Safi ketika ini.
“Aku gurau sajalah cik Safi oii..” Balas
Reen lalu menyambung kembali untuk mengisi perutnya yang lapar.
MALAM itu selepas menunaikan solat isyak
Reen terus bertapa di dalam biliknya.Di capai sebuah novel yang di belinya
beberapa hati lepas.Sewaktu menjadi suri rumah tangga Reen banyak menghabiskan
masa dengan membaca novel yang di langgan oleh suaminya.Ada jugalah aktiviti
yang boleh Reen isi dulu.
Malam ni Reen memulakan semula dengan hobi
lamanya.Jikalau ada masa lapang memang bukulah yang Reen akan cari.Reen
membelek-belek novel yang bertajuk Curi-curi cinta karya Siti Rosmizah.Penulis
kegemarannya.
Baru
saja Reen ingin membaca telefon miliknya berbunyi.Reen bangun dari katilnya dan
mencari telefon miliknya.Bunyi telefon semakin nyaring minta di angkat.Akhirnya
Reen ketemui telefonnya berada di dalam
tas tangannya yang berada di meja solek.
Baru saja Reen ingin angkat bunyi nyaring
tadi sudah pun berhenti.Reen membuka telefonnya lalu melihat panggilan dari
siapa tadi.Terbuntang mata Reen apabila melihat nama Aqil yang tertera.
“Kenapa pula Aqil call malam-malam buta
ni.” Soal Reen sendirian .Kemudian Reen membawa telefonnya ke atas katil.Reen
mencapai kembali novel tadi untuk di baca.
Baru
saja Reen membuka helaian novel tersebut lagi sekali telefon miliknya berbunyi
dengan nyaring lagi.Reen melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
“Nak jawab ke tak?” Soal Reen sambil
mengetap bibirnya.Selepas itu Reen terus angkat.
“Assalamualaikum..” Reen memberikan salam.
“Waalaikumussalam.Sorry Reen abang ganggu
Reen malam-malam ni.” Ujar Aqil di sebelah sana.
“Abang nak apa telefon Reen malam-malam
ni?” Soal Reen dengan muka bosan sambil bersandar di katilnya.
“Reen apa khabar?” Soal Aqil lagi.
“Alhamdulilah Reen sihat.” Jawab Reen
bermalasan.
“Reen abang rindukan Reen.”Tambah Aqil
lagi.Senangnya cakap rindu.
“Abang nak apa sebenarnya ni?Kalau tak ada
hal penting baik abang tak payah telefon.Reen nak tidur ni mengantuk.”Dalih
Reen sambil membetulkan rambutnya yang jatuh berjuntai di birai mata.
“Reen abang nak jumpa Reen boleh tak?” Soal
Aqil .Dia sangat rindukan Reen.Semenjak Reen tiada di sisinya , Aqil daoatkan
rasakan yang hidup dia kosong.
“Jumpa buat apa?” Soal Reen.
“Tak akan abang tak boleh jumpa Reen.” Ujar
Aqil lagi.
“Abang tu dah nak kahwin.Tak payahlah nak
jumpa Reen bagai.Abang tak takut ke mak naik angin nanti.Lagipun tak manislah
orang tengok.Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi.”Jelas Reen lagi.
“Tapi bang masih sayangkan Reen.Abang tak
nak kahwin dengan Sarah Reen.” Luah Aqil pada bekas isterinya.
“Habis tu abang nak suruh Reen buat apa?”
Soal Reen.
“Abang nak rujuk semula dengan Reen.Abang
tak boleh hidup tanpa Reen.” Ujar Aqil yang membuatkan mulut Reen berubah
menjadi betuk O.
“Apa bang.Rujuk balik?” Soal Reen dengan
terkejut.
“Ya.Sebab tu la abang nak jumpa
Reen.Please Reen.” Rayu Aqil.
“Abang ..Reen minta maaf ya.Reen memang
tak boleh jumpa abang.Reen rasa ada baiknya abang terima Sarah tu.Reen yakin
dia boleh jadi isteri yang baik dan juga dia mampu untuk berikan abang zuriat
malahan mak juga yang gembira nanti.Reen nak tidur dulu.Esok pagi Reen nak
kerja.Maafkan Reen ya bang.Assalamualaikum..” Balas Reen lalu mematikan
talian.Telefonnya di campak ke tepi.
“Rujuk balik dengan aku.Dia ingat aku ni
barang ke?Bila nak datang merayu bila tak nak campak aku sesuka hati.”Bebel
Reen dengan geram.
“Reen..Reen..Abang belum habis cakap
lagi.” Ujar Aqil namun talian sudah pun di matikan.Aqil mengeluh sendirian.
“Reen bagilah abang peluang.Abang tahu
abang salah Reen.” Tingkah Aqil sendirian.Aqil meletakkan telefonnya di tepinya
.
Itulah buat keputusan terburu-buru.Lepas
tu bila dah sedar baru nak kejar balik.Buat sesuatu tak nak fikir dulu kesan
dia.Jangan ingat ada jalan mudah untuk selesaikan masalah.Sekarang tengoklah
apa dah jadi.Mula nak rujuk balik dengan bekas isteri.Sah-sahlah bekas isteri
tak nak rujuk balik.Perempuan kalau dia sudah buat keputusan bukan mudah untuk
berpatah balik.
“Apa yang harus abang lakukan untuk
dapatkan Reen balik?” Soal Aqil sendirian.Sedang asyik Aqil melayan perasaan
telefonnya berbunyi .Aqil melihat nama yang tertera di skrin.Aqil tidak mahu
menjawab panggilan tersebut.Jelas sekali nama yang tertera di skrin telefonnya
adalah nama Sarah.Aqil buat-buat tidak dengar telefonnya berbunyi.
Berkali-kali jugalah Sarah menelefonnya
namun dia langsung tidak mahu menjawab panggilan tersebut.Sarah pasti akan
bertanyakan tentang hal kahwin sedangkan dia sendiri tidak rela untuk berkahwin
dengan sepupunya itu.Kalau di bantah di katakan anak derhaka.Aqil buntu sekali.
Akhirnya , telefon Aqil berhenti
berbunyi.Aqil merebahkan kepalanya ke bantal untuk berehat.Esok hari nak
bekerja pula.Malam hari waktu untuk kerehat walaupun kepalanya berserabut
terutama hal kahwin yang seringkali di bangkitkan oleh ibunya.
“Aqil kamu dah tidur ke?Sarah call kamu
kenapa tak angkat?” Soal Puan Salmah di luar pintu biliknya.Aqil mendengar
ibunya mengetuk pintu biliknya namun dia mengeraskan diri di atas katil sambil
memejam mata.
“Aqil kamu dah tidur ke?” Soal Puan Salmah
lagi.Aqil berdiam diri .Matanya sudah terpejam dari tadi.
“Ish awal pula anak aku tidur malam ni.”
Ujar Puan Salmah sendirian lalu berlalu pergi dari bilik anaknya.Mungkin
anaknya sudah tidur sebab itulah Aqil tidak menjawab panggilan dari Sarah.
Sarah
ni pun satu mengadu dekat mak aku lah tu aku tak angkat telefon.Ish menyusahkan
orang.Rimas betul aku.Gerutu Aqil sendirian di dalam hatinya.
“Tidur lagi bagus.Lantak kaulah nak call
ke.Aku malas nak jawab.” Ujar Aqil dengan perlahan lalu menekup telinganya
dengan bantal apabila mendengar telefonnya berbunyi sekali lagi.Aqil mengiring
ke kanan dan membiarkan telefonnya terus berbunyi.
NotaTersepit : Hadif , Hayyan , Hani dan Reen.Pasni cik writer pening.Wakakaka..Kisah sepupu sepapat yang memeningkan kepala cik writer.Inilah cabaran besar dalam BCIP .. Y_Y

nak lagggiiii babe! :D
ReplyDeletehehe..tunggu khamis ye..tq singgah baca..:)
DeleteTQ baby mio singgah dan baca..:D
ReplyDelete