Maaf kerana lewat update entry hari ini.Cik writer pergi jemput adik lepas zohor tadi jadi x sempatlah nak update.Ini dia sambungan BCIP.Mekasih kerana singgah dan baca karya cik writer ini.Maaf ya kalu bab ini pendek.Hehehhe..

BAB
TIGA BELAS
PADA minggu tu Reen dan juga Safi pulang ke
kampung untuk bertemu keluarga masing-masing.Walaupun dapat balik selama dua
hari itu sudah berbaloi bagi Reen dan juga Safi .Apabila sudah bekerja memang
kenalah pandai bagi masa.Sesibuk macam mana sekali jangan di lupa pada keluarga
walaupun tidak dapat balik ke kampung sekurang-kurangnya telefon mereka
bertanyakan khabar.
“Reen ..Oh Reen..” Panggil Safi sewaktu
tiba di tangga rumah opah.Safi melabuhkan punggungnya di tangga batu sambil
menunggu Reen muncul.
“Safi cepatnya kau datang.Aku baru je baca
mesej yang kau kirim pada aku tadi.” Ujar Reen sewaktu muncul di pintu itama
rumahnya.
“Rumah kita bukan jauh pun cik Qaireen
oit.Beberapa langkah je.Opah mana?” Soal Safi sambil mengibas mukanya dengan
hujung tudung yang di pakainya .
“Opah ada dekat dalam berehat.” Jawab Reen
sambil menoleh ke belakang menunjukkan opahnya berada di dalam rumah.
“Kau nak pergi pantai tak?Jomlah.Aku rindu
nak tengok pantai ni.” Ujar Safi sambil tersengih.Reen tersenyum.Sudah tahu
itulah destinasi mereka kalau berada di kampung.
“Mak dengan ayah buat apa?Pagi tadi aku
pergi diaorang tak ada pun.Kau pun tak ada juga tadi waktu aku panggil.” Ujar
Reen.
“Oh kau datang ke pagi tadi.Aku ikut mak
dengan ayah ke pekan sekejap beli barang.Eh jomlah pergi pantai.Malam ni kau
dengan opah makan malam dekat rumah aku eh.Mak aku dah pesan tadi suruh aku
bagitahu dekat kau dengan opah.” Ujar Safi lagi lalu bangun berdiri.
“Boleh je, nanti aku beritahu opah.Jomlah
kalau nak pergi lepak dekat pantai.Boleh tengok budak-budak main dekat pantai
tu.Kalau petang-petang begini ramailah yang duduk main dekat situ.” Balas Reen
pula sambil menyarung selipar dan menuju ke arah pantai bersama-sama Safi.
Suasana petang di tepi pantai sungguh
mendamaikan.Burung-burung berkicauan.Suara kanak-kanak menjerit sana sini
bermain bersama-sama.Ada yang membuat istana pasir tidak kurang juga yang
bermain layang-layang.Kawasan pantai sememangnya angin kuat kalau bermain
laying-layang memang seronok .Sudah pasti layang-layang akan naik dengan tinggi
sekali .Reen melihat beberapa layang-layang yang sudah pun bertebangan sana
sini di tiup angin.
“Sekarang ni agaknya musim main layang-layang
kot Reen.Kau tengoklah.Sebelah kanan dan kiri ada je budak-budak yang main layang-layang.”
Ujar Safi sambil memandang laying-layang yang berterbangan .
“Itulah pasal.Aku pun rasa macam tu.Kau
tengok budak-budak sekarang kreatif.Pelbagai rupa bentuk yang diorang buat.Ada
yang seperti burung la, sotong la,pokok, bulan , bintang.Haa yang tu lagi
kreatif.Kau tengok Safi dia buat layang-layang bentuk skuter.Ish macam mana la
diorang ni buat.” Ujar Reen sambil menunjukkan layang-layang yang berada di
atas sana.
“Itu la pasal.Kalau yang lain-lain tu aku
biasa la tengok.Ini gaya skutter.Ohoii keratif adik-adik zaman sekarang.” Balas
Safi pula sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali melihat layang-layang
berbentuk skutter.
“Aku rasa layang-layang ni mesti budak
perempuan punya.” Ujar Reen .Matanya masih lagi ralit memandang laying-layang
yang berterbangan .
“Kenapa pula?” Soal Safi dengan pelik.
“Kau tengoklah layang-layang skutter dia tu
warna pink.Budak perempuan kan memang suka pink.”Ujar Reen pula.
“Hello kau ingat budak lelaki tak suka
color pink ke.Kita tengok mana satu tuan dia.Aku rasa lelaki yang main layang-layang
ni.” Ucap Safi sambil mencari si pemain laying-layang berbentuk skutter.
“Kan aku dah kata lelaki yang main layang-layang
tu.” Ujar Safi sambil tersengih.
“Mana-mana.Kau ni biar betul.” Reen masih
lagi mencari orang yang bermain layang-layang tersebut.
“Tu dia..” Safi menunjukkan orang yang di
maksudkan oleh Safi.Terlopong seketika Reen melihat budak itu.
“Erk..Alah comelnya budak tu.Minat warna
pink rupanya.” Ujar Reen sambil tersenyum memandang wajah budak lelaki yang
sedang ralit menarik layang-layangnya itu.Budak lelaki itu masih lagi kecil
barangkali umurnya dalam lingkungan tujuh atau lapan tahun.
“Comelkan budak tu.Cute pula tu.”Balas Safi
sambil tersenyum melihat gelagat budak lelaki itu yang sedang menarik tarik
laying-layangnya di bantu pula oleh ayahnya.
“Alangkah bestnya kalau ada ada
anak.Teringin nak anak sendiri bila tengok kanak-kanak kecil tu bermain.”Ujar
Reen sambil menunjukkan beberapa orang si kecil sedang bermain pasir pantai.
“Reen.InsyaAllah satu hari nanti kau akan
dapat anak juga.Mana tahu kau kahwin nanti Allah bagi kau anak.Kita tak tahu
apa yang berlaku pada masa hadapan.” Pujuk Safi sambil memeluk bahu temannya.
“InsyaAllah.Kalau ada jodoh untuk aku.”
Balas Reen sambil menoleh pada Safi dengan senyuman.
Hati perempuan mana yang tidak terusik
melihat si kecil yang bermain di sana sini.Setiap wanita mengimpikan zuriat di
dalam kehidupan mereka.Kadangkala Reen terfikir sendirian. Sejak kebelakangan
ni banyak sekali kes pembuangan bayi.Tidakkah mereka merasa bersalah atau rasa
sedih melihat anak yang mereka buang dengan senang hati.Sedarkah mereka ada
perempuan yang di luar sana yang teringinkan zuriat tapi mereka tidak dapat
sedangkan mereka yang mudah dapat anak sanggup membuang atau meninggalkan
anaknya tanpa belas kasihan.
“OPAH
Reen balik dulu.Jaga diri baik-baik tahu.Jangan lupa makan ubat .”Pesan Reen
selepas bersalaman dengan opahnya.
“Ya opah tahu.Janganlah kamu risau.Kamu tu
jaga diri baik-baik.Kerja elok-elok.”Balas opahnya sambil tersenyum manis.Opah
mengusap wajah satu-satunya cucu yang dia ada.
“Mak , ayah Reen minta diri dulu.Jaga
kesihatan tahu.Tolong tengokkan opah sekali.” Pesan Reen pula pada mak dan
angkatnya sebaik saja ingin bersalaman dengan keluarga agkatnya.
“Opah Safi balik dulu.Kalau ada cuti nanti
kami balik lagi.” Ujar Safi lalu bersalaman dengan opah.
“Yalah.Hati-hati bawa kereta ya Safi.”
Pesan opah pula.
“Jaga diri baik-baik korang berdua.” Pesan
Mak Timah dan juga Pak Leh.Safi dan juga Reen terus masuk ke dalam kereta untuk
bergerak kembali ke Kuala Lumpur.Safi menekan hon kepada keluarganya sewaktu
kereta yang di pandu olehnya mula bergerak.
“Kau sedih ke Reen?” Soal Safi sewaktu
mereka berhenti di persimpangan traffic light.Dari tadi lagi Reen membisu.
“Aah sedih tinggalkan opah aku sorang-sorang
dekat rumah tu.”Balas Reen pula.
“Kau janganlah risau.Mak dengan ayah aku
kan ada.Lagipun opah kau dah
biasakan.Dulu kau kahwin dengan Aqil opah kau relax je duduk sorang-sorang.Mak
dengan ayah aku kan selalu jenguk dia .Janganlah sedih.Kita ke sana nak mencari
rezeki Reen bukan nak bersuka ria.Aku pun macam kau juga berat hati nak
tinggalkan mak ayah aku tapi tu la dah kerja aku dekat sana.Yang penting kita
selalu ingat mereka dan bertanya khabar pada mereka..” Ujar Safi dengan panjang
lebar sekali.
“Itu aku tahu.Dulu aku jarang dapat balik
rumah opah.Mak mertua aku mana suka kalau aku kerap balik ke rumah opah.”Ujar
Reen apabila teringat kembali kisah dulu.
“Tak payahlah kau nak ingat lagi.Sekarang
ni kau dah tak ada mak mertua lagi.So kau boleh balik jumpa opah bila-bila masa
kau saja.Asal kau cuti je Reen.” Balas Safi pula lalu memasuki ke simpang belah
kiri.
Ada benar apa yang di katakan oleh Safi
itu.Sekarang tiada sesiapa lagi yang boleh menghalang Reen untuk balik berjumpa
dengan opahnya.Siapa lagi yang Reen ada melainkan opahnya .Kalau opahnya tiada
pada siapa lagi Reen nak menumpang kasih sayang.Kalau dulu Reen jarang sekali
balik sebab Puan Salmah akan menghalangnya tiap kali balik ke kampung.
Ada saja helah yang di lakukan oleh mak
mertuanya dahulu agar Reen tidak dapat balik ke kampung.Dua tahun Reen beraya
di rumah mertuanya.Hati Reen memang terguris apabila tidak dapat balik namun
apakan daya dia hanya seorang isteri.Tanggungjawab seorang isteri adalah berada
di samping suaminya.Aqil pula waktu itu selalu saja menuruti kemahuan ibunya.
“Kau rasa lapar tak?” Soal Safi .Matanya di
tumpu sepenuh pemerhatian pada pemanduannya.
“Lapar la juga.Kau nak berhenti makan ke?”
Soal Reen lalu membetulkan duduknya.Safi sudah tersengih.
“Amboi sebut hal makan laju je cik Reen
eh.” Usik Safi sambil tersenyum.
“Eh mestilah.Bab makan aku suka Safi.”
Jawab Reen dengan selamba.
“Ok sekejap lagi kita berhenti makan dan
juga solat .Perut aku pun dah nyanyi ni.”Balas Safi lagi.Reen sudah
menganggukkan kepalanya.Matanya pula leka melihat kenderaan yang berada di atas
jalan raya.
ISNIN
, seperti biasa hari untuk bekerja.Reen awal-awal lagi sudah sampai ke pejabat
bersama Safi.Sempat juga mereka singgah tapau sarapan pagi untuk makan di
pejabat.Sebaik saja sampai di pejabat Reen terus meletakkan tas tangannya di
meja sebelum ke pantry untuk sarapan pagi bersama Safi.
“Sedapnya nasi lemak.Makan nasi lemak pepagi
ni lepas tu mulalah mata mengantuk bila kenyang.” Bebel Safi pula sambil melihat
nasi lemak yang di beli olehnya tadi.
“Alah pagi-pagi kenalah isi perut barulah
boleh buat kerja dengan senang hati.” Jawab Reen pula lalu mengambil sudu untuk
dirinya dan juga Safi.
“Lepas makan ni jangan lupa kau buatkan air
untuk bos kau tu Reen.”Pesan Safi sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.
“Ya aku ingat.Lepas kita sarapan ni aku
buatlah air kesukaan dia.Hari ini dia masuk awal sikit pejabat.Dia dah pesan
awal-awal dekat aku minggu lepas.” balas Reen pula .Giliran Reen pula
menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.
Selepas selesai sarapan Safi terus menuju ke
meja kerjanya.Orang kata selalunya hari isninlah hari yang paling malas tapi
bagi Safi sama saja.Hari bekerja adalah hari yang sibuk baginya terutama sekali
apabila ada projek masuk.Tidak boleh nak berjimba sangatlah dekat pejabat.
Reen pula menyediakan air kopi untuk Tuan
Hadif.Sebaik saja selesai , Reen terus membawa mug yang berisi dengan air kopi
menuju ke bilik pengarah urusan.Sesampai saja di mejanya, Reen bertembung
dengan Tuan Hadif yang baru saja datang.
“Good morning Tuan Hadif.Ini kopi yang Tuan
Hadif.” Sapa Reen dengan senyuman.Hadif menganggukkan kepalanya.
“Awak hantar dekat bilik saya.” Arah Hadif
Fakhri lalu masuk ke pejabatnya.Reen juga mengekori Tuan Hadif dari belakang.
Sebaik saja memasukki ruang pejabatnya,
Hadif terus menanggalkan kot hitam yang di pakai olehnya lalu di sangkut di
kerusinya.Selepas itu Hadif terus menghidupkan komputer dan juga laptop yang
berada di atas meja. Reen masuk lalu
meletakkan mug di atas meja .
“Jemput minum Tuan Hadif.” Ujar Reen
sebelum berlalu meninggalkan bosnya.
“Ok thanks.Reen hari ini ada apa-apa yang
penting ke untuk saya?” Soal Hadif.Reen menoleh kembali pada Tuan Hadif.
“Hari ni Tuan Hadif ada meeting dengan
Datuk Rizman pukul sepuluh pagi di bilik meeting.” Ucap Reen.
Fuh nasib baik aku sempat belek diari
kerja untuk hari ni.Dibuatnya aku terlupa mahu haru Tuan Hadif hari ni.Bertukar
jadi Tuan singa terus aku rasa.Sempat lagi Reen
mengata bosnya di dalam hati.
“Ok.Nanti awak ingatkan saya sekali
lagi.Thanks.” Ujar Hadif sebelum menghirup air kopi yang di buat oleh Reen.
“Sama-sama Tuan Hadif.Saya keluar dulu.”
Balas Reen sambil tersenyum lalu keluar dari bilik pengarah urusan.Reen menuju
ke meja kerjanya lalu meneruskan kerja yang patut di buatnya terutama berkaitan
dengan meeting pada jam sepuluh pagi nanti.
Bersambung..
NotaTersepit : Rindu watak Hayyan x?Hehehe.Hayyan akan kembali tak lama lagi.Tunggu kemunculan Hayyan ya.

masih konpius sape hero yg sebenar ni....
ReplyDeletehehehe..agak2 siapa hero yang sebenarnya?
Deletesaje je cik writer nk bagi kite teka teki sapa hero...hehehe....mesti la rindu jugak kat hayyan...oohhh my hayyan..
ReplyDeleteHhehehe..Sabar ye.Hayyan akan kembali nanti.Cik writer pun x sabar nak tunggu Hayyan muncul..Rindu sama dia.Ngee..:D
Deletemekasih baby mio singgah dn bc..:)
ReplyDeleteHadif Akan sedar yg dia juga suka kan reen bila hayyan nnt balik & muka menjalin hubunban dgn reen....
ReplyDeleteHhehehe..Dia akan sedar nanti..Kena tunggu kisahnya nanti..Mekasih singgah dan baca.. :D
Delete