Untuk entry pada hari isnin juga di buat auto publish.Esok memang tak dapat nk update blog kerana esok akan bertolak balik ke kelantan.Ini sambungan BCIP.Oh ya ada yang mengatakan entry BCIP ini pendek.Errm pendek sangat ke?Maaflah kalau pendek.Bab2 yang di publish ini yang dah siap so cik penulis x ada mengedit lagilah.Bila dah siap semua cik penulis akan check dan tambah balik apa yang patut.Mekasih yg singgah baca karya2 di blog ini.:D

BAB
DUA BELAS
Hari itu Reen sangat sibuk sekali di
pejabat.Pelbagai perkara yang harus di lakukan olehnya.Apa yang di buat oleh
Reen adalah arahan dari Tuan Hadif memandangkan syarikat tersebut baru saja
mendapat projek baru yang bernilai jutaan ringgit.Hadif memang tidak akan lepas
tangan sewenang-wenangnya semua kerja pada staff Aspirasi Berjaya Holding.
Suasana di Aspirasi Berjaya Holding pada hari
ini juga agak senyap kerana masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.Ada
yang menuju ke bilik meeting.Ada pula menuju ke arah mesin faks dan sebagainya.
Seorang gadis jelita memasuki ke ruang
pejabat.Gadis jelita yang boleh tahan seksinya.Gadis jelita yang memakai baju
lengan pendek di padankan pula dengan seluar jeans yang ketat.Rambutnya yang
lurus di biarkan lepas begitu saja.Kebanyakan staff-staff lelaki yang berada di
situ rata-rata memandang gadis jelita tersebut.
Si gadis tersebut mengibar-ngibarkan
rambutnya.Tas tangan di sangkut di bahunya.Di kakinya pula tersarung high heel
lima inci.
“Cantiknya..” Puji salah seorang staff
lelaki yang memandang si gadis jelita dari atas sampai ke bawah.
Si gadis langsung tidak peduli pada
pandangan staff yang berada di situ.Dia kemari untuk bertemu dengan buah
hatinya.
“Excusme .Hadif Fakhri ada di dalam tak?”
Soal si gadis tersebut.Reen melopong seketika melihat gadis yang tinggi lampai di
ruang matanya.Soalan dari si gadis tadi langsung tidak di jawab.
“Hello..I tanya you ni.Hadif ada dekat
dalam ke tak?” Soal gadis itu sekali lagi sambil melambaikan tangan pada wajah
Reen.
“Sorry.Ya Tuan Hadif ada dekat
dalam.Maafkan saya cik ni siapa ya?Cik ada buat temujanji dengan Tuan Hadif
ke?” Soal Reen dengan ramah sekali.
“Ok thanks.” Balas gadis itu lalu
menapak masuk.
“Eh cik ..cik nanti dulu..” Jerit Reen
lalu bangun dan menghalang si gadis itu
masuk ke bilik pengarah urusan.
“Hai sayang..Lama tak jumpa you.”Ujar
si gadis itu sewaktu pintu bilik terbuka dengan luas.Hadif terus mendongak dan
memandang si gadis tersebut.
“Tuan Hadif maafkan saya tak sempat
nak halang dia masuk tadi.” Balas Reen dengan perasaan bersalah.Dari tadi lagi
Tuan Hadif sudah berpesan yang dia tidak mahu di ganggu pada hari ini.
“You buat apa dekat sini Khayyirah?”
Soal Hadif sambil bersandar pada kerusi miliknya.Reen hanya memerhati saja
gelagat bosnya dan juga gadis yang bernama Khayyirah.
“I nak jumpa you la sayang.” Balas gadis
bernama Khayyirah.
“Erm ..Reen awak keluar dulu dan sambung
kerja awak.” Balas Hadif lalu berdiri .
“Baik Tuan Hadif.” Balas Reen dengan
lega.
“Excusme.Siapa nama you tadi.?Soal
Khayyirah .
“Saya Reen.” Balas Reen sambil
tersenyum.
“Oh Reen .Nice to meet you.Boleh
buatkan air untuk air tak?Haus pula tekak I ni.Please.” Ujar Khayyirah dengan
mengada-ngada sekali.
“Baik cik Khayyirah.Cik nak minum
apa?” Soal Reen
“Orange juice please.” Khayyirah dah
mula mengada.
“Reen buatkan air kopi saya untuk
saya dan juga Khay.Thanks.” Hadif pula memberikan arahan.
“Sayang ..I nak orange juice.” Ujar
khay.
“Please Khay.You jangan nak
mengada-ngada dekat office I.Lagi satu mana nak cari orange juice dekat
sini?Reen awak keluar dulu.” Balas Hadif lalu duduk di sofa.Reen terus memulas
tombol pintu dan keluar dari blik tersebut.
Mengada-ngada betul minah ni.Sah awek Tuan Hadif ni.Desis hati
Reen lalu melangkah menuju ke pantry.
“Reen..Reen..Reen siapa tu?” Soal
Tasha sewaktu Reen melintasi mejanya.
“Tak tahulah Tasha.Reen pun tak kenal
dia.Ini baru kali pertama Reen tengok dia datang ke mari.Tasha dah lama kerja
sini takkan tak kenal perempuan tu?” Soal Reen.
“Tak pernah nampak pula Reen.Dia tu model
ke apa?” Soal Tasha lagi.
“Yang tu Reen tak pasti.Reen pergi
buatkan air untuk cik Khay dengan Tuan Hadif sekejap ya.” Balas Reen sambil
tersenyum.Tasha menganggukkan kepalanya.
“Ish tak akan tu awek Tuan Hadif
kot.Memanglah cantik tapi macam tak sesuai saja kalau mereka berdua di
gandingakan.”Dengan selambanya Tasha bercakap.
“Oit Tasha kau cakap sorang-sorang tu
pasal apa?” Sergah Zu.
“Nampak tak perempuan cantik masuk ke
dalam bilik Tuan Hadif tadi?” Soal Tasha kepada Zu.
“Perempuan mana pula ni.Aku baru keluar
dari bilik meeting la.Manalah aku perasan cik Tasha oii.” Balas Zu pula lalu
duduk di kerusinya.
“Haa ni aku nak bagitahu kau.Ada sorang
perempuan cantik seperti model.Dia datang kemudian masuk ke bilik Tuan
Hadif.Kau rasa itu ke girlfriend Tuan Hadif?” Soal Tasha lalu menempel di meja
Zu.
“Aku tak tahulah cik Tasha oii.Kalau kau
nak tahu sangat kau siasat la sendiri.Aku sambung buat kerja dulu.” Balas Zu
lalu di tilik dua fail di depan matanya
sebelum dia memfokuskan matanya pada skrin komputer.
“You buat apa datang ke mari khay?” Soal Hadif
sambil menghirup air kopi yang di sediakan oleh Reen sebentar tadi.
“I rindu dekat you la.I baru balik dari
Langkawi.You tahu tak I dapat tawaran jadi model dekat London.” Tingkah Khay
dengan manja sekali.Khay bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke tempat
duduk bersebelahan dengan Hadif.
“Baguslah.I banyak kerja ni Khay.Kalau you
tak ada urusan penting janganlah you kacau I.” Balas Hadif .Melihat gerak laku
Khay , Hadif dapat hidu apa yang di mahukan oleh Khay.Bukan setahun dua dia
kenal Khay tapi dah empat tahun mereka berkenalan.
“You ni, I rindukan you tahu tak.You tak
rindukan I ke Hadif?” Soal Khay dengan manja sekali.
“Please Khay.I tak suka you berperangai
macam ni.Antara I dan you dah lama putus.So apa lagi yang you nak ni?” Soal
Hadif sambil menepis tangan Khay yang cuba hinggap di pipinya.
“I masih sayangkan you Hadif.Kita kahwin.I
dah bersedia nak jadi isteri you Hadif.” Jawab Khay dengan manja sekali.Lagi
sekali Hadif menepis tangan Khay.
“Sudahlah.You jangan nak beranganlah Khay.I
tak akan kahwin dengan perempuan macam you.Belakang I you curang dengan lelaki
lain.I dah bosan dengan kerenah you.Pertunangan kita dah setahun putus Khay.You
buat macam mana sekali pun I tak akan balik pada you.So please leave me now.I
banyak kerja nak buat.” Ujar Hadif lalu bangun dan menuju ke kerusinya.Khay
terus menarik muka masam.
“Sayang..I dah berubah.I janji I tak akan
curang pada you lagi.Please sayang.I love you so much.” Tingkah Khay lagi .
“You jangan bagi I naik angin marah you tak
tentu pasal Khay.You tahu I macam mana kan?” Soal Hadif dengan tegas
sekali.Tangannya sudah mencapai fail yang bewarna putih.
“Sayang..” Khay bangun untuk merapati
Hadif.
“Reen masuk sekejap.” Hadif menekan butang
intercom memanggil setiausahanya.
“Ya Tuan Hadif.” Reen sudah terpacak di
dalam biliknya.
“Tolong bawa cik Khay ni keluar dan tolong
jangan bagi sesiapa lagi redah masuk ke bilik saya ni.” Ujar Hadif Fakhri
dengan selamba .Terkejut Khay mendengarnya.
“Sayang you halau I ke?” Soal Khay.Namun langsung
tidak di jawab oleh Hadif.Matanya ralit melihat butiran di dalam fail tersebut.
“Maaf cik Khay.Tuan Hadif tidak mahu di
ganggu.”Ujar Reen dengan perlahan.
“Ok fine..” Khay mendengus marah lalu
mencapai tas tangannya yang berada di sofa.
“One
more thing Khay.Rasanya tak perlulah you datang sampai ke pejabat I.”Sempat
Hadif berpesan.Reen juga terkejut.
“What.?Huh .I tak akan lepaskan you Hadif.”
Balas Khay dengan berang sekali lalu melangkah keluar dari pejabat Hadif.Reen
membuntuti Khay dari belakang.Diorang ni bergaduh agaknya.Desis hati Reen
sewaktu menutup pintu bilik Tuan Hadif.Wajah Khay masam mencuka .Orang tegur
pun memang tidak di layan.Orang tengah marah memang begitu.
“ABANG rasa, Hadif boleh ke uruskan
Aspirasi tu?” Soal Datin Khadijah sewaktu mereka berdua berada di dalam bilik
tidur mereka untuk berehat.
“Kenapa?Ijah tak yakin ke dengan kebolehan
anak kita tu?” Soal Datuk Ismail kepada isterinya.
“Bukan tak yakin bang.Hadif tu kan cerewet
orangnya lepas tu pula kepala angin sikit.Kalau ada benda yang tak kena mudah
sangat dia nak marah.Abang macamlah tak kenal anak teruna abang tu.Anak laki
kita sorang tu je bang.” Balas Datih Khadijah sambil menyikat rambutnya.
“Abang tahu .Janganlah risau.Abang yakin dengan
kebolehan Hadif.Kalau bukan dia pada siapa lagi kita nak harapkan.Tak akan nak
harapkan dekat Huda dan juga Hani.Huda tu dah kahwin sah-sahlah dia ikut suami dia
Syahiran.Anak kita yang bongsu si Hani tu masih lagi belajar.Anak perempuan ni
kalau dah kahwin susah kena ikut suami masing-masing.” Ujar Datuk Ismail.
Apa yang di katakan oleh Datuk Ismail itu
sememangnya betul.Anak perempuan apabila sudah berkahwin sememangnya akan
mengikut ke mana saja suaminya.Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak
kaki suaminya.Anak sulung Datuk Ismail Huda Khalisah memang sudah berkahwin
malahan sudah pun mempunyai dua orang anak.Seorang lelaki dan seorang
perempuan.
“Orang yang gantikan tempat Aida tu ok ke
tak dengan Hadif bang?” Soal Datin Khadijah lagi.
“Rasanya ok kot.Abang tak ada dengar pula
Hadif merungut tentang
setiausahanya.Lagipun abang tengok budak Reen tu baik orangnya.”Balas Datuk
Ismail sambil membelek buku di atas katil.
“Budak Reen tu dah kahwin belum bang?”
Soal Datin Khadijah lalu bangun dari meja solek dan menuju ke arah katil dan
melabuhkan punggungnya di tepi suaminya.
“Kalau tak silap abang, Reen tu janda.Dia
baru saja cerai dengan suami dia.”Ujar Datuk Ismail lagi.Matanya masih ralit
dengan buku yang di bacanya.
“Hah janda.Kesiannya dia bang.Muda-muda lagi
dah bergelar janda.Hadif tahu ke bang tentang tu?” Soal Datin Khadijah sewaktu
bersandar di kepala katil.
“Hadif tak tahu .Lambat laun nanti dia
tahulah.Ini awak bertanya tentang budak Reen tu kenapa ?” Soal Datuk Ismail
lalu menoleh kepada isterinya.Datin Khadijah sudah tersenyum.
“Saja tanya.Kalau dia dapat setiausaha yang
baik baguslah.Senang sikit saya nak pantau anak bujang abang tu.” Balas Datin
Khadijah dengan selamba.Datuk Ismail menggelengkan kepalanya.
“Awak jangan nak kongkong kebebasan Hadif
pula.Awak pun tahukan Hadif tak suka di kongkong.” Ujar Datuk Ismail.
“Ijah tahu bang, sebab tu la Ijah kena
pantau Hadif.Abang tahu tak yang Khay tu cuba untuk balik semula dengan Hadif.”
“Hah apa dia.Nak berbaik semula dengan
Hadif.Kenapa pula.Bukan ke si Khay tu dah ada Tan Sri Herman.”Soal Datuk Ismail
dengan pelik.
Anak terunanya putus tunang dengan Khay
dulu pun berkait dengan Tan Sri Herman.Dalam diam si Khay mengadakan hubungan
sulit dengan Tan Sri Herman.Pada waktu itu Hadif sering kali terbang ke London
membantu sepupunya Hayyan di sana.Datuk Ismail sendiri tidak menyangka yang Tan
Sri Herman ada hubungan dengan Khay padahal Tan Sri Herman itu sudah mempunyai
dua orang isteri.
Datuk Ismail dan keluarganya pelik
bagaiaman Khay boleh tersangkut dengan Tan Sri Herman dan paling mengejutkan
waktu itu Khay sanggup untuk menjadi isteri nombor tiga Tan Sri Herman.Mahu
Hadif tidak naik angin bila dapat tahu tunangnya ada hubungan dengan Tan Sri
Herman kawan perniagaan papanya.
“Itu
Ijah tak pasti.Ijah tahu pun dari Datin Haida.Dia ternampak Khay datang ke
pejabat abang hari tu.Dia kata terserempak dengan Khay sewaktu naik lif.”Tingkah
Datin Khadijah.
“Khay ni apa pula yang dia nak dari
Hadif.” Fikir Datuk Ismail lalu menutup buku yang dibaca olehnya.
“Itulah yang Ijah nak tahu.Ijah kena pantau
si Hadif dengan Khay tu.Abang boleh ke terima Khay tu jadi menantu abang?” Soal
Datin Khadijah.
“Tak nak abang nak bermenantu kan si
Khay.Kebanyakan rakan kongsi abang tahu hubungan Khay dengan Tan Sri
Herman.Kalau tak , tak adalah Puan Sri Ruby tu pergi cari Khay kan sebab
menggatal dengan laki dia.” Balas Datuk Ismail dengan selamba.
“Saya ingat nak minta tolong budak Reen tu
la bang.” Ujar Datin Khadijah sambl berfikir sesuatu.
“Ikut suka awaklah Ijah.Buatlah apa yang
awak rasa patut untuk anak teruna awak.Dahlah jom kita tidur.Mata abang dah
mengantuk.” Ujar Datuk Ismail lalu menanggalkan cermin matanya dan di letakkan
di tepi.Selepas itu Datuk Ismail terus merebahkan kepalanya ke bantal.Datin
Khadijah juga merebahkan kepalanya selepas memadamkan lampu tidur di meja
sisinya.
Bersambung....
NotaTersepit : Sepanjang seminggu berada di Ipoh ini cik penulis dapat satu idea lagi untuk novel yang baru yang di beri tajuk Cinta Sudah Terlambat.Itu projek 2014 bersama dengan novel lagi satu yang bertajuk Alahai Miss Blur.

Khayy yg gedikss.mnyampah iolss -..-'
ReplyDeleteBabe..sila.sambung lagggiiiiiii :)
hhehee kan memang gedikss..Ari khamis nanti i update eh.. :D
DeleteBest sambung lg ya tq.
ReplyDeletemekasih..entry seterusnye pd ari khamis.. :)
Delete