Entry hari ni ada dua bab ya.Cik writer tahu ramai yang x sabar nak tahu kisah Hayyan.Akhirnya Hayyan kembali juga ke tanah air..Terima kasih singgah dan baca ya...Cite ni masih pjg lg.Konflik Hadif dgn Khay, Hani dgn Reen, Hadif dgn Reen, Hadif dgn Hayyan, Hayyan dgn Reen..Makin nak ke penghujung makin payah nak noktahkannya.Hehehhe..:D
BAB
DUA PULUH ENAM
HARI minggu itu Hadif tidak keluar ke
mana-mana lagi.Selepas keluar berjoging Hadif terus saja terperap dekat
rumah.Matanya kini sedang di fokus pada skrin televisyen.Hadif sedang bersantai
di sofa sambil menonton televisyen.
Hani pula baru saja menuruni anak tangga
menuju ke tingkat bawah.Hani terpandangkan abangnya yang sedang menonton
televisyen.Hani menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sebelum menuju ke arah
abangnya.
“Abang Hadif.Jauhnya termenung..Abang ni
tengok tv ke mengelamun?” Soal Hani sebaik saja kakinya memijak karpet baldu di
sofa di mana abangnya berada.Hadif menoleh pada Hana sebaik saja terdengar
suara adiknya itu.
“Tengok tv lah Hani, tak keluar ke?” Soal
Hadif lalu membetulkan duduknya.Hani melabuhkan punggungnya di sofa
bersebelahan dengan abangnya.
“Tak kot tapi tengoklah kalau Hani rasa
bosan sangat Hani keluarlah.Abang Hadif pula tak ke mana ke hari ni?” Soal Hani
pula.
“Nak keluar ke mana.Hari minggu kan hari
untuk berehat.” Jawab Hadif dengan selamba.
“Abang Hadif, Hani nak tanya sikit
boleh?”Soal Hani lalu membetulkan kedudukkannya supaya setentang dengan
abangnya.
“Hani nak tanya apa?” Soal Hadif dengan
pelik.
“Betul ke Kak Khay ganggu abang ke sekarang
ni dekat pejabat?” Soal Hani Hadif pula mengerut dahinya.
“Mana Hani tahu ni?” Soal Hadif pula.
“Alah mama yang bagitahu.Mama pernah
terserempak dengan Kak Khay dekat pejabat abang hari tu.”Tingkah Hani.Hadif
menganggukkan kepalanya.
“Entahlah dia tetiba muncul.Buang tabiat
gamaknya.”Balas Hadif dengan selamba.Hani tersenyum .
“Dia nak tackle abang balik kot.Dia dah
putus dengan Tan Sri Herman ke?” Soal Hani.
“Tackle abang?Huh ada makna tu kalau dia
datang kembali dekat abang.Biarlah dia malaslah nak fikir.”Ujar Hadif lagi.
“Abang tak teringin ke nak cari pengganti?”
Hani bertanya lagi.
“Cari pengganti.Errm entahlah Hani.Sekarang
ni abang sibuk uruskan Aspirasi dan Astana so abang tak ada masa nak mencari
lagi.Biarlah dulu.”Jawab Hadif dengan selamba.Itulah hakikatnya.Sekarang ini
memang Hadif sibuk menguruskan Aspirasi dan dalam masa yang sama juga dia turut
memantau Astana milik Hayyan buat sementara waktu.
“Kalau mama carikan abang calon macam
mana?Agak-agaknya abang terima tak pilihan mama?” Soal Hani lagi.
“Ish apa pula mama nak carikan abang
calon.Jangan merepeklah Hani.” Hadif menggelengkan kepalanya.
“Alah Hani Cuma cakap saja.” Balas Hani
sambil menjuihkan bibirnya.
“Hani nak keluar tak?Abang nak pergi rumah
Kak Huda.Abang nak jumpa anak sedara kita Syifa dengan Syarif.Rindulah dekat
diorang.” Tingkah Hadif dengan tiba-tiba setelah mereka berdiam diri dan
melayan televisyen.Sebaik saja mendengar nama anak sedaranya terus Hani
tersenyum dengan lebar sekali.
“Eh mestilah nak.Jomlah bang.Hani pun lama
tak jumpa diorang.Rindunya dekat budak kecil dua orang tu.Kak Huda dengan abang
Syah mesti sibuk ni kalau tak hari minggu mereka datang je sini.” Ujar Hani
pula.Hadif menganggukkan kepalanya.
“Ok kalau macam tu Hani pergi siap
dulu.Abang tunggu dekat bawah.Jangan lupa bagitahu dekat mama dengan papa
sekali.Kalau mereka nak ikut sama lagi bagus.” Ujar Hadif pula.Kalau kena
anginnya Hadif memang seorang yang penyanyang.Tengoklah bagaimana dia melayan
adiknya dan juga anak sedaranya sebelum ini.
“Hani naik bersiap dulu.” Hani terus bangun
dan melangkah menuju ke tangga , tetapi sampai di pertengahan jalan Hani
berhenti melangkah dan memanggil bibik.
“Bik oh bik..”
“Hani bibik tak ada hari ni.Dia cuti.Kenapa
Hani?”Sahut seorang wanita separuh abad .Hani tersenyum.
“La bibik cuti ke.Tak mengapalah.Hani nak
minta tolong bibik ambilkan kek yang Hani buat semalam.Hani nak bawa pergi
rumah Kak Huda.” Tingkah Hani.
“Tak apa biar Mak Biah masukkan kek tu
dalam bekas.Dah siap mak Biah letak dekat atas meja ni nanti Hani ambillah
ya.”Balas Mak Biah pula.Hani sudah tersenyum.
“Terima kasih Mak Biah.Hani naik bersiap
dulu.” Ujar Hani lalu melangkah menuju ke tangga.Hadif juga mula bangun ketika
itu dan menuju ke tingkat atas untuk bersiap.Lelaki kalau bersiap memang
cepat.Kalau perempuan bersiap jawabnya lambatlah sedikit.Biasalah dah nama pun
perempuan mestilah nak touch up sana sini.
“Abang Hadif dah call Kak Huda belum yang
kita dah on the way ke rumah dia?” Soal Hani sewaktu mereka berdua berada di
atas jalan raya.Hadif memberhentikan keretanya apabila melihat lampu isyarat
bertukar merah sebentar tadi.
“Abang dah call dah.Diaorang ada dekat
rumah tak pergi mana-mana sebab abang Syah tak ada.Dia outstation.”Jawab Hadif
pula.Hani hanya menganggukkan kepalanya.Mama dan papanya tidak dapat ikut
kerana pergi kenduri yang di adakan oleh
teman papanya.
Keadaan jalan raya pada hari minggu boleh
tahan sesaknya.Ya la dah nama pun hari minggu ramai yang ambil masa untuk
berjalan bersama keluarga.Meluangkan masa dengan anak-anak.
“DADDY ..Mak Sue..”Jerit Syarif sebaik saja
ternampak kelibat ibu dan bapa saudaranya yang baru saja sampai di halaman
rumah mereka.Syarif melompat-lompat keriangan sambil bertepuk tangan.
“Syarif…Mak sue dengan Daddy datang ni.”
Tingkah Hani pula sebaik saja menutup pintu kereta abangnya.Di tangan Hani pula
sudah di bawa bekas yang terisi dengan kek yang di buat semalam.Hani memang
suka buat kek dan juga biskut.Kiranya bab buat desert ni memang kesukaan Hani.
Walaupun di mana Hani berada hobi membuat
desert memang tidak pernah di
tinggalnya.Kalau melihat kepakaran Hani tu memang boleh buka kedai tapi
minatnya lebih mendalam dalam bidang rekaan fashion.
“Daddy..”Jerit Syarif lalu berlari kea rah
Hadif sebaik saja mama nya membuka pagar .Huda sudah tersenyum gembira melihat
Syarif melompat kegirangan apabila melihat daddy nya di depan mata.Syarif
memang rapat dengan daddy nya itu.
“Rindunya Daddy dengan Syarif.” Tingkah
Hadif lalu memeluk Syarif.
“Kak Huda apa khabar?Sihat?” Soal Hani lalu
memeluk kakaknya.Hadif pula mendukung Syarif .
“Alhamdulilah Kak Huda sihat.Jomlah masuk
dulu.Syifa tengah main dekat ruang tamu tu.Dia baru bangun dari tidur .” Ujar
Huda pula.Hani dan juga Hadif terus masuk ke dalam rumah untuk bertemu dengan
anak sedara mereka yang lagi sorang.
“Olololo…Anak buah mak sue ni main
sorang-sorang ya.Errm wanginya Syifa.”Tingkah Hani lalu peluk dan mencium pipi
Syifa bertalu-talu.Si kecil hanya tersengih apabila di agah oleh mak suenya.
“Hai
my princess.” Tegur Hadif pula lalu mencuit pipi Syifa.Rambut Syifa di ikat
kiri dan kanan .Sungguh comel sekali.Syifa menghulurkan tangannya pada Hadif.
“Amboi anak daddy sungguh.Jealous mak sue
tau.” Tingkah Hani dengan selamba lalu menghulurkan Syifa kepada abangnya.
“Mestilah.Anak sedara kesayangan daddy kan.”
Balas Hadif dengan selamba pada Hani sebelum dia mencium pipi Syifa.Si kecil
ketawa mengekek apabila terasa geli di pipinya.
“Korang berdua makan sini tau.Kak Huda dah
masak tadi.” Tingkah Huda pula yang muncul dengan membawa dulang air untuk
adik-adiknya.
“Boleh je Kak Huda.Mama dengan papa kirim
salam.” Jawab Hani sewaktu duduk di sofa sambil memeluk Syarif yang sedang leka
bermain dengan patung upin dan ipinnya.
“Kenapa tak bawa mama dengan papa sekali
datang ke mari?” Soal Huda lalu menuangkan air minuman ke dalam gelas.
“Mama dengan papa pergi kenduri.Kalau tak
ada kenduri memang sah-sahlah diorang ikut nak jumpa cucu-cucunya ni.” Jawab
Hadif pula.Syifa masih lagi di atas dukungnya.
“Patutlah.Ada kenduri rupanya.Kak Huda
memang nak balik tapi minggu ni abang Syah kamu tu pergi outstation.Ada hal
penting dekat Terengganu.Kalau Kak Huda nak balik bawa kereta sorang-sorang tu
payahlah sikit.Budak berdua ni bukan boleh duduk diam dalam kereta kalau
papanya tak ada.” Tingkah Huda pula .
“Alah tak apa Kak Huda.Sekali sekala
kitaorang pula yang datang ke mari.” Hani menghirup air sebelum menyuakan
gelasnya pada Syarif pula.
“Hani cuti lama jugakan.Tak ada plan ke?”
Soal Huda.
“Setakat ni tak ada lagi Cuti ni rehat je
la Kak Huda.Lagipun tak lama lagi abang Hayyan dah balik sini.Adalah geng nak
pergi jalan-jalan.Abang Hadif bukan boleh ajak selalu dia selalu sibuk
tambah-tambah sekarang ni bila ambil alih kerja papa.Betul tak abang?” Soal
Hani sambil tersengih pada Hadif.
“Yang tu betul, tapi abang rasa kalau
Hayyan balik sini nanti dia pun tak boleh nak teman Hani berjalan sangat.Astana
tu baru meningkat naik sah-sahlah dia sibuk nanti.Jadi pandai-pandailah Hani
nanti.” Usik Hadif pula.
“Abang Hayyan tak ada tak apa.Kak Huda
boleh temankan.Ya tak ?” Soal Hani pada Kak Hudanya.
“Mestilah boleh.Asalkan Hani yang
drive.Senang sikit dengan budak berdua ni.
Balas Huda pula sambil tersenyum.
Balas Huda pula sambil tersenyum.
“Mama..Syarif nak makan.” Tingkah Syarif
sewaktu memandang wajah mamanya.
“Hero daddy dah lapar ya.” Usik Hadif
sambil mencuit dagu Syarif .
“Ok jom kita makan.Ajak daddy dengan mak
sue makan sekali.” Ujar Huda kepada Syarif.
“Jom daddy..Mak sue makan.” Syarif mula
menarik tangan daddynya.Syifa sudah beralih tangan dari Hadif ke Hani.
“ABANG jemput minum.” Tingkah Sarah lalu
menghulurkan segelas air sejuk kepada suaminya.Tersentak Aqil sedang mengelamun
pada ketika itu.
“Terima kasih.” Balas Aqil lalu menghirup
air sejuk tersebut selepas gelas bertukar tangan.Sarah melabuhkan punggungya di
sisi suaminya dengan senyuman.
“Abang nak makan tak?Sarah dah siapakan
semuanya di atas meja sana.” Ujar Sarah lagi.Aqil menoleh pada isterinya.
“Ermm..Mak mana?” Soal Aqil lalu mencari kelibat
ibunya.Namun dia langsung tidak nampak kelibat ibunya itu.
“Oh mak pergi rumah jiran kita yang duduk
dekat belakang ni.Esok rumah dia ada kenduri cukur jambul dan aqiqah
cucunya.Mak pergi menolonglah kot.”Balas Sarah .Aqil hanya menganggukkan kepalanya.
“Abang nak ke mana ?” Soal Sarah sebaik saja
melihat suaminya bangun dari tempat duduknya.
“Abang nak naik atas.Mandi dan sembahyang.”
Jawab Aqil lalu menuju ke tangga.Sarah mengeluh kecil.Mata Sarah terus
memandang suaminya yang sedang mendaki anak tangga.
Begitulah Aqil sejak berkahwin ni.Jarang
sangat dah nak lihat mereka berdua bersembang seperti dulu.Aqil selalu sibuk
dengan kerja.Adakalanya dia sengaja menyibukkan diri dengan kerja.Fikirannya
tidak pernah sesaat berhenti memikirkan tentang bekas isterinya Reen.Rindu pada
isterinya hanya Allah saja yang tahu.
“Mak ..Sarah susah hatilah tengok abang Aqil
macam tu.” Tingkah Sarah pada suatu hari.Puan Salmah yang sedang ralit menyiram
pokok bunganya terus menoleh.
“Susah hati kenapa pula?” Soal Puan Salmah
dengan pelik.
“Yalah.Mak tak perasan ke lepas kahwin
dengan Sarah abang tu macam pendiam semacam saja.Susah nak dengar dia cakap
banyak seperti dulu.Sarah cuba ambil hati dia tapi semuanya tak berapa
menjadi.”Luah Sarah sambil bersandar di pintu utama rumah milik Puan Salmah.
Puan Salmah menarik nafasnya dengan
perlahan.Dia berhenti seketika dari menyiram pokok bunga.Pili air di tutup .
“Kamu
kena sabar Sarah.Ambil hati dia.Lama-lama nanti oklah tu.Kamu berdua
cepat-cepatlah dapat anak.Mak rasa kalau korang berdua ada anak mesti Aqil akan
gembira.” Ujar Puan Salmah dengan senyuman.Namun apa yang di cakap oleh Puan
Salmah membuatkan Sarah rasa tercekik.
Macam mana nak dapatkan cucu mak kalau
abang Aqil langsung tak sentuh Sarah.Desis hati Sarah sendirian.Ya memang Sarah
tahu yang Aqil terlalu sayangkan bekas isterinya.Sebagai seorang isteri Sarah
rasa sedih dan terkilan dengan tingkah laku suaminya , namun Sarah hanya mampu
berdiam diri.Puan Salmah sendiri tidak mengetahuinya.Sarah langsung tidak
bercerita soal itu dengan ibu mertuanya.
“Maafkan abang Sarah.Abang tak mampu untuk
terima Sarah lagi.Cinta abang hanya untuk Reen lagi.Abang harap Sarah faham.”
Ujar Aqil pada malam pertama mereka berdua.Sarah hanya berdiam diri.Dari awal
memang dia sudah menjangkakan hal itu.
“Sarah faham bang.Sarah akan tunggu cinta
abang untuk Sarah berputik.Sarah harap abang mampu lupakan Kak Reen.Dia bukan
lagi isteri abang tapi Sarah sekarang ini yang menjadi isteri abang.”Jawab Sarah
dengan perlahan.Aqil hanya membisu seribu bicara.
Tak perlulah nak merasa sedih mahupun
terkilan Sarah.Kau sudah tahu dari awalkan cinta Aqil untuk Reen namun kerana
fitnah yang kau dan Puan Salmah reka menyebabkan Aqil melepaskan isterinya
dengan mudah sekali.Bukan mudah untuk bahagia di dalam rumahtangga.
BAB
DUA PULUH TUJUH
PENGUMUMAN penerbangan dari London sudah
selamat tiba.Sebaik saja mendengar pengumuman tersebut Hani sudah tersenyum
lebar.Hari ini abang sepupunya Hayyan telah pulang ke tanah air.Selepas ini
Hayyan akan selalu berada di Malaysia.Hani gemnira tak terkata.Rindu pada abang
sepupunya hanya Allah saja yang tahu.
Hani menunggu dibalai ketibaan bersama mama
dan papanya.Abangnya Hadif turut serta menunggu kepulangan Hayyan.Hadif sedang
leka menilik Handphone di tangannya.
“Abang.Itu bukan Kak Khay ke?” Soal Hani
sebaik saja terpandang seseorang yang di kenalinya.Hadi menoleh pada Hani
sambil mengerutkan dahi.
“Betullkan itu Kak Khay?” Soal Hani sambil
menunjukkan jarinya pada Khay yang sedang berjalan dengan Tan Sri Herman.Siap
peluk bagai.Hadif hanya melihat dengan pandangan yang kosong.
“Betullah tu.Dia nak pergi holiday dengan
Tan Sri la kot.” Jawab Hadif dengan selamba.Datin Khadijah dan Datuk Ismail
turut melihat Khay dan Tan Sri Herman sedang berjalan.Mereka berdua langsung
tidak sedar akan kehadiran keluarga Hadif di situ.
“Apa nak jadi dengan budak Khay tu bang.Tan
Sri tu pun satu hal.Kalau dah suka sangat dengan Khay kahwin sajalah.Tak payahlah
nak bawa budak tu ke hulu ke hilir berkepit macam belangkas.” Bebel Datin
Khadijah sambil menggelengkan kepalanya.
“Tan Sri Herman mana boleh kahwin sesuka
hati.Teruklah dia nanti kalau si Ruby tu tahu.Biarlah dia.Asalkan mereka berdua
tidak menganggu keluarga kita sudahlah.” Jawab Datuk Ismail.Mata Hadif sudah
berkalih mencari kelibat Hayyan.Hani masih setia memandang Khay sempat lagi
Hani mencebik pada pasangan merpati yang tak seberapa nak sejoli.
“Hayyan.” Jerit Hadif lalu melambaikan tangannya
pada sepupunya yang baru saja muncul.Hayyan mendengar namanya di panggil terus
mencari suara tersebut.Sebaik saja terpandang wajah Hadif terus Hayyan
menaikkan tangan lalu melambai kembali.
“Abang Hayyan..” Panggil Hani pula.Mata
Hayyan beralih pula pada Hani sebelum beralih ke arah Datuk Ismail dan Datin
Khadijah.Hayyan tersenyum manis.Sebaik saja sampai di depan mereka Hayyan terus
menghulurkan tangan bersalaman dengan Papa dan Mamanya sebelum bersalam dengan
Hadif dan akhir sekali dengan Hani.
“Mama dengan papa sihat?” Soal Hayyan
dengan senyuman.
“Alhamdulilah kami berdua sihat.Kamu pun
papa tengok sihat dan makin handsome ya.”Usik Datuk Ismail pada anak sedaranya.
“Aaah la abang Hayyan makin handsome.”
Balas Hani dengan senyuman penuh manis.Hayyan tersengih malu.
“Welcome back bro.” Ujar Hadif pula lalu
menepuk bahu sepupunya.
“Dahlah jom kita balik sekarang.Kalau nak
sembang pun kita sambung dekat rumah.” Tingkah Datin Khadijah .Hayyan menarik
beg pakaian lalu melangkah menuju ke kereta bersama keluarganya.
“Kau nak naik kereta dengan mama atau
dengan aku?” Soal Hadif.Mereka datang dengan dua buah kereta.Kereta papanya di
pandu oleh Pak Ayob manakala Hadif memandu sendirian.
“Aku naik dengan kau lah.”Balas Hayyan sambil
memasukkan beg ke dalam bonet kereta Hadif.
“Ala Hani pun nak naik dengan abang Hadif
juga.”Balas Hani pula dengan muka tidak puas hati.
“Hani balik dengan mama dengan papa.Abang
kamu follow dari belakang.Jom naik.Kasihan dekat Kak Huda dah tunggu dekat
rumah.”Ujar Datin Khadijah sambil menarik tangan Hani dengan lembut.Hani
mengeluh lalu mengikut saja mamanya.
“Alah mama..” Ucap Hani.Hayyan dengan Hadif
yang melihat karenah Hani yang berhenti seketika dari masuk ke dalam kereta hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan
kepalanya.
“Kita jumpa dekat rumah nanti Hani.Abang
follow dari belakang ok.” Pujuk Hayyan pula dengan lembut.Hani sudah tersenyum
sambil mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta.
“Good girl.” Balas Hayyan sebelum masuk ke dalam
kereta.Hadif juga turut masuk ke dalam kereta.
“Hani tu , kalau kau balik mulalah nak
mengada sikit.Adik bongsu ni manja kemain.” Tingkah Hadif dengan selamba
sewaktu keretanya mula bergerak di atas jalan.
“Biasalah dah nama pun bongsu tambah-tambah
pula duduk jauh dengan family.Sekali sekala balik Malaysia dia nak la bermanja
dengan ahli keluarganya.” Balas Hayyan pula.
“Adik siapa?” Soal Hadif dengan selamba
sambil menoleh pada Hayyan.
“Adik kitalah.” Jawab Hayyan dengan
sengihan sebelum matanya di alihkan ke arah depan.Melihat suasana di
Malaysia.Hayyan tersenyum simpul.
“ABANG Hayyan.Jom kita keluar jalan-jalan
nak tak hari ni?” Soal Hani dengan ceria sekali.Hayyan pada ketika itu baru
saja menutup laptop peribadinya.Dia baru saja selesai buat semakan tentang
kerja-kerjanya di Astana.
“Keluar?Nak pergi mana?” Soal Hayyan.
“Errmm ..Kita keluarlah pergi
mana-mana.Jalan-jalan ke.Bosanlah duduk dekat rumah.Abang Hadif pula tak ada
sibuk outstation.Ada urusan kerja.Kak Huda pula balik rumah mertuanya minggu
ni.Bosanlah.Mama dengan papa pula keluar dating berdua.Jealous lah macam
ni.”Hani merungut dengan manja sekali.
“Ok .Kerja abang Hayyan pun dah
siap.Bolehlah abang temankan Hani keluar jalan-jalan.Hani nak tengok wayang ke?”
Soal Hayyan sambil menyusun kertas yang berselerak di atas meja.
“Boleh juga tu kalau kita tengok wayang.Hani
pun dah lama tak keluar tengok wayang .”Balas Hani dengan senyuman.Hayyan
menganggukkan kepalanya sambil memasukkan laptop miliknya ke dalam begnya.
“Jomlah.Hani pergilah siap.Abang Hayyan pun
nak cari barang komputer sikit.Ada barang rosak nak kena ganti baru yang dekat
bilik abang.”Balas Hayyan.
“Tunggu tau.Hani naik siap sekejap.”Balas
Hani lalu berlari menuju ke tangga.Hayyan menggelengkan kepala melihat Hani
yang berlari mendaki tangga.
“Hani hati-hati naik tangga.Kalau jatuh
susah nanti.” Jerit Hayyan .
“Ya..Hani tahu.” Laung Hani pula.
“Hayyan dengan Hani nak keluar ke?” Soal Mak
Biah yang baru saja muncul .
“Ya Mak Biah.Kami nak keluar sekejap .Kenapa
Mak Biah?” Soal Hayyan.
“Mak Biah nak tanya korang berdua nak makan
apa tengahari.Kalau korang berdua nak keluar maknanya Mak Biah masak lambat la
sikit.Datuk dengan Datin petang baru balik.”Tingkah Mak Biah dengan senyuman.Hayyan
sudah mengerti.
“Mak Biah masak je la apa-apa untuk Mak Biah
dengan Bibik.Kami makan malam nanti sajalah.Ini keluar pun tak mungkin petang
baru balik.” Jawab Hayyan.
“Baiklah kalau macam tu.Mak Biah ke dapur
dulu ya.” Ujar Mak Biah .Hayyan hanya tersenyum pada Mak Biah.Selepas itu
Hayyan mendaki ke tingkat atas dan menuju ke biliknya untuk bersiap.
“Hoi Reen kau ni ajak aku keluar
semata-mata nak pergi kedai buku je ke?” Soal Safi tidak puas hati.Mereka
berdua berhenti melangkah.
“Aku
nak beli buku.Bahan bacaan aku dah habislah.Bosan aku kalau tak ada buku yang
nak di baca.” Jawab Reen dengan selamba.
“Kau
memang, tapi kali ni kau tak boleh lama-lama dalam kedai buku ni ya.Aku nak kau
temankan aku beli barang untuk majlis pertunangan aku minggu depan.Kau jangan
nak bagi alasan malas eh.Kau kena juga temankan aku.Zuhairi tak boleh temankan
aku hari ni.Dia kena pergi kursus pula.Kemain lagi dia marah semalam tak puas
hati kena pergi kursus.”Ujar Safi dengan panjang lebar.
“La mestilah aku temankan kau.Tak payah
kau nak tension bagai.Selepas aku pilih buku-buku yang aku nak kita pergilah
cari barang kau pula.Aku janji aku masuk kedai buju sekejap saja.” Tingkah Reen
lalu menganggkat tangan kanannya tanda sebagai janji.
“Ye ke ni.Macamlah aku tak tahu kau kalau
dapat masuk kedai buku satu hari suntuk kau boleh duduk sini.Dok tilik buku
satu persatu kan.” Balas Safi dengan selamba.Reen hanya tersengih.
“Tahu tak apa.Jangan risau kali ini sekejap
saja.Alahai kasihan kawan aku ni nak beli barang-barang pertunangan.Tak sangka
kau dengan Zuhairi akan diikat selepas
ni.Seronoknya.” Ujar Reen dengan teruja.
“Jomlah masuk beli buku kau dulu nanti
lambat pula aku nak cari barang-barang aku.” Ujar Safi lalu menarik tangan Reen
dan menjejakkan kaki mereka ke dalam kedai buku Popular.
“Ya aku nak masuklah ini.Ya Allah Safi ni
semuanya nak cepat.” Sempat lagi Reen membebel pada Safi namun Safi hanya buat
muka selamba badaknya saja.Reen terus menuju ke rak yang menempatkan buku yang
ingin di carinya.
Sepanjang setengah jam di dalam kedai buku
Safi saja yang berjalan ke hulu ke hilir menilik buku-buku yang di susun.Reen
memang berhenti di setiap rak mencari buku yang du carinya.Rak pertama yang
Reen tuju tadi adalah rak di mana koleksi novel-novel melayu yang popular masa
kini.Reen tersenyum riang apabila menlihat banyak novel di depan
matanya.Rambang mata jadinya tak tahu nak ambil yang mana.
“Kau ni tilik-tilik je ke.Bila nak belinya?”
Soal Safi sambil bersandar.
“Aku tengah baca sinopsis dialah.Kalau tak
tahu sinopsis macam mana aku nak beli cik Safi oii.Kalau kau bosan sangat apa
kata kau cari buku gubahan dekat rak sebelah sana.Boleh juga kau guna untuk
buat gubahan barang tunang atau barang kau nak kahwin nanti.Buat sendiri lagi
puas hati cik Safi.” Reen memberikan idea.Safi berfikir sejenak.
“Haaa kau memang pandai Reen.Bagus juga tu
idea kau.Sekejap aku pergi cari rak dekat sana.” Tingkah Safi lalu melajukan
langkah menuju kea rah rak yang di tunjukkan oleh Reen tadi.
“Tengok dah selalu sangat datang kedai buku
sampaikan si Reen ni tahu je dekat mana orang kedai ni letak buku.Kawan aku
sorang ni memang ulat buku.”Bebel Safi dengan selamba.Ada dua tiga orang adik
remaja melihat karenah Safi.Dengan muka selamba Safi hanya tersengih malu.
Padan muka .Cakap sorang-sorang lagi.nasib
baik orang tak cop aku gila saja.Gerutu Safi di dalam hatinya.Matanya terus
mencari buku di rak tersebut.Di belek satu persatu.
“Diam pun si Safi ni.Kalau tak ke hulu ke
hilir selagi aku tak siap beli buku.”Bebel Reen sendirian sambil mengintai Safi
yang sedang membelek buku.Reen tersenyum sambil menggelengkan kepala.Reen
mendapatkan dua biji novel dan juga dua lagi buku motivasi.
“Bestkan abang Hayyan cerita tadi.”Soal Hani
sewaktu keluar dari panggung wayang.
“Itulah .” Balas Hayyan dengan
senyuman.Mereka baru saja selesai melihat cerita yang bertajuk Bercinta yang di
lakonkan oleh Farid Kamil dan juga Nora Danish.
“Kita nak kemana pula ni?” Soal Hani
“Mana-mana saja .Hani nak pergi mana?” Soal
Hayyan pada adik sepupunya.Hani sudah tersenyum.
“Kita jalan-jalan dulu lepas tu Hani nak
cari kain sikit.Ada projek sikit Hani nak buat.” Sengih Hani penuh makna.Hayyan
mengerutkan dahinya.
“Projek apa?” Soal Hayyan.
“Projek rahsialah.Ala berkaitan dengan kos
fashion lah.”Balas Hani lalu memaut lengan Hayyan dengan manja.Hayyan hanya
membiarkan saja.Hani sudah di anggap seperti adik kandungnya sendiri.Dia memang
tiada adik.Hayyan menggosokkan kepala Hani .
“Apa-apa sajalah Hani.Abang Hayyan akan
temankan.”Balas Hayyan.
“Today is our date.” Hani tersenyum penuh
makna.Hayyan pula menggelengkan kepala namun di bibirnya turut tersenyum.
“Apa-apa sajalah Hani.”Balas Hayyan .Mereka
berdua berjalan seiringan.
Reen
dan juga Safi baru saja keluar dari sebuah kedai yang menjual pakaian
lelaki.Safi telah membeli sehelai kemeja termasuk dengan seluar sekali untuk
bakal tunangnya.Reen hanya mengekori di bahagian belakang.
“Kau tahu je eh saiz Zuhairi?” Soal Reen
dalam nada mengusik.
“Mestilah aku tahu.Aku kan pernah belikan
baju untuk dia dulu.” Balas Safi dengan selamba.
“Yang part gubahan tu kau nak buat sendiri
atau nak tempah.Ada masa lagi ke nak tempah ni?” Soal Reen.
“Kau jangan risau.Ini untuk tunang
saja.Aku nak buat sendiri.Kau tolong aku eh.” Tingkah Safi sambil mengerdipkan
matanya berkali-kali.
“Masalahnya aku ni tak pandai nak
menggubah cik Safi oii..”Balas Reen sambil menggarukan dahinya yang tidak
gatal.
“Kau jangan risau.Inikan ada.Kita boleh
buat sebagai rujukan tak pun balik rumah nanti kita carilah dekat internet.”
Ujar Safi sambil menunjukkan plastik popular yang di dalamnya sudah terisi
dengan buku gubahan.
“Kau beli buku tu?” Ujar Reen dengan
senyuman.Safi menganggukkan kepalanya.
“Jomlah kita pergi cuci mata ke kedai
lain pula.” Safi menarik lengan Reen untuk menoleh ke belakang.Sekali
terlanggar orang yang sedang berjalan di belakang mereka.
“Ohh Sorry sorry sorry.” Tingkah Reen
dengan muka serba salah .
“Sorry encik.Eh macam kenal je.” Ujar
Safi sebaik saja mendongak melihat wajah orang yang di langgar olehnya.Giliran
Reen pula mendongak.Reen tayang muka blur.
Macam pernah jumpa , tapi dekat
mana?Desis Reen .Dia berfikir sejenak.
“Qaireen Imanina.” Hayyan menyebut nama
penuh.Uish ingat tu nama Reen.
“Haa baru ingat.Awak ni yang tolong
kitaorang tempoh hari.Kalau tak silap nama awak Ha..Ha..Hayyan kan?” Soal Reen
dengan senyuman sebaik saja teringat nama Hayyan.
“Ah betul-betul.Dia yang tolong kita hari
tu Reen.” Tingkah Safi pula sambil tersenyum.
“Awak buat apa dekat sini?” Soal Reen dan
Hayyan serentak sebelum mereka berdua saling membalas senyuman.
Bersambung...
NotaTersepit : Jalan cerita novel Cinta Sudah Terlambat sudah berubah.Hehehe.Mungkin entry hari khamis akan di update sedutan CST.Projek 2014.Hehehhe..
salam.. best karya. isi boleh tahan mantop. jemput try karya sini -> http://ashikakkoii.blogspot.com
ReplyDeletewslm..Thanks Ashi singgah dan baca .. :D
DeleteX sabar tunggu.
ReplyDeletehehhee sabar ye tunggu sambungannya ari isnin depan.Ari khms ni sedutan CST :D
Delete