SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, April 3, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 27

Assalamualaikum u ollss..

Ini dia sambungan kisah Awa sewaktu berada di hospital. Pasni apa pula plan Tasha ya untuk kenakan Awa.  Terima kasih singgah dan baca ya. :)

                                         
                                                 



BAB DUA PULUH TUJUH




    HADIF Fakhri duduk di kerusi berdekatan dengan katil yang menempatkan Awa . Hadif merenung wajah comel Awa yang putih bersih. Doktor yang merawat Awa mengatakan suhu badan Awa sangat tinggi sewaktu tiba di hospital tadi. Suhu Awa mencecah ke empat puluh darjah celcius. Kini suhunya sudah pun menurun ke tiga puluh sembilan namun doktor masih lagi memantau keadaan Awa. Suhu itu masih lagi tinggi. Hadif mengeluh sendirian.

   “Awa saya minta maaf. Ini semua salah saya.” Ujar Hadif dengan perlahan sambil menongkat dagunya dan memandang wajah Awa. Hadif sudah pun memberitahu keadaan Awa pada keluarga Awal yang sedang dalam perjalanan ke mari.

   Awa masih lagi tidak sedarkan diri. Hadif makin merasa gelisah dan risau. “ Awak tolonglah buka mata. Jangan seksa saya begini. Saya tak sanggup tengok keadaan awak begini.” Ucap Hadif dengan perlahan. Dia kemudiannya bersandar ke kerusi .

   “Mummy.. Daddy..” Kedengaran suara Awa memanggil kedua orang tuanya. Hadif terus memandang pada Awa . Mata Awa masih lagi terpejam rapat. Selepas itu Awa diam kembali.
   “Awa sekejap lagi family awak datang.” Ujar Hadif.

    “Kak Awa..” Jerit Akid sewaktu melihat kakaknya yang sedang terbaring si atas katil. Akid berlari mendekati katil kakaknya. Hadif terus bangun apabila melihat keluarga Awa yang datang. Hadif bersalam dengan kedua ibu bapa Awa.

   “Maafkan saya uncle. Ini semua salah saya. Kalau tak Awa mesti tak kesejukan terkena hujan sampai demam.” Ujar Hadif sambil memandang wajah daddy Awatif.

   “Sudahlah tu. Uncle tahu ini bukan salah kamu. Perkara dah nak jadi kita tak boleh nak elak. Terima kasihlah sebab bawa Awa terus ke mari.” Balas Encik Fathudin sambil menepuk bahu Hadif Fakhri.

   “Sayang.. Mummy , daddy dengan Akid dah ada sini. Buka mata Awa jangan buat kami risau.” Ujar Puan Fauziah sambil menggenggam erat tangan anak gadisnya. Akid pula berdiri bersebelahan dengan mummy nya.

   “Yah janganlah kejutkan Awa. Biar dia berehat. Awa tak apa-apa dia Cuma demam kesejukan saja.” Pujuk Encik Fathudin sambil mengusap bahu isterinya.

   “Ya bang Yah tahu. Abang tahukan Awa memang sensitif dengan hujan. Dia mudah sangat demam kalau terkena hujan. Yah risau bang kalau-kalau demam dia teruk seperti dia belajar dulu. Yah tak nak lah jadi macam tu lagi.” Ujar Puan Fauziah. Kalau di ikutkan ini kali kedua Awa masuk ke hospital kerana demam yang teruk. Dulu kali pertama dia terkena demam sampai masuk hospital juga di sebabkan bermandikan hujan sewaktu pulang dari kelas. Awa meredah dalam hujan dan sampai saja di biliknya dia terus pengsan dan tidak sedarkan diri.

  “InsyaAllah Awa tak akan apa-apa. Kita doakan Awa cepat sedar.” Pujuk Encik Fathudin lagi. Puan Fauziah menganggukkan kepalanya.

   “Uncle Awa pernah masuk hospital ke sebelum ni?” Soal Hadif ingin tahu. Encik Fathudin menoleh pada bos Awa. Dia kemudiannya menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

   “Kenapa?” Soal Hadif. Encik Fathudin menepuk bahunya dan mengajak Hadif untuk bercerita di luar. Dia tidak mahu menganggu anaknya yang masih lena tidak sedarkan diri.

   Sebaik saja selesai mendengar cerita dari daddy Awa , Hadif merasa bersalah lagi. Dia penyebab Awa jatuh sakit.

   “Sekali lagi saya minta maaf uncle.” Hadif menundukkan kepalanya.
   “Sudahlah tu. Apa yang penting sekarang ni Awa sedar dan suhu dia kembali normal.” Jawab Encik Fathudin dengan senyuman.

   “Daddy.. Daddy.. Kak Awa dah sedar.” Ujar Akid sebaik saja ternampak daddy nya masuk semula ke wad yang menempatkan Awa. Hadif telah meminta Awa di tempatkan di wad VIP.

   “Alhamdulilah.” Jawab Encik Fathudin dengan Hadif serentak sambil memandang sesama sendiri dengan senyuman di bibir. Mereka terus mendekati katil Awa.

   “Awa maafkan saya. Semuanya sebab saya. Tasha terlupa nak inform pada awak. Saya minta dia bagitahu awak yang kita tak jadi ke site tetapi dia terlupa dan saya juga minta maaf kerana tak angkat phone masa awak call. Handphone saya silent waktu tu. Maafkan saya awak sebab buat awak jatuh sakit.” Ujar Hadif Fakhri sambil merenung wajah Awa.

   “Tak mengapa bos. Saya tak salahkan bos pun.” Jawab Awa lalu mengukirkan senyuman pada Hadif.

   “Terima kasihlah nak sebab bawa Awa ke hospital.” Puan Fauziah tersenyum pada Hadif Fakhri.
   “Janganlah berterima kasih auntie. Awa memang tanggungjawab saya dekat pejabat. Saya yang patut minta maaf dengan keluarga auntie kerana cuai . Saya telah buat Awa jatuh sakit. Minta maaf ya auntie.” Hadif meminta maaf pada Puan Fauziah pula.

   “Berapa kali Encik Hadif nak minta maaf dengan keluarga kami ni?” Soal Encik Fathudin sekadar mengusik.

   “Tak payahlah berencik-encik dengan saya uncle. Panggil je saya Hadif.” Ujar Hadif dengan senyuman. Akid memandang wajah tampan bos kakakya sebelum mendekati kakaknya dan berbisik sesuatu.

   “Kak Awa handsome bos Kak Awa tu. Gigit jarilah abang Farhan kalau nampak Kak Awa jalan dengan abang Hadif.” Dengan selamba Akid berkata. Awa mengetap bibir sambil merenung tajam pada Akid.

   Beberapa ketika selepas itu, doktor yang merawat Awa masuk semula ke wad yang menempatkan Awa untuk membuat pemeriksaan. Awa hanya membiarkan saja apabila doktor sedang mengambil bacaan suhu badannya.

    KEESOKKAN harinya , suhu badan Awa sudah turun namun masih belum mencecah suhu normal lagi. Awa sedang berehat di atas katil. Awa mengangkat tangan kanannya yang telah di cucuk dengan wayar air.

   “Ish doktor ni aku demam je yang dia sumbat wayar air dekat tangan aku ni pasal apa? Ke aku ni kekurangan air dalam badan?” Awa membebel seorang diri.

   “Bila boleh keluar hospital ni. Sehari bagaikan seminggu duduk dekat dalam ni. Bosan gila asyik tengok tv.” Tambah Awa lagi sewaktu memandang televisyen yang terpasang di dalam wad yang di duduki olehnya.

   Awa bersandar sambil menonton televisyen. Ada ketika mata menoleh pada jam di dinding. Dia menunggu mummy nya datang.

   “Assalamualaikum .” Kedengaran orang memberi salam. Awa terus menoleh pada pintu wadnya yang sudah terbuka dengan luas.

   “Waalaikumussalam.” Jawab Awa sambil melihat seorang wanita yang masuk kemudian di belakangnya pula ada bosnya. Awa mengerutkan dahinya.

   “Awa macam mana hari ni?” Soal Hadif sambil meletakkan buah-buahan yang sempat di belinya tadi sewaktu datang ke mari.

  “Alhamdulilah dah baik sikit dari semalam. Bos tak boleh ke cakap dengan doktor tu saya nak balik. Bosanlah duduk sini.Eh lupa pula nak tanya ni siapa bos? awek eh?” Soal Awa dengan sengihan. Dia kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan wanita itu.

   “Banyaklah awak punya awek. Ini kenalkan mama saya Datin Khadijah. Awak pernah langgar mama saya dulu tak ingat ke?” Soal Hadif. Awa mengerutkan dahi lalu berfikir dengan sejenak.

   “Awa tak ingat auntie ke?” Soal Datin Khadijah dengan senyuman. Semalam Hadif pulang dan memberitahu yang Awa masuk hospital kerana kecuaiannya. Hari ini dia sendiri meminta Hadif menghantarnya untuk melawat gadis ini. Melihat keadaan anaknya semalam yang gelisah , Datin Khadijah seakan-akan dapat merasakan yang Hadif bimbangkan akan kesihatan setiausahanya.

  “Ya ya. Saya dah ingat. Auntie apa khabar?” Soal Awa dengan senyuman. Datin Khadijah mengusap pipi Awa sambil tersenyum.

   “Alhamdulilah auntie sihat.Auntie tak sangka yang Awa ni kerja di Aspirasi. Ini auntie ada bawakan bubur untuk Awa.” Datin Khadijah menghulurkan bubur ayam pada Awa.

   “La buat susah-susah je. Terima kasih auntie , bos.” Sengih Awa. Hadif menganggukkan kepalanya lalu tersenyum. Dia tahu yang Awa sememangnya suka makanan dari barangan lain.
   “Mummy awak tak datang ke?” Soal Hadif.

    “Diorang dah on the way ke mari tadi.” Balas Awa.

     Sedang Awa leka berborak dan makan bubur yang disediakan oleh mama Hadif ada seorang jururawat perempuan yang datang membawa sejambak bunga rose pada Awa.

    “Cik Awa ini ada orang hantarkan bunga pada awak sebentar tadi.” Ujar nurse tersebut lalu di hulurkan pada  Awa.

   “Siapa?” Soal Awa dengan blur.

   “Yang itu saya tak pasti. Dia hanya minta saya sampaikan bunga ini pada Cik Awa.” Ujar nurse tersebut sebelum meninggalkan Awa yang masih lagi blur. Awa kemudiannya membaca kad yang terselit di celah-celah bunga .

   Get Well Soon Miss Blur
   Jaga diri jaga kesihatan dan jangan nakal-nakal.
   Encik K

  “Encik K? Macam mana dia tahu aku masuk hospital ni? Siapa dia ni?” Soal Awa sendirian. Datin Khadijah memandang Awa dengan pelik sebelum mendonggakkan kepalanya memandang Hadif yang berdiri di sebelahnya. Hadif tersenyum pada mamanya.

   “Wah nampak gayanya Awa ada peminat.” Usik Datin Khadijah.

    “Peminat? Ish mana ada auntie. Awa tak kenalkan dia ni. Asyik bagi bunga je . Kalau bagi makanan kenyanglah juga perut Awa. Bunga ni bukan boleh makan pun.” Bebel Awa dengan selamba. Datin Khadijah dengan Hadif tergelak kecil dengan karenah Awa.

   “Mummy.. Daddy..” Jerit Awa sebaik saja melihat wajah kedua orang tuanya yang masuk ke wad tersebut.

   “Anak daddy dah sihat ke?”Soal Encik Fathudin pada anak gadisnya. Awa menganggukkan kepalanya seperti anak kecil. Sungguh comel sekali aksi Awa ketika itu. Hadif memerhati perilaku Awa tanpa Awa sedari.

   “Mummy .. Daddy ini Datin Khadijah mama kepada bos Awa.” Selepas bersalaman dengan ibu bapanya , Awa memperkenalkan Datin Khadijah pula. Mummy nya dan Datin Khadijah bersalaman .

    “Terima kasih Datin sebab melawat anak saya yang agak nakal ni.” Ujar Puan Fauziah sambil tersenyum.

     “Tak payahlah nak berdatin-datin dengan saya. Panggil saya Kak Ijah. Saya memang patut datang pun lawat Awa. Dia kan pekerja Aspirasi dan lagi satu apa yang jadi pada Awa ni pun salah anak saya juga.” Jawab Datin Khadijah.

  PETANG itu Hadif datang melawat Awa . Pada ketika itu Awa sedang terlena.  Hadif masuk dengan perlahan-lahan bimbang Awa terjaga. Sebaik saja sampai di katil Awa, Hadif merenung wajah Awa yang sedang nyenyak tidur. Wajahnya yang comel tak ubah seperti bayi. Tersungging satu senyuman di bibir Hadif. Dia kemudiannya menarik kerusi dan duduk di tepi Awa.

   Beberapa detik berlalu Hadif masih lagi memandang wajah Awa, Namun dengan tiba-tiba Awa mengeliat kecil . Awa membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia memandang ke atas sebelum memandang ke sebelah kanannya.

   “Ya Allah.. Bos janganlah buat saya terkejut. Bila masa bos ada dekat sini?” Soal Awa sambil mengurutkan dadanya akibat terkejut melihat Hadif yang tersenyum padanya sebentar tadi.

   “Eh bila masa saya terkejutkan awak. Awa awak tu yang terkejutkan diri awak sendiri.” Balas Hadif. Awa tayang muka blur sambil menggarukan kepalanya.

   “Bila masa yang saya terkejutkan diri saya. Bos yang terkejutkan saya. Bila bos datang ni. Bos ni tak ada kerja ke dekat office?” Soal Awa sambil mengerdipkan matanya.

   “Macam mana nak buat kerja kalau setiausaha saya sakit.” Jawab Hadif dengan selamba.
   “Bos boleh tolong saya tak?” Soal Awa sambil bangun dan membetulkan duduknya.
    “Tolong apa?” Berkerut dahi Hadif Fakhri.

     “Cakaplah dengan doktor yang saya nak balik rumah. Saya bosanlah duduk sini bos. Asyik makan lepas tu tidur. Eeee bosanlah.” Renggek Awa dengan manja. Hadif tergelak kecil. Itu sajalah permintaan Awa nak keluar dari hospital.

   “Biar awak sihat sepenuhnya dulu baru boleh keluar.” Jawab Hadif. Awa menarik muka masam.

   “Assalamualaikum..Eh Tuan Hadif pun ada juga.” Tegur Safi yang baru saja tiba di situ untuk melawat Awa.

   “Waalaikumussalam.” Jawab Awa dan Hadif dengan serentak. Awa melihat Safi dan juga Tasha yang datang melawatnya.

   “Apa khabar Awa?” Soal Safi.

 “Alhamdulilah dah baik dah Kak Safi. Awa tunggu green light dari doktor je ni. Awa nak balik rumah. Bosanlah duduk sini Kak Safi.” Jawab Awa dengan selamba.

   “Alah Awa duduklah sini dulu. Bila dah sihat bolehlah balik. Dengar kata demam Awa dah okey. Alhamdulilah. Sunyi tahu Awa tak masuk kerja dua hari.” Tambah Safi lalu mendekati Awa. Hadif bangun dan berdiri berdekatan meja.

   “Awa rindukan cookie Kak Safi. Apa agaknya yang cookie buat dekat rumah. Hari tu cookie yang demam sekarang ni tuan dia pula.” Ujar Awa lagi. Hadif menggelengkan kepalanya.

    “Cookie juga yang awak ingat ya?” Tegur Hadif. Awa tersengih pada bosnya. Tasha merenung wajah Awa dengan tajam . Kalau di ikutkan hatinya malas dia mahu melawat Awa tetapi Safi yang beria-ria mengajaknya untuk menjengguk keadaan Awa.
   
 
Bersambung...

Nota Tersepit:  Eee tak sabar pula nak peluk novel 2 Nyawa 1 Cinta  karya  Hanah Rishas merangkap best friend , classmate and housemate cik writer. Tahniah beb  :D 




8 comments:

  1. Thanks 4 this n3 Ayra! Rasanya boleh imagine wajah Hadif bila dia tenung Awa...priceless!! Baik2 ye tenung anak dara org, boleh jadi nanti dlm hati ada taman.......So Ayra, do your part cepat2 ye! Chill!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida : Sama2 dan terima kasih gak sebab singgah dan baca sambungannya. Lagi sikit mss ni nak siap. Hehehehe :D

      Delete
  2. Lg...dah ada putik2 cinta di hati hadif ni...sambung lg...tak sabar la nak baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salmi : Hehehe memang pun . Sambungannnya next week tunggu ya :D

      Delete
  3. best....bila agaknya Hadiff nak luahkan perasaannya dekat Awa? dan apa pula reaksi Awa agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik baba : Hehehe sabar ye. Selepas Awa pergi baru Hadif sedar tentang perasaannya :D

      Delete

Tq sudi komen.:D