Minggu lepas tak ada entry BTW sebab semuanya sibuk sambut rayakan. Alhamdulilah Raya AidilAdha sudah pun lepas . Di kesempatan ini cik writer nk ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha tuk pengunjung dan pembaca setia blog ini walaupun raya dah lepas. Hehehe. Okey minggu ni lagi dua bab sambungan kisah Ziyad dan Dura. Lagi dua minggu akan tamatlah cerita ni dekat blog. Terima kasih singgah dan baca :)
BAB TIGA PULUH
“DURA kenapa awak menangis ni? Awak kenal ke perempuan yang ada dalam gambar ni. Siapa dia Dura ? Saya nak tahu siapa dia. Tolong Dura.” Ziyad melihat Durani yang hanya menangis dari tadi. Soalannya langsung tidak berjawab. Durani menyapu air matanya.
Dia bukan tidak mahu menjawab pertanyaan Ziyad ketika ini tetapi dadanya sungguh sebak sekali sebaik saja melihat gambar ini. Tahulah Durani kini yang Ziyad adalah cinta hati arwah kakaknya. Ziyad adalah Mr Z. Ziyad masih lagi binggung.
“Awak nak tahu siapa dia?” Soal Durani. Ziyad menganggukkan kepalanya. Matanya tak lepas memandang Durani yang sudah kehabisan tisu. Ziyad mengeluarkan sapu tangannya lalu di hulur pada Durani.
“Terima kasih. Sebenarnya dia ni adalah kakak saya. Nama dia Wardah. Saya rasa awak pernah bercinta dengan dia. Kalau tak macam mana awak boleh ada gambar ni. Kakak saya tu tak suka ambil gambar dengan lelaki .” Terang Durani. Ziyad terkejut. Dia cuba memahami tentang mimpi itu. Mengapa Durani turut ada dalam mimpinya inilah sebabnya. Mereka adalah adik beradik.
“Tolong saya Dura. Saya nak jumpa dia. Saya rasa dia salah satu memori saya. Saya nak jumpa dia sangat. Bolehkan?” Soal Ziyad lagi. Permintaan Ziyad membuatkan Durani rasa serba salah untuk memberitahunya. Namun Durani perlu berterus-terang dengan Ziyad tentang arwah Adah.
“Wardah?” Ziyad merenung gambar itu lagi. Durnia menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan cerita tentang Wardah.
“Ziyad pertama sekali saya nak minta maaf dengan awak. Sebenarnya perempuan yang bersebelahan dengan awak dalam ni sudah tiada. Saya pernah cerita pada awak sebelum ni yang saya ada kakak dan dia sudah meninggal.”
“Meninggal?” Ziyad tergamam.
“Kakak kesayangan saya sudah tiada lagi di atas dunia ni. Allah telah mengambilnya. Dia meninggal dunia sebab sakit terkena buatan orang. Pada mulanya kami sekeluarga ingatkan sakit yang dia terima itu kesan dari sampingan pembedahan dulu tetapi ternyata tidak. Ada manusia yang cemburukan pada Kak ngah Cemburu tentang apa saya kami sekeluarga tak pernah tahu. Secebis hati arwah Kak ngah ada dengan saya. Hari ni baru faham kenapa setiap kali saya melihat awak hati saya seperti berbisik sesuatu cumanya saya tak pasti ianya apa.” Terang Durani. Ziyad terkejut dan masih lagi binggung. Dia masih lagi tidak dapat ingat tentang Wardah.
“Dura saya nak minta tolong awak ceritakan semua tentang arwah. Saya nak tahu kenangan kami dulu dan lagi satu tolong tunjukkan saya di mana pusara dia. Saya nak lawat dia. Tolong Dura.” Pinta Ziyad. Durani menganggukkan kepalanya.
“Saya akan tolong awak. Dulu saya pernah tertanya-tanya di mana awak berada sewaktu arwah Kak ngah sakit rupa-rupanya awak juga sakit. Awak mengalami amnesia. Saya baru faham semuanya tentang awak dan Kak ngah. Saya akan bawa awak ke pusara kakak saya tu.” Jawab Durani.
Kak ngah. Hari ni Dura sudah bertemu dengan lelaki yang kak ngah sayang dulu. Dura akan bawa dia menziarahi pusara kak ngah. Sayang Ziyad masih lagi tidak dapat ingat tentang kak ngah tapi Dura janji yang Dura akan ceritakan apa yang Dura baca dalam diari kak ngah dulu. Alhamdulilah hari ni aku sudah di pertemukan dengan orang yang aku nak sangat jumpa. Hati Durani berbicara.
“Saya nak ingat tentang dia. Kenapa saya langsung tak boleh nak ingat tentang dirinya. Kenapa kenapa?” Soal Ziyad sambil memegang kepalanya. Jelas sekali Ziyad tengah keliru dan binggung di saat ini.
“Sabar Ziyad. Awak tak boleh nak paksa otak awak untuk ingat dalam sekelip mata. Bila awak dah bersedia saya akan bawa awak menziarah pusara arwah Kak ngah.” Pujuk Durani. Kalau dia di tempat Ziyad pasti dia juga akan binggung dan keliru dengan apa yang baru saja dia tahu . Ziyad memejamkan matanya seketika. Dia ingin ingat sesuatu namun gelap. Ziyad mendengus geram.
“Saya binggung Dura dengan apa yang saya lalui sekarang ni. Pertama saya hilang Nurul dan tiba-tiba muncul dia serta awak dalam mimpi saya. Kenapa? Apa semua ni? Saya langsung tak faham Dura.” Luah Ziyad jujur. Durani tahu Ziyad sudah mula tertekan dengan diri sendiri.
“Ziyad awak dengar sini. Sekarang ni saya nak awak tenangkan fikiran. Kosongkan minda awak. Jangan paksa. InsyaAllah memori awak akan pulih kembali. Untuk jawapan awak saya rasa ianya satu petunjuk untuk memori awak melalui mimpi dan dalam mimpi itu awak nampak saya , arwah isteri awak dan juga arwah Kak ngah. Saya akan bantu awak untuk mengembalikan memori awak yang hilang. Percayalah penyakit amnesia awak akan sembuh nanti. Saya perlu serahkan sesuatu pada awak. Nanti saya bagi. Ianya adalah amanah dari arwah kak ngah untuk awak. Mungkin ianya boleh membantu memori awak .” Durani memujuk Ziyad.
“Apa dia?” Ziyad mula bersemangat.
“Diari milik dia serta hadiah yang awak pernah bagi pada dia. Semuanya saya simpan. Saya dapat tahu nama cinta hati kakak saya dengan panggilan Mr Z saja. Tak sangka rupa-rupanya Mr Z itu adalah awak dan kita adalah sekampung. Aturan Allah kita tak tahukan.”
“Terima kasih. Saya langsung tak ingat bila saya kenal dia dan bila kami mula bercinta. Semua tentang dia adalah kosong dalam kepala saya Dura.”
“Saya faham keadaan awak Ziyad. Saya akan bantu apa saya mampu. Lagipun mungkin ini juga yang di ingini oleh arwah.”
“Pasti dia menderita kerana saya. Bagaimana nanti saya nak bagitahu pada keluarga awak. Tentu merek bencikan saya kerana telah buat anak mereka sedih . Siapa yang busuk hati buat perkara itu pada dia? Apa salah Wardah dengan dia sampaikan dia sanggup lakukan dengan cara sebegitu. Kenapa manusia suka sangat dapatkan sesuatu dengan menggunakan cara begini? Saya juga terkena buatan orang juga tetapi Alhamdulilah ustaz kata saya sudah pulih.” Ketika ini mata Durani mula berkaca kembali lalu dia menganggukkan kepalanya dengan lemah.
“Memang dia menderita Ziyad tetapi dia tak merungut langsung malah dia berdoa yang suatu hari nanti orang yang buat dia begitu datang berjumpa kami sekeluarga dan minta maaf . Semoga orang itu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Apa yang dia buat memang salah. Saya memang nak sangat tanya orang itu Ziyad apa salah kakak saya pada dia.” Durani mula menyapu tubir matanya dengan sapu tangan Ziyad.
“Esok saya nak ziarah pusara Adah.” Pinta Ziyad.
“Baiklah esok saya akan bawa awak ke sana. Pusara arwah Kak ngah.” Durani dan Ziyad saling berbalas pandangan. Semoga ingatan Ziyad akan kembali seperti dulu. Durani sempat menitipkan doa buat Ziyad di dalam hatinya.
Adakah ini hikmah di sebalik kejadian yang menimpa mereka. Menemukan mereka untuk merungkaikan kisah cinta antara Ziyad dan Wardah.
DURANI memanjat anak tangga rumahnya dengan begitu lemah sekali. Apa yang dia mahu tahu sudah pun dia tahu. Sebaik saja anak tangga atas sekali Durani berhenti lalu melabuhkan punggungnya di situ. Dia termenung seketika memandang halaman rumahnya. Durani kemudiannya membuka handbag miliknya dan membawa keluar gambar yang di ambil dari Ziyad. Dia sudah meminta izin pada Ziyad untuk meminjamkan gambar itu untuk hari ini. Dia perlu tunjukkan gambar tersebut pada keluarganya dan Ziyad sudah pun mengizinkan tambahan pula esok mereka akan berjumpa lagi untuk menziarah pusara arwah Adah.
“Dura kenapa termenung dekat tangga ni?” Sapa Lukman yang baru saja keluar dari kereta ayahnya.
“Tak ada apa . Abang dari mana ni?” Soal Duraji . Lukman mendaki anak tangga dengan perlahan-lahan .
“Abang keluar sekejap selesaikan kerja abang sikit. Gambar siapa pula tu yang Dura pegang? Mikhail ke?” Soal Lukman apabila ternampak Durani memegang sekeping gambar. Lukman kemudiannya duduk bersebelahan dengan adiknya. Durani menghulurkan gambar tersebut pada abangnya untuk di lihat.
Wajah Lukman jelas sekali terkejut sewaktu memandang wajah arwah adiknya dan dalam masa yang sama juga dahi Lukman berkerut memikirkan sesuatu.
“Kalau abang nak tahu Mr Z yang arwah Kak ngah tulis dalam diari dia dulu adalah Ziyad Rizqi. Dura baru tahu tadi. Kami jumpa sebab gambar ni la. Ziyad ingin kepastian sama ada orang dalam gambar ini Dura kenal atau tidak. Abang tahu tak yang Ziyad langsung tak ingat pada arwah Kak ngah. Dia mengalami amnesia selepas accident dulu.” Terang Durani. Lukman memandang adiknya.
“Kenapa dia yang nak Dura pastikan sama ada Dura kenal tak perempuan dalam gambar ni? Abang masih tak faham.”
“Abang .. Ziyad tu mimpikan perempuan di dalam gambar ni dan dalam mimpi itu juga ada Dura dan arwah isterinya. Dia bagitahu Dura mimpi tu waktu rumah mereka mengadakan kenduri arwah. Ziyad sendiri binggung abang dengan semua ni begitu juga dengan Dura. Waktu tu Dura mintalah dia gambar orang dia mimpi tu tapi tak ada. Gambar ni dia baru jumpa dua tiga hari lepas sebab tu la dia nak jumpa Dura hari ni. Dura minta gambar ni untuk tunjukkan pada ibu dan ayah. Abang tahukan arwah Kak ngah suka berahsia dia langsung tak bagitahu kita dengan siapa dia bercinta. Kecilkan dunia ni abang?” . Lukman menganggukkan kepala tanda faham.
“Jadi Ziyad dah tahu tentang kematian Adah?” Durani menganggukkan kepalanya .
“Esok dia minta Dura bawa dia ke pusara arwah Kak ngah. Kasihan Ziyad abang dia masih tak dapat ingat tentang kisah dia dengan Kak ngah. Kita ni lagi tak tahu macam mana diorang kenal dan bercinta . Dura ingat esok Dura nak bawa diari serta sapu tangan arwah Kak ngah. Mana tahu sedikit sebanyak boleh membantu ingatan dia. Dura nak naik dulu bagitahu pada ibu dan ayah. Diaorang patut tahu tentang hal ini.” Jawab Durani lalu bangun begitu juga dengan Lukman.
“Aturan Allah Dura kita tak tahu . Cuba Dura fikir kalau bukan sebab accident arwah Mikhail dengan isteri Ziyad kita tak akan tahu yang Ziyad adalah cinta arwah Adah. Pasti ada sebab bagaimana diorang boleh terpisah dan bagaimana Ziyad boleh kemalangan sehinggakan dia mengalami amnesia.” Ujar Lukman sewaktu berjalan seiringan dengan adiknya ke dalam rumah.
“Betul tu bang. Dura pun rasakan macam tu juga. Apa yang Dura nak lakukan sekarang ni adalah untuk arwah Kak Angah. Pertama Dura nak terus mencari keluarga dia. Kedua pula Dura akan cuba bantu Ziyad untuk ingat semula tentang arwah supaya kita semua dapat tahu kisah di antara mereka dan yang terakhir sekali Dura berdoa sangat supaya orang yang buatkan arwah Kak ngah sakit dulu datang cari kita dan minta maaf dengan apa yang dia dah buat. Dura hanya nak tahu apa sebabnya dia buat begitu pada arwah Kak ngah . Dura yakin pasti ada sesuatu di sebaliknya .” Jawab Durani. Lukman memeluk bahu adiknya.
“InsyaAllah. Kita usaha setakat yang mampu. Malam nanti kita bagitahu pada ibu dan ayah. Sekarang ni pun dah petang sangat. Abang tak nak ibu dengan ayah terkejut nanti.” Kaki mereka berhenti seketika . Durani memandang abangnya.
“Okey. Dura setuju. Dura masuk bilik dulu ya .” Pinta Durani lalu berlalu menuju ke biliknya. Manakala Lukman pula menuju ke biliknya. Dia menolak pintu biliknya dengan perlahan. Lukman mengintai anaknya yang masih lena di atas katil manakala isterinya Liyana pula sedang membaca novel.
“Assalamualaikum sayang.” Lukman tersengih. Yana pula menoleh dengan senyuman.
“Waalaikumussalam bang.”
“Amboi bukan main lagi membaca. Ini agak-agak dalam pantang ni berapa banyak buku yang sayang boleh habis baca.” Lukman mengusik isterinya. Yana menjeling manja.
“Perli Yana la tu.” Yana menjuihkan bibirnya lalu menutup novel yang di bacanya.
“Bukan perli sayang tapi abang tanya je.” Pujuk Lukman apabila melihat si isteri sudah masam muka.
“Tak tahulah bang berapa buah buku boleh habis dalam pantang ni. Nasib baik abang belikan Yana buku kalau tak memang Yana tak tahu nak buat apa melainkan tengok tv. Ibu bukan bagi Yana buat kerja. Tak kan Yana nak membuta je sepanjang hari. Banyak tidur badan makin letihlah bang.” Jawab Yana lalu meletakkan kepalanya di bahu suaminya.
“Sayang malam ni kita berkumpul dekat ruang tamu ya. Dura nak bagitahu sesuatu pada kita tentang arwah Adah.” Yana memandang wajah suaminya dengan pelik.
“Arwah Adah? Kenapa bang?” Soal Yana ingin tahu.
“Dura dah jumpa siapa cinta hati arwah Adah.” Jawab Lukman. Yana turut terkejut seperti mana Lukman tadi dan Lukman yakin isterinya pasti lagi terkejut bila dapat tahu siapa Mr Z yang tertulis di dalam diari Adah.
WASHFA memimpin tangan puteri sebaik saja keluar dari kereta. Hari ini dia ke rumah Sinar Harapan lagi untuk bertemu dengan umi kesayangannya. Zikri juga sudah di beritahu akan kedatangannya ke sini. Ke mana saja dia mahu pergi pasti dia meminta izin dari suaminya terlebih dahulu.
“Eh cucu tok umi datang rupanya. Marilah masuk.” Pelawa Puan Hayati sebaik saja melihat cucu dan anak perempuannya masuk. Anak dan cucunya terus menyalami tangannya.
“Ni Washfa ada buatkan kek untuk umi dan ayah. Nanti makanlah.” Washfa menghulurkan kotak yang berisi kek.
“Ini mesti nak suruh umi rasa kek baru ni kan. Umi tahu tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan. Anak umi ni kalau bulan ramadhan suka sangat buat business biskut dan kek raya kan?” Washfa sudah tersengih sewaktu dia dan puteri sama-sama duduk di kerusi.
“Aaah umi. Ini yang baru jadi Washfa nak umi rasalah macam mana kek tu. Seperti biasalah umi. Tahun ni pun sama juga. Lagipun tempahan yang Washfa dapat dari pelanggan tahun lepas dan sebelum ni je. Tak ambik tempahan banyak sangat takut tak cukup tangan nak buat.” Jawab Washfa.
“Tok umi kek mama sedap.” Puteri menaikkan ibu jarinya lalu di tunjukkan kepada neneknya. Puan Hayati tergelak kecil melihat karenah cucunya.
“Umi tak ada khabar lagi ke dari auntie Suria tentang hal tempoh hari. Umi dah call dia ke?” Soal Washfa ingin tahu. Menunggu panggilan dari auntie Suria memang menyesakkan dadanya. Dia berharap sangat yang auntie Suria dapat mengingati di mana dia bertemu dengan teman ibunya itu.
“Belum lagi. Dia masih tak ingat lagi. Dia cakap kalau dia ingat nanti dia bagitahu kita. Sabar ya sayang. InsyaAllah kita akan dapat tahu juga nanti. Apa yang penting jangan pernah berhenti berdoa.” Pujuk Puan Hayati. Dia mengusap bahu anaknya itu. Wajah Washfa bertukar muram .
“Eh ni bukan rantai Washfa ke ? Kenapa bagi puteri pakai?” Soal Puan Hayati dengan tiba-tiba apabila terpandangkan rantai milik Washfa di leher cucunya.
“Samakan? Ini memang puteri punya. Washfa yang tempah suruh tauke kedai emas tu buat macam Washfa punya. Ada lagi satu tapi Washfa simpan . Mana tahu lepas ni kalau dapat baby girl bolehlah bagi dia juga. Sama seperti rantai Washfa dengan adiklah.” Terang Washfa . Puan Hayati menganggukkan kepalanya. Dia melihat rantai milik puteri. Memang sama dengan rantai anaknya.
“Umi harap rantai adik Washfa masih ada dengan dia. Umi pernah pesan pada kawan umi suruh dia jagakan rantai itu sebaik mungkin.” Washfa menganggukkan kepalanya.
Ya Allah pertemukan aku dengan adikku. Sesungguhnya aku terlalu merindui dirinya. Aku ingin sekali memeluk dirinya dan menatap wajahnya sekarang ini. Doa Washfa dalam diam.
**************************************
BAB TIGA PULUH SATU
KEESOKKAN harinya. Seperti yang telah Durani janjikan yang dia akan membawa Ziyad ke pusara arwah Adah. Awal pagi lagi Durani bersiap. Dia turut membawa diari milik arwah kak ngahnya dan juga sapu tangan serta sekeping gambar yang dia ambil dari Ziyad semalam lalu di masukkan ke dalam beg.
“Dura dah siap ke? Ziyad dah sampai ni.” Suara Puan Yusnita memanggil Durani.
“Ya ibu . Dura dah siap ni.” Dengan pantas Durani menarik beg lalu di gantungkan di bahunya. Dia keluar dari biliknya sewaktu melintasi ruang tamu dia melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar sambil minum kopi.
“Ayah Dura pergi dulu ya.” Sapa Durani. Encik Idris melipat surat khabar lalu bangun . Durani mula menyalami tangan ayahnya.
“Dura ingat pesan ayah. Kita mesti bantu Ziyad untuk ingat balik memori dia agar kita tahu apa kisahnya dengan arwah Adah. Balik dari kubur nanti suruh Ziyad singgah ke mari. Ayah ada hal sikit nak bincang dengan dia ya.” Pesan Encik Idris. Durani menganggukkan faham.
“Ibu Dura pergi dulu.” Durani mencium tangan ibunya pula yang sedang berdiri dekat tangga. Ziyad keluar dari kereta.
“Assalamualaikum .” Ziyad mendekati anak tangga.
“Waalaikumussalam. Ziyad tak nak naik dulu ke?” Sapa Puan Yusnita dengan senyuman.
“Tak kot balik nantilah saya singgah ya mak cik.” Jawab Ziyad sewaktu bersalam dengan orang tua Durani.
“Bagus juga tu. Nanti datang sini pak cik ada hal sikit nak bincang dengan Ziyad. Berkaitan dengan apa yang Ziyad dan kami baru tahu ni la.” Encik Idris menepuk bahu Ziyad.
“Baiklah pak cik nanti saya singgah. Dura boleh kita gerak sekarang?” Durani menganggukkan kepala .
“Minta diri dulu ya .” Durani dan Ziyad sama-sama menuju ke kereta .
“Inilah pusara arwah kak ngah saya Wardah.” Durani menunjukkan pusara itu pada Ziyad. Mata Ziyad mula melihat nama yang tertera pada batu nisan nama Wardah dan tarikh dia meninggal. Durani mula menghamparkan tikar lalu duduk bersimpuh di situ. Ziyad juga duduk di situ. Di kala ini hati Ziyad merasa sungguh sedih.
Mereka menghadiahkan doa buat arwah Adah. Semoga roh orang kesayangan mereka itu tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
“Adah. Ini saya Ziyad. Saya masih tak ingat tentang awak tetapi saya akan cuba ingat segalanya tentang awak. Saya minta maaf seandainya di sebabkan saya menghilang tanpa khabar berita membuatkan awak bersedih hati. Saya sendiri tak ingat tentang awak. Segalanya tentang awak dalam fikiran saya adalah kosong. Mungkin ini hikmah mengapa saya dan Dura di pertemukan walaupun waktu itu kami sama-sama dalam kesedihan dengan kehilangan pasangan kami.” Luah Ziyad dengan jujur.
Mata Durani melirik pada Ziyad yang asyik memegang pusara Adah . Di buang dedaun kering yang bertaburan di pusara Adah. Kak ngah Dura akan bantu Ziyad untuk mengingati kembali memorinya tentang kakak. Hati Durani berbicara.
“Ziyad mentari dah mula terik ni. Kita balik dulu ya.” Pujuk Durani . Sudah hampir satu jam mereka duduk di situ. Ziyad hanya merenung pusara Adah dengan beribu persoalan. Durani yakin yang Ziyad sedang berperang dengan diri sendiri. Jikalau dia berada di tempat Ziyad mungkin dia lakukan benda yang sama.
“Baiklah.” Jawab Ziyad. Matanya redup memandang wajah Durani. Tikar yang sudah di gulung itu di pegang oleh Ziyad. Durani mula melangkah pergi namun Ziyad masih lagi berada di situ. Durani menoleh ke belakang.
“Ziyad..” Panggil Durani. Ziyad memandang Durani lalu menganggukkan kepalanya.
“Adah saya balik dulu. Ada masa lapang nanti saya datang lagi.” Ziyad mula memijak daun-daun kering sewaktu melangkah menuju keluar dari tanah perkuburan tersebut. Durani sudah pun menantinya di kereta.
“Awak okey?” Soal Durani sewaktu Ziyad sedang memandu kereta.
“Entahlah Dura. Banyak benda yang saya nak tahu tapi saya tak boleh nak ingat pun. Kenapalah saya jadi sampai macam ni? Adah langsung tak ada dalam memori saya.” Luah Ziyad jujur. Perasaan kesal dan bersalah mula bersarang dalam hatinya.
“Mungkin ini akan membantu awak untuk dapatkan memori awak kembali .” Durani membawa keluar diari milik arwah Adah. Mata Ziyad melirik pada diari tersebut.
“Sekejap lagi sampai dekat rumah, saya bagi pada awak barang kesayangan Adah. Mungkin barang tersebut ada kaitan dengan hubungan korang berdua.” Tambah Durani lagi.
“Terima kasih Dura. Saya tak sangka yang awak adalah kunci kepada masalah ingatan saya.” Ziyad menghadiahkan senyuman buat Durani.
“Sama-sama. Saya akan cuba bantu awak setakat yang mampu. Lagipun pertemuan kita memang sudah di atur oleh Allah. Sesungguhnya dia yang lebih mengetahui apa yang berlaku untuk setiap hambanya. Begitu juga dengan saya. Hadirnya awak telah membantu saya mencari serta membantu permintaan arwah kak ngah. Kehidupan kita di sememangnya di penuhi dengan kejutan.” Jawab Durani. Ziyad menganggukkan kepala tanda setuju.
“KASIHAN saya tengok pada anak kita tu bang. Dia masih lagi bingung dengan apa yang dia sedang alami ketika ini. Saya tahu bukan mudah untuk Ziyad terima yang orang yang dia langsung tak ingat selama ni sudah pergi mengadap Ilahi.” Luah Datin Huwaidah sewaktu menemani suaminya di ruang tamu. Ketika itu mereka sedang bersantai selepas makan tengahari.
“Abang masih tak percaya yang rupa-rupanya memori Ziyad ada kaitan dengan keluarga Idris tu. Ziyad pernah bercinta dengan anak perempuan Idris yang merupakan kakak kepada Dura. Kalaulah dari dulu kita tahu tentang anak perempuan Idris pastinya kita mampu membantu sedikit sebanyak Ziyad.” Pelbagai persoalan yang masih lagi bersarang dalam kepala Datuk Zahir. Dia tidak sabar menunggu kepulangan Ziyad untuk mengetahui cerita yang lagi terperinci.
“Kalau kita tahu siapa orangnya bang sudah pasti perkahwinan antara Ziyad dan Nurul tak akan terjadi tapi itulah Allah Maha Berkuasa. Dia telah menetapkan segala-galanya. Kita ni boleh rancang je bang . Ziyad balik nanti kita tanyalah pada dia .” Datin Huwaidah mengambil buku agama yang ada di atas meja.
“Washfa pula apa cerita. Awak tak tanya ke perkembangan terbaru tentang misi pencariaan adiknya ?” Datuk Zahir menyoal dengan tiba-tiba .
“Kata Zikri masih mencari lagi. Dengar kata ada kawan besan kita pernah jumpa keluarga angkat adiknya Washfa tapi dia terlupa dekat kampung mana mereka berjumpa. Kawan Yati tu akan cuba ingat balik di mana tempatnya. Saya harap sangat yang Washfa dapat jumpa adiknya tu bang. Bukan abang tak tahu Washfa menanggung rindu pada adiknya.” Datuk Zahir menganggukkan kepalanya.
“Abang harap macam tu juga. Bukannya mudah nak jejak orang yang tak dapat di kesan ni.” Datuk Zahir masih ingat lagi menantunya itu menggunakan pelbagai cara untuk menjejaki adiknya. Washfa tak pernah berputus asa malah dia terus yakin yang suatu hari nanti dia akan bertemu kembali dengan adiknya.
“Abang bulan puasa bakal menjelma. Tahun ni pun kita berpuasa bertiga . Alangkah bagus kalau cucu kita ada dekat sini. Meriah sikit rumah kita ni tak adalah sunyi sepi. Saya juga berharaplah bang moga satu hari nanti Ziyad akan kembali berumahtangga.” Luah Datin Huwaidah . Pembacaannya terhenti lagi. Buku tadi masih tetap berada di atas ribanya.
“Alhamdulilah . Lagi seminggu lebih kita nak berpuasa . Cucu kita tu kan selalu balik sini. InsyaAllah kalau ada jodoh buat Ziyad pasti dia akan berumahtangga kembali. Abang pun nak tengok Ziyad kembali bahagia dan ada keluarga sendiri seperti dulu.” Datuk Zahir tersenyum kepada isterinya.
Kereta Ziyad memasuki halaman rumah. Sebaik saja keretanya di parking di bawah garaj dia mematikan enjin dan keluar dari keretanya. Ziyad membawa keluar barang yang dia ambil dari Durani tadi. Di keleknya diari milik arwah Adah serta sapu tangan milik Adah yang di mana tertera pangkal nama dia dan juga Adah.
Ziyad masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke ruang tamu apabila ternampak mama dan papanya sedang duduk bersantai di situ. Ketika itu Datin Huwaidah sibuk dengan membaca manakala Datuk Zahir pula sibuk dengan menonton televisyen. Sekali sekala matanya di alihkan pada telefon pintar miliknya.
“Mama papa..” Sapa Ziyad lalu duduk bersebelahan dengan mamanya.
“Macam mana. Ada dapat apa-apa yang boleh membantu memori Ziyad pada Adah?” Soal Datin Huwaidah . Matanya terarah pada sebuah buku yang di pegang oleh anaknya.
“Dura bagi Ziyad diari dan sapu tangan arwah Adah. Ziyad tak baca lagi isi kandungan diari ni mama. Selepas ke pusara dia Ziyad singgah rumah Dura dan bersembang dengan ayah dia pasal hal ini.” Ziyad mula menyandarkan badanya ke sofa. Jelas sekali dia kepenatan. Mahu badannya tak terasa penat kalau malam tadi dia tak mampu nak lelapkan mata. Pelbagai persoalan yang menganggu dalam fikirannya yang menyebabkan dia langsung tidak dapat melelapkan mata. Dia cuba ingat wajah Adah namun langsung tiada memori tentang dirinya.
“Sekurang-kurangnya ada juga bahan yang boleh membantu ingatan Ziyad pada dia. Papa rasa tak lama lagi Ziyad pasti akan ingat semuanya tentang dia.” Datuk Zahir merenung wajah anaknya yang keletihan.
“Mama tengok Ziyad dah penat sangat ni . Pergilah naik berehat dulu. Oh ya Ziyad dah makan tengahari belum? Kalau belum mama siapkan.” Soal Datin Huwaidah.
“Ziyad dah kenyang mama. Makan tengahari dekat rumah Dura tadi. Ziyad naik dululah ya. Ziyad nak solat lepas tu nak tidur sekejap. Kepala pun dah pening ni.” Jawab Ziyad. Dia cuba bangun dengan lemah sekali.
“Yalah. Kalau macam tu pergilah berehat. Jangan paksa diri sangat ya sayang.” Datin Huwaidah mengusap bahu anaknya . Ziyad sudah pun berdiri.
“Jangan paksa kepala kamu tu Ziyad. Benda macam ni memang ambil masa. Kita kena banyak bersabar. Ini ujian Allah . Seandainya ingatan kamu tak juga pulih janganlah bersedih hati. Sekurang-kurangnya sekarang ni Ziyad dah tahu yang Ziyad pernah ada hubungan dengan arwah Adah.” Pesan Datuk Zahir pula.
“Ziyad faham papa. Dua orang yang penting dalam hidup Ziyad sudah tiada lagi. Keimanan dan kesabaran Ziyad sedang di uji. Ziyad naik dulu mama papa.” Ziyad terus berlalu menuju ke tingkat atas.
“Abang rasa Ziyad boleh ke terima semua ni?” Soal Datin Huwaidah apabila anak lelakinya sudah hilang dari pandangan.
“Sama ada dia suka atau tidak dia perlu terima semua ini. Ziyad kena juga belajar terima realitinya. InsyaAllah Ziyad mampu hadapi ujian ini. Apa yang penting kita sentiasa memberikan dia semangat. Ziyad memerlukan masa untuk pulih semuanya.” Jawab Datuk Zahir. Datin Huwaidah menganggukkan kepalanya dengan lemah.
Sungguh hebat sekali ujian yang anak keduanya terima. Sewaktu Ziyad terlantar di hospital dulu hampir saja Datin Huwaidah berputus asa apabila Ziyad di sahkan koma. Koma untuk tempoh yang dia sendiri tidak pasti. Namun kuasa Allah tiada tandingannya. Anaknya tersedar dari koma dan bermula sejak itulah Ziyad mengalami amnesia. Ada segelintir perkara yang dia ingat dan sebaliknya. Namun Datin Huwaidah tetap bersyukur kerana Ziyad mengingati semua ahli keluarganya dan juga kawan baiknya Saiful.
PUAN Suraya menyambut kepulangan suaminya. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Encik Zain terus melepaskan kepenatannya di ruang tamu. Matanya di pejam seketika. Puan Suraya ke dapur seketika untuk mengambil air minuman buat suaminya.
“Air bang.” Encik Zain menyambutnya lalu meneguk air dengan perlahan-lahan. Tekaknya sudah di basahkan.
“Abang sudah-sudahlah bekerja teruk macam ni. Ada baiknya abang pencen saja. Anak-anak kita semua dah besar bang. Ingat sikit abang tu dah semakin tua. Bagi sajalah jawatan tu pada anak kita.” Tegur Puan Suraya dengan lembut sebelum duduk di sisi suaminya.
“Abang tunggu anak lelaki kita tu balik. Lepas ni dia akan ambil alih. Nak harapkan Efa tak payahlah. Lingkup business abang ni. Kita bukannya kaya macam keluarga Zatuk Zahir tu.” Jawab Encik Zain.
“Baguslah kalau macam tu. InsyaAllah puasa ni anak lelaki kita Armand tu akan balik sini. Bolehlah dia bantu abang. Ini abang jadi ke nak jumpa Zikri?” Soal Puan Suraya dengan tiba-tiba. Teringat pada temu janji suaminya dengan Zikri esok pagi.
“Tak jadi. Zikri call abang dia minta postpone. Dia ada hal emergency nak balik rumah papa dia. Katanya Ziyad tengah ada masalah sekarang ni.” Jawab Encik Zain.
“La kenapa pula dengan Ziyad? Dia ada masalah perniagaan dia ke bang?” Soal Puan Suraya cemas.
“Pasal amnesia yang di alami oleh Ziyad la. Abang pun tak tahu sangat ceritanya tapi menurut kata Zikri tadi adiknya tu dalam proses nak ingat balik. Dengar kata dia dah jumpa dengan seseorang. Siapa dia abang tak tahu dan tak sempat nak tanya sebab abang ada urusan tadi.” Jelas Encik Zain. Puan Suraya menganggukkan kepalanya.
Di sebalik dinding , Alifah berdiri. Sewaktu ingin ke ruang tamu tadi dia terdengar tentang Zikri dan Ziyad. Dia menyorok untuk mencuri dengar perbualan mama dan papanya.
“Balik kampung? jumpa seseorang?” Soal Alifah sendirian penuh dengan tanda tanya.
“Abang Ziyad jumpa siapa? Dalam proses nak ingat balik? jangan-jangan …” Mulut Alifah terus berubah bentuk O .
Bersambung....
NotaTerkepit: Akan ku cuba memantapkan lagi karya2 aku di masa hadapan. InsyaAllah. Banyak benda yg ada dalam kepala cumanya kekangan masa saja menghalang walaupun bekerja sebagai 'penganggur terhormat dekat rumah okey'. Sekarang ni ada part time baru jadi pengasuh kanak2. Hehehe.. :D
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D