SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Friday, May 3, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 6

Assalamualaikum u oll..

Good morning.Pepagi buta aku dah update entry nih haaa.Hehheeh.Sekarang tengah mood holiday.Berada di kg halaman di kelate..Ok walaupun bercuti tetap update entry cuma menulisnya idak.Biasalah blik kg bercuti dan spend time with family...Ini sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Mekasih semua...

                          


BAB ENAM


   DHIYA’ BATRISYA berjalan-jalan sekitar shopping complex.Hari ni Dhiya’ keseorangan kerana Dian tidak dapat menemaninya .Dian ada urusan lain.Biasalah kalau dah bekerja adalah urusan yang perlu di buat.Walaupun pada hari minggu tapi bukanlah selalu.Sementara menemani Dian menghabiskan kerjanya maka Dhiya’ berjalan la terlebih dahulu.Dian balik nanti baru Dhiya’ akan berjalan lagi sekali sambil shopping.

    Dhiya’ duduk di bangku yang tersedia sambil membelek majalah keluarga yang baru saja di belinya sebentar tadi..Sewaktu menghantar Dian tadi kakaknya sudah berpesan supaya duduk rumah je tapi Dhiya’ tak nak.

    Dhiya’ nak lepas gian berjalan sambil cuci mata.Dian dan Dhiya’ dua-dua suka berjalan.Itulah hobi mereka kala ada waktu kelapangan.Shopping itu harus.Tak semestinya shopping nak kena beli barang bagai cukup sekadar jalan-jalan pusing satu complex pun dah cukup.

   Dhiya’ sedang shusyuk membaca majalah yang dibelinya tadi sehinggakan dia langsung tidak perasan ada seorang jejaka yang tinggi lampai di hadapannya.

   “Assalamualaikum Dhiya’.” Ujar jejaka tersebut kepada Dhiya’.Sebaik saja mendengar namanya Dhiya’ terus mendongak ke atas lalu memandang wajah jejaka yang memanggil namanya.
    “Waalaikumussalam.Aryan.” Balas Dhiya’ lalu berdiri.
    “Awak ingat saya lagi Dhiya’?Soal lelaki bernama Aryan.

     “Mestilah saya ingat.Dr Rafiqi Aryan kawab baik kepada arwah Ilham.”Balas Dhiya’ sambil tersenyum manis pada Aryan.

    “Awak sorang saja ke?”Soal Aryan lagi pada Dhiya’
     “Aaah sorang saja.Sayan tunggu kakak saya habiskan kerja dia dulu.Sekejap lagi saya nak pergi ambil dialah dekat pejabat.”.

    “Kakak awak .Nama kakak awak Dian Batrisya kan?” Soal Aryan sambil mengerut kening.
    “Eh awak kenal kakak saya ke Aryan?” Soal Dhiya’ dengan pelik.

    “Nak kata kenal tu taklah juga.Hari tu dia ada pergi klinik saya.Dia demam.Sebaik terpandang wajah dia saya teringat dekat awak.Nyaris-nyaris nak panggil nama awak.”Jawab Aryan lagi.
    “La ya ke? Awak pun tahukan kami berdua kembar.”Ujar Dhiya’ sambil tersengih.
    “Memanglah saya tahu awak ada kembar, tapi saya mana pernah jumpa dengan kembar awak tu Dhiya’” Balas Aryan lagi.

    “By the way, Dian dah sihat ke?”Tambah Aryan lagi sambil tersenyum.
    “Alhamdulilah.Dian dah sihat seperti sedia kala.Dian memang begitu.Dian memang tak boleh kena hujan mesti dia akan demam.

   “Baguslah kalau dah sihat sepenuhnya.Awak bila nak kahwin Dhiya’? Soal Aryan..
    “Aryan awak tahukan yang saya memang sayangkan Ilham.Tiada orang yang boleh gantikan dia .Saya sayangkan Ilham.” Jawab Dhiya’ sambil menunduk ke lantai.

    “Maafkan saya Dhiya’. Saya tak patut tanya soalan macam tu.”
    “Eh tak apalah.Saya ok.”Balas Dhiya’ sambil tersenyum tawar.Selepas itu telefon bimbit milik Dhiya’ pula berbunyi.
    Dhiya’ melihat nama yang tertera di skrin telefon miliknya.Sempat lagi bibirnya mengukir senyuman.

    “Hello Dian.Dah habis kerja dah eh?” Soal Dhiya’ di talian.
    “Yup.Dhiya’ dekat mana?Boleh ambil Dian tak?Lepas tu kita pergi jalan-jalan nak.Dian tengah stress ni.Tertekan dengan kerja ni haaa.” Balas Dian di talian.

   “Ok.Dhiya’ ada dekat shopping complex ni je yang dekat dengan pejabat Dian.Sekejap lagi Dhiya’ gerak ke sana.” Tambah Dhiya’ lagi sambil memandang Aryan yang sedang ralit memandang pengunjung yang berjalan sana sini.Biasalah dah nama pun hari minggu hari orang berjalan sambil bawa keluarga. 

   “Dian tunggu.Kalau dah sampai nanti Dhiya’ call Dian ye.” Selepas itu Dhiya’ mematikan talian lalu memasukkan kembali telefonnya ke dalam beg tangannya.

   “Oklah Aryan.Saya kena minta diri dulu.Lain masa kita jumpa lagi.”Ujar Dhiya’ kepada Aryan.
   “Ok jumpa nanti.Take care and kirim salam pada Dian ye.” Aryan sudah tersenyum.
    “Nanti saya sampaikan pada Dian.Minta diri dulu.” Pinta Dhiya’ lalu melangkah menuju ke pintu keluar sebelum bergerak ke tempat parking kereta.

    SETELAH puas berjalan-jalan Dian dan Dhiya’ pulang ke rumahnya.Mereka sampai sudah masuk waktu maghrib.Selepas selesai menunaikan solat isyak Dhiya’ termenung di birai katil.Dengan perlahan-lahan  Dhiya’ membuka laci mejanya.Dia mengambil diari miliknya dan juga album gambar yang di simpannya sampai sekarang.

   Dhiya’ membelek diarinya satu persatu sebelum Dhiya’ beralih membelek album gambar.Dhiya’ tersenyum memandang gambar-gambar dia bersama Ilham sewaktu dua tahun lalu.Ilham adalah lelaki yang di sayanginya.Namun apakan daya Allah lebih menyayangi dirinya.Di saat cinta mereka mula bersemi Dhiya’ dan Ilham di uji.

    “Dhiya’ sayang Am tak?” Soal Ilham pada suatu petang.Waktu itu mereka berada di bangku melepaskan lelah.Mereka berdua baru saja selesai berjogging pada petang itu sambil mengambil angin petang di taman berdekatan dengan rumag Dhiya’

   “Mestilah Dhiya’ sayang Am.Kenapa Am tanya macam tu.Am tak sayang Dhiya’ ke?” Soal Dhiya’ sambil mengerut dahi.
    “Siapa kata Am tak sayang Dhiya’.Dhiya’ tahukan Dhiya’adalah cinta dan hati Am.Mana boleh Am tak sayangkan Dhiya’.Jawab Ilham sambiol tersengih pada Dhiya’

    “Haaa tahu pun.Dhiya; sayang sangat dengan Am tahu.Semoga hubungan kita ni di berkati Allah.” Balas Dhiya’ dengan senyuman manis.

   “Dhiya kalau di takdirkan satu hari nanti Am tak ada , Dhiya’ jangan sedih ya.” Tingkah Ilham dengan tiba-tiba yang membuatkan Dhiya’ tersentak seketika.Dhiya’ memandang muka Ilham.
   “Apa Am cakap ni?Dhiya’ tak faham.Am nak tinggalkan Dhiya’ ke?” Soal Dhiya’ dengan pelik.
   “Am Cuma cakap je Dhiya’.Janganlah fikir yang bukan-bukan.” Balas Ilham.Sebaik saja mendengar kata-kata Ilham , Dhiya’ menarik nafas lega.

   “Dhiya’ sayangkan Am.” Tingkah Dhiya’ sambil tersenyum pada Ilham di mana waktu ini Ilham juga turut memandang Dhiya’ dengan senyuman manis di bibir.
   “Dhiya’ kalau kita bertunang macam mana?Dhiya’ setuju tak?” Soal Ilham dengan senyuman lalu dia mengeluarkan sebentuk cincin kepada Dhiya’.

   “Hah tunang.Am serius ke ni?” Soal Dhiya’ dengan tidak percaya.
    “Ya .Am serius ni.Dhiya’ sudi tak jadi isteri Am?” Soal Ilham dengan penuh debaran.
    “Mestilah Dhiya’ terima.Dhiya’ kan memang sayangkan Am sepenuh hati Dhiya’.” Balas Dhiya’ dengan senyuman yang tidak putus-putus di bibirnya.Ilham sudah tersenyum bahagia.Sudah lama Ilham ingin melamar buah hati kesayangannya Dhiya’ Batrisya.Mereka berdua bercinta sewaktu di Universiti.

   Apabila tiba hari mereka berdua di tunangkan, Dhiya’ di kejutkan dengan panggilan telefon dari keluarga Ilham di mana Ilham pengsan sewaktu bersiap-siap ingin turun dari rumahnya untuk ke rumah Dhiya’.Sebaik saja menerima panggilan itu Dhiya’ terus tidak berkata apa-apa melainkan terus terduduk di birai katil.

   “Dhiya’ kenapa ni?”Soal Dian sewaktu melihat adiknya yang sudah menitis air mata.
   “Dian..Dian..Ilham Dian..” Balas Dhiya’ sambil memandang Dian di sebelahnya.
   “Kenapa dengan Ilham Dhiya’? Soal Dian dengan cemas.

    “Family Ilham call bagitahu yang Ilham pengsan.Sekarang ni Ilham ada dekat hospital.Dhiya’ nak pergi hospital Dian.Temankan Dhiya’ Dian..Dhiya’ nak pergi hospital.Tolong Dian.” Tanggis Dhiya’.

   “Dian..Dhiya’ kenapa ni?” Soal Puan Sakinah sewaktu menjenguk anaknya di dalam bili Dhiya’
   “Mak..Ilham mak..” Tingkah Dhiya’

    “Kenapa dengan Ilham?” Soal Puan Sakinah sambil mendekati anak-anaknya.
    “Mak , Ilham ada di hospital sekarang ni.Family dia call Dhiya’ bagitahu yang Ilham pengsan sewaktu mereka nak datang ke sini.” Balas Dian pula.

    “Astagfirullah A’lazim.Kenapa?Marilah kita pergi hospital.Kenapa dengan Ilham Dhiya’?”Puan Sakinah sudah kerisauannya apabila mendengar berita tentang Ilham.

    “Dhiya’ Rombongan keluarga Ilham nak datang pukul berapa?” Terjengkul pula Encik Yusuf di pintu bilik Dhiya’

    “Abang kita pergi hospital bang.”
     “Hospital buat apa?Hari ni kan majlis pertunangan Dhiya’ dengan Ilham.” Ujar Encik Yusuf dengan pelik.

    “Ayah ..Ilham ada di hospital sekarang ni.Kita cerita dalam kereta nanti.Marilah kita pergi hospital dulu.Kesian Dhiya’ ayah .” Balas Dian.Dhiya’ di sisinya tidak berkutik hanya diam membisu.

   “Ya Allah..Apa yang dah jadi ni?” Soal Encik Yusuf sambil mengurut dadanya.Kemudian mereka berempat terus saja keluar dari bilik untu bergerak menuju ke hospital.

    “Am bangunlah Am..Dhiya’ datang ni.” Ujar Dhiya’ sambil duduk di kerusi bersebelahan dengan katil yang di duduki oleh Ilham.Sudah seminggu Ilham koma.Dhiya’ terkejut apabila doktor memberitahu yang Ilham sebenarnya mengidap penyakit kanser tahap akhir.

   Dhiya’ merasakan dirinya di hempap dengan batu besar.Hampir-hampir dia jatuh sebaik saja mendengar bicara dari lulut doktor yang merawat Ilham.Dhiya’ hanya mampu menanggis dan berdoa.

   Sejak seminggu ini mata Dhiya’ sudah bengkak.Bukan setakat bengkak kerana menanggis bahkan Dhiya’ tidak dapat tidur malam dengan lena.Dalam fikirannya di kala ini hanya ada nama Ilham.Dhiya’ menyapu air mata menitis di pipinya.Dhiya’ mengambil surah yassin di meja lalu dibacanya.

   Penantian Dhiya’ akhirnya berakhir juga di saatnya melihat Ilham yang sedar dari koma.Wayar berselirat memenuhi di tangan dan juga hidung Ilham.Sebaik sedar Ilham tersenyum memandang wajah yang di sayanginya.
     “Dhiya’ .Maafkan Am..” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Ilham sebaik saja sedar dari koma.
     “Am ..Kenapa Am rahsiakan penyakit Am dari Dhiya’?” Soal Dhiya’ sambil menanggis.
      “Jangan menanggis sayang.Am bukan sengaja merahsiakan penyakit Am pada Dhiya’.Am tak nak Dhiya’ susah hati.Dhiya’ tahukan yang Am sangat sayang pada Dhiya’.” Balas Ilham sambil menyapu air mata yang mengalir di pipi Dhiya’.

    “Tapi Am tak patut rahsiakan dari Dhiya’ .” Tingkah Dhiya ‘ lagi sambil menunduk.
     “Sayangku Dhiya’ Batrisya.Seandainya Am pergi dulu, Am nak Dhiya’ teruskan hidup seperti sedia kala.Am tak mampu nak menjaga Dhiya’ lagi selepas ni.Am sangat sayangkan Dhiya.” Dhiya tersentak mendengar kata-kata dari mulut Ilham.

     “Am jangan tinggalkan Dhiya’.Dhiya’ tak mampu Am.” Balas Dian .Makin lebat air mata menuruni ke pipinya.
    “Dhiya’ .Percayalah.Sampai ke mati Am akan tetap mencintai Dhiya’.Jangan bersedih kalau Am tiada di sisi Dhiya’.” Balas Ilham lagi .Matanya berkaca-kaca memandang buah hati kesayanganya .

   “Am janganlah buat Dhiya’ macam ni.Dhiya’ sayangkan Am.” Mohon Dhiya’ sambil memandang sayu kepada Ilham yang sedang terlantar.Di bibir Ilham tetap menguntum senyuman manis buat Dhiya’

    “Dhiya’ janganlah macam ni.Kita kena menerima takdir Dhiya’.” Dhiya’ menggelengkan kepalanya berkali-kali.Dhiya’ tidak sanggup untuk kehilangan orang yang si sayanginya.Dhiya’ sudah teresak-esak.

    Sebulan selepas itu Dhiya’ di kejutkan dengan berita kematian Ilham.Longlai kakinya sewaktu menyusuri di kawasan perkuburan .Dian sentiasa berada di sisi Dhiya’.Puan Sakinah dan juga Encik Yusuf turut menemani puteri mereka.

    “Dhiya’ sabar Dhiya’.Relakan Ilham pergi.Dian tahu Dhiya’ kuat.” Pujuk Dian sambil memeluk bahu Dhiya’.Di kala itu Dhiya’ hanya mampu menanggis semahu-mahunya.Kini dia telah kehilangan orang yang di sayanginya.

    “Sabar Dhiya’ Mak cik tahu Dhiya kuat.” Pujuk Puan Zaiton sambil memeluk bahu Dhiya’ sebaik saja selesai upcara pengebumian .

   “Mak cik Dhiya’ tak kuat untuk hadapi semua ni.” Balas Dhiya’ sambil memeluk erat Puan Zaiton.Di kala itu juga Puan Zaiton turut menaggis.Dia sudah merelakan anaknya pergi.

    “Jangan macam ni Dhiya’.Relakan Ilham pergi dengan tenang,Ilham tengok Dhiya’ macam ni lagi dia sedih.Biarkan di pergi dengan tenang.Sabar nak.” Pujuk Puan Sakinah pada anaknya.
    Dian turut menanggis.Dia juga merasa keperitan dan kesedihan yang di alami oleh Dhiya’Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.Sudah tertulis yang mereka berdua tidak berjodoh.

   Tabahkan hatimu wahai adikku.Dian selalu ada dengan Dhiya.Desis Dian sendirian sambil menyapu air matanya.

   Sayang kuatkan hatimu.Cintaku tak akan pernah pudar untukmu.Bahagialah kamu di dunia ini.Carilah penggantiku.

    Itu adalah mesej terakhir dari Ilham kepada Dhiya.Sehingga ke hari ni Dhiya menyimpan mesej terakhir itu.Setiap kali Dhiya’ membaca mesej ini pasti dirinya akan menanggis.

   Dhiya’ menyapu air matanya.Kemudian Dhiya’  menyimpan semula diarinya dan juga album gambar dia dan juga Ilham.Ilham tetapi di hatinya.Sekerang yang ada hanyalah tinggal kenangan.
     “Dhiya’ rindukan Am..” Ujar Dhiya’ dengan perlahan.
  
  
   Bersambung ....

NotaTersepit :Blk kg sehari dua mood menulis kelaut.Byk wat bnda lain especially mengadap buku.Hahahahah..Wahai mood silalah bertandang.Selepas ini masuk bab yg agak sedih dan susah utk aku tulis.go go Ayra Zahra.Well arini dpt jumpa my ank angkat Arsyad and baby girl baru 
Amaney.. :D


2 comments:

  1. Dpt bace akhirnye :D hai Aryaaaaannnnnnn <3

    ReplyDelete
  2. hehehe..mekasih baca..ngeee..Dr Aryan a.k.a Doktor Rafiqi..:D

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D