SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, June 6, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 16

Assalamualaikum u oll...

Selamat pagi.selamat hari khamis dan juga Salam Isra' Mikraj.Hari ini akan di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu..Hari ni juga akan guna cover baru tuk cerita ini.Mood rajin lettew nk wat cover photo .Hhehehe..Mekasih...=)



BAB ENAM BELAS


   MINGGU itu Encik Yusuf membawa isterinya Puan Sakinah dan juga anak kembarnya Dian dan juga Dhiya’ pulang ke kampung halaman.Sudah lama Encik Yusuf tidak pulang ke kampung.Di kampung tinggallah ibu kepada Encik Yusuf .Sudah berkali-kali Encik Yusuf mengajak ibunya tinggak bersamanya di Kuala Lumpur namun ibunya menolak.Katanya dia tidak selesa tinggal di kota.Hidup di kampung lagi mendamaikan.

    “Assalamualaikum nek..”Dian memberikan salam sebaik saja memanjat anak tangga batu yang menghiasi rumah neneknya itu.
     “Waalaikumussalam.Masuklah..” Jawab orang yang berada di dalam rumah tersebut.
     “Nek apa khabar?”Soal Dian sambil bersalaman dan memeluk neneknya dengan erat.
     “Nek sihat Dian.Ni Dhiya’ mana?” Soal nenek Dian pula sambil mencari kelibta Dhiya’.

     “Sekejap lagi Dhiya’ naik.” Jawab Dian sambil tersenyum dan duduk bersimpuh di hadapan neneknya yang sedang duduk berehat.

    “Nek…Dhiya’ datang ni.” Ujar Dhiya’ sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah , kemudian Dhiya’ menuju ke arah neneknya lalu di peluknya dan bersalaman dengan neneknya.
    “Korang berdua dah lama tak jenguk nenek dekat kampung.Selalunya ayah dengan mak kamu saja yang balik sini.Kenapa tak balik sini.?” Soal nenek kepada Dian dan Dhiya’.

    “Nek , Dian denga Dhiya’ minta maaf sangat-sangat.Bukan kami tak nak balik tapi sebab kami ada kerja .Maafkan kami ya nek.”Ujar Dian dengan muka yang bersalah.Dian di sebelahnya di pandang.Dhiya’ hanya anggukan kepala .

   “Maafkan kami ya nek.” Tingkah Dhiya’ pula.
    “Kesiannya cucuk-cucu nenek ni.”
     “Mak apa khabar?” Soal Puan Sakinah kepada ibu mertuanya.
     “Alhamdulilah mak sihat.” Jawab nenek Dian dan Dhiya’.

     “Mak dah makan belum ni?Kinah ada bawa makanan untuk mak .” Ujar Puan Sakinah lagi sambil menghulurkan palstik yang  berisi tupperware .Di dalam Tupperware tersebut tersedia dua , tiga jenis lauk yang sempat di masak oleh Puan Sakinah untuk di bawa kepada ibu mertuanya.

      “Mak dah makan dah tadi.Kinah letakkan dekat dapur je la.” Jawab ibu mertuanya pula.
      “Nek bila nak ikut kami duduk dekat Kuala Lumpur.” Soal Dian kepada neneknya.
       “Betul tu nek, bila nak tinggal dengan kami dekat sana.Kalau nenek duduk sana senang.Kami ada.Mak dengan ayah pun ada.Kami risaulah nenek sorang-sorang dekat kampung.Kami ajak je nenek tak nak.” Tambah Dhiya’ pula.

        “Kamu berdua ni macamlah tak tahu.Nenek ni mana biasa duduk Bandar.Bosanlah nenek nanti tinggal di rumah kamu.Tak boleh buat apa.Kalau dekat kampung ni boleh juga nenek turun ke bawah tu bagi ayam dengan itik makan.” Jawab neneknya dengan selamba.

      “Ish nenek ni susah betul nak ajak tinggal dekat Kuala Lumpur.Tak bestlah macam ni.”Tingkah Dian lagi tidak puas hati.Mahu tak puas hati kalau dah berkali-kali memujuk tapi jawapan neneknya asyik sama saja.
     Dian merebahkan kepalanya ke riba neneknya.Kemudian Dhiya’ pula turut meletakkan kepalanya di riba kiri neneknya juga.

     “Manjanya cucu-cucu nenek ni.” Tingkah nenek sambil mengusap kepala Dian dan juga Dhiya’.Dian dan Dhiya sudah tersenyum.

     “Ya la, kami dah lama tak bermanja dengan nenek.” Ujar Dhiya’ pula.
      “Sekarang ni bolehlah kamu berdua manja dengan nenek.Lepas ni kalau dah kahwin mana boleh macam ni dah.” Jawab nenek pula.

      Sudah nenek sudah mula membuka topic kahwin.Bosannya kita.Desis hati Dhiya’.Kemudian Dhiya’ pura-pura memejam mata.Kononya nak tidurlah tu ya Dhiiya’? Pandai taktik awak untuk mengelat ya Dhiya’.

     “Alah nek, Kalau Dian kahwin nanti Dian tetap akan buat macam ni juga.”Jawan Dian sambil menyengih.
       “Habis tu Dhiya’ pula macam mana?Bila Dhiya’ nak cari pasangan ni?” Soal nenek kepada Dhiya’ yang sudah memejamkan mata dari tadi.Pura-pura tidur si Dhiya’ ni.

    “Dhiya’ boleh pula dia tidur nek.” Tingkah Dian sewaktu memandang kepada Dhiya’.Pertanyaan dari neneknya tadi tidak berjawab terus mata Dian menoleh kepada Dhiya’
    “Tak adanya Dhiya’ ni tidur Dian.Nenek tahu .Dia sajalah tu nak mengelat dari di tanya soalan tentang kahwin.Dian macamlah tak tahu adik kembar kamu ni macam mana.” Jawab nenek lagi.

    Alah , nenek ni tau-tau je apa yang aku nak buat.Haish.Bebel Dhiya’ di dalam hati.Kemudian Dhiya’ membuka kelopak matanya dengan perlahan-lahan lalu memandang wajah neneknya.
   “Macam mana nenek tahu yang Dhiya’ tak tidur?” Soal Dhiya’ dengan pelik.
    “Adalah.Itu rahsialah.” jawab nenek mereka dengan selamba.

    “Amboi nek, boleh berahsia pula.” Balas Dian pula.
    “Nenek ni , semua nak rahsia.Bosanlah macam ni.” Jawab Dhiya’ lagi sambil memuncungkan mulutnya.Dian sudah tergelak.

     ISNIN, adalah hari yang paling malas dan liat untuk ke pejabat.Dian pagi-pagi lagi sudah sampai di pejabatnya.Dian melangkah dengan perlahan-lahan masuk ke ruang kerjanya.Di tangannya pula ada  satu beg kertas yang di mana di dalam beg kertas itu terisi dengan bekal untuk sarapan pagi ni.Sewaktu di rumah tadi Dian tidak terasa lapar lagi maka dia bawalah bekal ke pejabat.Bimbang akan perutnya merasa lapar nanti.

      Dian membuka komputernya lalu melabuhkan punggungnya ke kerusinya.Kemudian Dian meletakkan bekalan makanan yang di bawanya tadi ke sebelah tepi meja.Beg tangannya pula di letakkan di bawah meja berdekatan dengan laci meja kerjanya.

   “Morning Dian.Awal hari ni.Dah sarapan belum?” Soal Suzie yang baru saja melalui meja Dian.
    “Morning Suzie.Awal ke?Rasa macam dah lewat hari ni.” Tingkah Dian sambil tersenyum.
    “Eh kira awal tau.Orang lain kalau isnin selalu lewat sikit.Biasalah nama pun hari isnin kan.Hari liat untuk bekerja.” Ujar Suzie dengan selamba.Terus Suzie duduk di kerusinya lalu menghidupkan komputer miliknya.
  “Dian dah sarapan belum?Kalau belum jomlah ikut Suzie  beli sarapan dekat depan sana.” Tingkah Suzie lagi sambil memandang Dian.

   “Tak mengapalah Suzie.Dian dah bawa bekal tadi.Perut tak rasa nak makan lagi jadi Dian dah bawal bekal siap-siaplah senang.Bila lapar nanti boleh la makan.” Jawab Dian pula.
    “La ye ke.Jangan lupa makan tahu.Suzie keluar sekejap eh nak pergi beli sarapan.” Tingkah Suzie lagi sambil memegang wallet miliknya.

    “Suzie tapau ke?Kalau tapau boleh la temankan Dian makan dekat pantry sekejap lagi.” Jawab Dian lagi sambil tersenyum pada rakan sekerjanya Suzie.

    “Boleh juga tu.Ok cantik.Suzie pergi beli sekejap lepas tu boleh la kita makan sama-sama.Dian nak pesan air tak?” Soal Suzie pada Dian lagi.

    “Rasanya tak kot.Dian buatkan air dekat pantry sajalah.Suzie nak air tak?Kalau nak Dian boleh buatkan .” Balas Dian lagi.

    “Eh tak apalah.Suzie buat sendirilah nanti.”
    “Tak apalah.Biar Dian buatkan ok.Dah alang-alang nak buatkan Dian ounya Dian buatkan untuk Suzie sekali.Suzie nak air apa?” Soal Dian pula.Suzie hanya mengeluh dnegan perlahan.
    “Suzie tak nak susahkan Dian.Suzie pergi dulu ya.” Tingkah Suzie pula.
    “Suzie cakaplah nak air apa.Biar Dian buatkan.Tak susah pun Suzie buat air.” Jerit Dian pada Suzie yang baru saja melangkah dalam dua langkah macam tu.

   Suzie menoleh pada Dian, sambil anggukan kepalanya.”Dian buatkan neslo la.”Ujar Suzie pula.
    “Ok no problem.Hati-hati ya Suzie.” Tingkah Dian lagi.Suzie hanya tersenyum dan anggukan kepala.
    “Thanks Dian.” Balas Suzie sebelum melangkah keluar dari pejabat untuk menuju ke kedai di depan pejabatnya untuk tapau sarapan pagi.

   Dian hanya anggukan kepala sambil tersenyum.Kemudian Dian menuju ke pantry untuk panaskan air.Sekarang ni perutnya sudah terasa lapar.Sempat lagi tangan Dian mencapai beg kertas yang di letakkannya di atas meja tadi sebelum menuju ke pantry.

    Dian sedang memfokuskan matanya di skrin komputer.Tangannya sedang lincah menekan tetikus kemudian matanya beralih pula pada buku yang di sketch olehnya.Dian langsung tidak perasan Hana yang sedang berdiri di mejanya.

     “Errmm Dian, kau busy ke?” Soal Hana kepada Dian .Kemudian Dian mendongak.
     “Kenapa Hana?Aku tengok muka kau macam ada masalah saja?” Soal Dian kepada Hana yang sedang gelisah.

     Macam mana aku nak bagitahu Dian ni.Desis hati Hana pula.
    “Kau kenapa Hana?Ada masalah ke?”Soal Dian lagi.
     “Sebenarnya kan ..Aku aku…”

      “Aku apa?Cuba kau cerita dekat aku apa yang sebenarnya yang kau cuba cakap ni.” Ujar Dian lagi sambil memberi sepenuh perhatian pada Hana yang sedang resah gelisah.Dian pelik melihat Hana sejak akhir-akhir ini.Dian nampak Hana cuba menjauhkan diri darinya.Namun setiap kali Dian memikirkan hal Hana mesti Dian menganggap yang Hana bukan menjauhkan diri tapi sibuk dengan kerjanya.Dian kenal Hana macam mana.

       “Dian dah siap belum?” Soal Zafran yang baru saja tiba di meja Dian.Sewaktu menuju ke meja Dian tadi Zafran sudah nampak Hana sedang berbicara dengan Dian.Entah apa yang mereka berdua bincangkan Zafran sendiri tidak tahu.

      “Siap?Nak ke mana?” Soal Dian sambil mengerutkan dahinya.
       “Amboi taulah tunang Zafran ni rajin orangnya.Lupa ya sekarang dah pukul berapa?” Soal Zafran kepada Dian.Dengan pantas Dian melihat jam yang tertera di tangan kanannya.

        “Ya Allah dah pukul lima setengah.Tak sedar langsung.Zafran boleh tunggu sekejap tak?Dian nak pergi solat asar sekejap.” Ujar Dian sambil menepuk dahi.Waktu balik kerja dah.Dian memandang staf-staf lain yang sedang mengemas meja masing-masing untuk pulang ke rumah.

     Hari ini, Dian pulang bersama tunangnya Zafran.Dhiya’ tidak menjemputnya balik pada petang ini di sebabkan Zafran sudah mengajak tunangnya untuk keluar makan bersama-sama.Dian sudah pun meminta izin daripada kedua ibu bapanya.EncikYusuf dan Puan Sakinah sudah berpesan padanya jangan balik lewat sangat.Pastikan pukul Sembilan malam sudah terpacak di rumah.

    Memang itulah peraturan yang ayahnya, Encik Yusuf tetapkan kepada anak-anaknya jikalau keluar jangan balik lewat.Pukul Sembilan malam pastikan sudah berada di rumah.Dian dan Dhiya’ sememangnya patuh pada arahan yang di berikan.Mereka berdua ingin menjadi anak yang solehah di dunia dan juga di akhirat.
    Jikalau Encik Yusuf mahu pun Puan Sakinah yang tidak mengizinkan mereka berdua keluar maka mereka berdua tidaklah keluar.Dian dan Dhiya’ hanya akur kerana mereka tahu mak dan ayahnya tahu apa yang terbaik untuk mereka.

       “Boleh saja.Dian pergilah solat dulu.Zafran tunggu dekat sini.” Tingkah Zafran Nufail sambil tersenyum memandang wajah tunangnya.Hana di sebelahnya langsung tidak di tegurnya.Mengapa pula Zafran Nufail tidak menegur Hana?Pelik?

       “Eh Hana apa yang kau nak cakap dengan aku tadi?” Soal Dian pada Hana.
       “Tak ada apa-apa.Lain kalilah.Aku pun nak balik dah ni.” Tingkah Hana sambil tersenyum tawar pada Dian.Panas hatinya melihat kemesraan yang di tonjolkan oleh Zafran untuk Dian.Jelas sangat yang Zafran sangat menyanyangi Dian sepenuh hatinya.

     “Betul ni?Kalau tak ada apa-apa aku nak pergi solat dulu.Hati-hati ok balik tu.” Ujar Dian lalu melangkah menuju ke surau untuk menunaikan solat asar.

     Zafran tersenyum dan ingin berlalu ke meja .Namun dengan tiba-tiba Hana memanggilnya.
        “Zafran….awak marahkan saya ke?” Soal Hana kepada Zafran.Zafran berhenti namun langsung tidak menoleh kepada Hana Yasmin.

        Hana rasa sedikit kecewa dengan layanan Zafran Nufail yang langsung tidak memandang ke arahnya.Zafran kemudian melangkah menuju ke mejanya langsung tidak menoleh pada Hana yang memanggilnya tadi.

     Zafran mengeluh kecil lalu duduk di kerusinya sambil menyusun fail yang berselrak di atas mejanya.
     Zafran kenapa kau buat aku macam ni?Salahkan aku meluahkan perasaan yang aku pendam selama ni?Salah ke?Kenapa bukan aku yang kau pilih?Langsung kau tak pandang aku kan.Rintih hati Hana Yasmin yang sedang membuang pandang melihat Zafran .Kemudian Hana Yasmin menarik nafas dengan dalamnya lalu berlalu menuju ke pintu keluar pejabatnya. Hana ingin pulang ke rumahnya denga segera.

     Hana Yasmin janganlah dikau bermain dengan api , kelak dirimu sendiri yang akan terbakar.Dirimu sendiri yang akan merasa sakitnyanya.Jauhilah dari sifat cemburu dan iri hati yang boleh merosakkan dirimu sendiri…..
       
    Bersambung......

Nota Tersepit : Dah 3 hari aku x mengadap manuskrip ADU..Writer's Block again..Sob sob sob.By the way lagi sekali di tegaskan di sini pada kengkawan ku yang baca Dirimu Satu mahu pun Aku Ditakdirkan Untukmu jgn bayangkan atau nmpak aku dlm watak tu semua..Memang langsung tak sama.Aku adalah aku..Cerita yang aku tulis tiada kena mengena langsung dengan hidup aku..Hehhehee..Mekasih semua..Muahh 3 combo...

6 comments:

  1. Best babe! Tunggu next week nye entri. Mwahhhhh! :)

    ReplyDelete
  2. Hhehhe..tq ...Tunggu next week ye sambungannya..:D

    ReplyDelete
  3. hehehe..mekasih Ruunna singgah baca ADU.Sambungannya ari isnin nanti..:)

    ReplyDelete
  4. mekasih baby mio singgah baca.Tunggu sambungannya isnin nanti ya..:)

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D