Alhamdulilah majlis konvo cik writer berlangsung dengan sempurna.Syukur semuanya sudah selesai.Ok hari ini seperti biasa bab seterusnya BCIP.Cik writer pun dah banyak hari ni x menulis .Arap2 berjalan seperti biasalah menulis sementara menunggu kerja nih.Terima kasih singgah dan baca bcip :D
BAB
DUA PULUH TIGA
REEN membawa segelas air mineral dan juga
ubat demam kepada opahnya.Di kala ini Reen berada di kampung.Balik menjengguk
opahnya yang demam.Pada mulanya Reen memang tak tahu yang opahnya demam apabila
di usul pada mak angkatnya di dalam telefon tempoh hari barulah Reen mengetahui
keadaan opahnya.
Reen tahu opahnya sengaja tidak mahu
memberitahunya.Opahnya tidak mahu menyusahkan dirinya.
“Opah..Makan ubat ni dulu.” Ujar Reen yang
baru saja muncul dari dapur.
“Opah dah sihatlah Reen.Tak payahlah nak
makan ubat.” Tingkah opahnya sebaik saja melihat ubat di tangan Reen.
“Tak boleh.Opah kena makan.Kalau tak nanti
demam opah makin teruk.Reen tak nak opah sakit.Makan ya.?” Pujuk Reen lagi lalu
menghulurkan ubat ke atas tangan opahnya.Reen melihat wajah opahnya yang sedang
mengeluh kecil.
“Ya la opah makan.” Balas opahnya lalu
memasukkan ubat demam ke dalam mulutnya lalu di telan bersama-sama air mineral
.Sejurus selepas itu, opahnya menghulurkan gelas kepada Reen.Sudah tentu Reen
tersenyum apabila melihat opahnya sudah menelan ubat demam.
“Macam tu opah Reen.Opah rehat dulu ya.Reen
nak kemas rumah ni sekejap.Opah jangan nak buat kerja sangat .Berehat
saja.Serahkan pada Reen saja ya.” Ujar Reen dengan senyuman.
“Habis tu kerja kamu dekat Kuala Lumpur
macam mana?” Soal opahnya.
“Janganlah risau.Reen dah minta cuti tiga
hari opah.Kalau di kira sekali dengan hari minggu Reen cuti lima harilah
opah.Opah rehat ya.” Balas Reen.
“Bos kamu tak marah ke Reen?” Soal Opahnya
lagi .Opahnya bimbang jikalau Reen bersusah payah untuknya.Reen tersenyum lagi.
“Bos Reen dah tahu.Janganlah risau.Reen
pergi mengemas sekejap.Kalau opah nak apa-apa panggil Reen ya.” Ucap Reen lalu
menghilangkan diri ke dapur.Opahnya terus meletakkan kepalanya di atas bantal
lalu di pejam matanya.Beberapa minit kemudian opahnya sudah pun lena kesan dari
ubat.
Reen
menyapu di ruang dapur.Selepas menyapu Reen mencuci pinggan mangkuk yang
ada di dalam sinki.Reen ralit dengan kerjanya.Namun begitu sempat juga Reen
menjengguk opahnya yang sedang tidur di ruang tamu.Reen memang bimbangkan
kesihatan opahnya.
“Assalamualaikum..” Mak angkat Reen yang
baru saja sampai memberikan salam di pintu dapur.Reen menoleh.
“Waalaikumussalam mak..Masuklah..”Reen
menutup paip air lalu di lap tangannya sebelum menuju ke arah mak angkatnya.
“Opah mana Reen?” Soal mak Timah lalu
menarik kerusi di meja makan.Mangkuk tingkat di letakkan di atas meja.
“Opah tidur.Selepas makan ubat tadi dia tidur.Mak
bawa apa ni?” Soal Reen sewaktu melabuhkan punggungnya di kerusi.Di tilik
mangkuk tingkat yang berada di atas meja.
“Ni mak ada masakkan bubur untuk opah
kamu.Semalam dia cakap nak makan bubur jadi mak buatlah hari ni.”Ujar Mak Timah
dengan senyuman.
“La kenapa opah tak cakap je dengan
Reen.Kalau tak Reen masakkan untuk dia.Tak adalah menyusahkan mak.” Balas Reen
pula sambil membuka mangkuk tingkat yang terisi dengan bubur dan juga
buah-buahan yang siap di potong.
“Tak menyusah pun Reen.Bubur bukannya payah
nak buatnya.Kamu ni tak apa ke cuti lama-lama ni?” Soal mak Timah lagi.
“Reen dah minta cuti mak, jadi tak ada
hallah.Lusa Safi pun nak balik ke mari.Kalau ikutkan Safi dia nak ikut balik
sekali tapi kerja dia tengah banyak.Lusalah baru dia boleh balik.”Balas Reen
lalu bangun semula menuju ke cabinet.
“Kamu nak buat apa pula tu Reen?” Soal mak
Timah dengan pelik .Reen menoleh sambil tersengih.
“Nak buatkan air untuk mak lah.” Jawab Reen
dengan senyuman.
“Ish kamu ni tak payahlah susah-susah.Mak
dah minum dengan ayah kamu dekat rumah tadi.”Balas mak Timah sambil
menggelengkan kepalanya melihat karenah Reen.
“Itu mak minum dekat rumah, sekarang mak
kena minum dekat sini pula.” Balas Reen yang sedang mengacau air teh yang di buatnya.
“Reen mak nak tanya sesuatu boleh?” Soal Mak
Timah sejurus selepas menghirup air teh yang di hidangkan oleh Reen.
“Mak nak tanya apa?” Soal Reen dengan
pelik.Ketika itu Reen sudah kembali semula ke kerusi dan duduk bertentangan
dengan maknya.
“Mak dengar cerita yang Aqil dah
kahwin.Betul ke?” Soal Mak Timah.Reen tersenyum tawar.
“Aah mak , dia dah kahwin dah dengan
Sarah.Dia kahwin dengan orang yang mak dia pilih.Mudah-mudahan bahagialah dia
mak.Reen tumpang gembira .” Balas Reen dengan tenang.
Bagi Reen tiada apa lagi yang patut di
kenangkan.Apa yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.
“Baguslah kalau macam tu.Biarlah Aqil dengan
kehidupan dia.Reen pun ada kehidupan sendiri.Cuma satu je buat mak rasa
terkilan Reen.Terkilan dengan sikap bekas mertua kamu.Safi ada ceritakan pada
mak.” Balas mak Timah.
Reen tersenyum lalu menjawab dengan tenang.
“Mak..Biarlah .Reen dah malas nak
fikir.Sekarang ni Reen dah ada kehidupan Reen.Apa yang Reen perlukan adalah
sokongan dari opah, mak , ayah dan juga Safi.Itu sudah memadai buat Reen mak.”
Balas Reen.
“Mak tahu anak mak yang ni kuat dan
tabah.Jangan mudah mengalah.Di hadapan banyak lagi Reen akan tempuhi.”Ujar Mak
Timah lalu mengusap lengan Reen sewaktu Reen menghidangkan air untuknya .Mereka
sama-sama tersenyum.
DATIN Khadijah baru saja keluar dari bilik
air.Dia berjalan menuju ke tempat penyidai lalu di sidai tuala kecil yang di
gunakannya tadi untuk mengelap mukanya.Datuk Ismail pula sedang ralit membaca
buku di sofa. Televisyen di dalam biliknya juga terpasang.
“Abang baca buku ke tengok tv?” Usik Datin
Khadijah.Datuk Ismail tersenyum lalu menoleh kea rah isterinya yang sedang
berjalan ke meja solek.
“Dua-dua sekali.” Balas Datuk Ismail
sebelum menyambung membaca buku kembali.Sejak bersara ni memang Datuk Ismail
banyak menghabiskan masa dengan membaca buku.Ada saja bahan bacaan yang di bawa
baliknya.Bukan saja dia yang baca malahan Datin Khadijah juga serta dengannya.
“Abang..Ijah ingat nak carikan calon menantu
untuk Hadif .Hari tu Ijah terserempak dengan Khay dekat Aspirasi.Dia baru saja
keluar dari pejabat Hadif.Ijah tak sukalah dengan budak Khay tu.Perangai rupa
itu lepas tu seksi pula tak seperti yang kita kenal dia dulu.” Ujar Datin
Khadijah dengan panjang lebar.
Datuk Ismail menutup buku yang di bacanya
lalu membetulkan duduknya mengadap isterinya.
“Dulu lain sekarang lain.Masa boleh merubah
keperibadian seseorang Ijah.Awak nak cari calon menatu ni Hadif tahu ke tak?”
Soal Datuk Ismail.
“Dia tak tahu.Saya tak bagitahu dia lagi
bang.Hadif tu dah patut kahwin dan ada keluarga.Rasanya saya dah ada calon
untuk dia bang.” Tingkah Datin Khadijah lalu menoleh pada suaminya dengan
senyuman di bibir.Datuk Ismail mengerutkan keningnya.
“Dah ada calon?Siapa?” Soal Datuk Ismail
dengan teruja.
“Saya sebenarnya kan bang berkenan sangat
dekat budak Reen tu.Kalau kita jodohkan Hadif dengan Reen macam mana?Apa
pendapat abang?” Soal Datin Khadijah sebaik saja melabuhkan punggungnya di atas
sofa bersebelahan dengan suaminya.
“Awak biar betul Ijah.Awak tahukan yang
Reen tu baru saja bercerai.Hadif pun tak tahu yang setiausaha dia tu janda.Nak
ke anak teruna awak yang cerewet tu?” Soal Datuk Ismail.Dia masak sangat dengan
perangai Hadif.
Hadif mana suka kalau dengar perempuan
bercerai berai ni.Bagi Hadif perempuan yang bergelar janda adalah perempuan
yang curang.Entah kenapa fikiran si Hadif ni sempit sangat.Apa yang berlaku
kepada kawan baiknya dulu menyebabkan Hadif berhati –hati tambah-tambah selepas
putus dengan Khay lagilah .
“Saya tahu bang.Budak Reen tu bercerai bukan
sebab dia curang ke apa.Itu semua fitnah dari bekas mertua dia.Kasihan Reen
bang.Langsung tak dapat nak bela diri sendiri.” Ujar Datin Khadijah dengan
perlahan.Jauh di lubuk hati Datin Khadijah memang dia sedih dengan apa yang
berlaku pada Reen.Baginya Reen adalah seorang yang baik.
“Mana awak tahu cerita pasal Reen ni?Sejak
bila pula awak jadi reporter ni Datin Kahdijah oii..” Soal Datuk Ismail.
“Nak seribu cara tak nak seribu alasan
bang.” Jawan Datin Khadijah dengan selamba.Datuk Ismail menggelengkan
kepalanya.
“Kalau awak rasa baik untuk Hadif, abang
ikut saja tapi ingat apa-apa pun dapatkan persetujuan dari Hadif.Jangan buat
ikut suka hati awak pula.” Datuk Ismail memandang wajah isterinya.
“Saya tahu bang,Alah kalau Hadif tak nak
saya jodohkan dia dengan Hayyan la pula.Anak abang lagi sorang tu pun sama juga
nak kena cari calon.Kalau nak tunggu dia yang cari memang taklah.Abang tahu
sajalah perangai Hayyan sibuk dengan kerja saja.” Balas Datin Khadijah.Teringat
pada nak sedaranya yang masih lagi berada di London.
“Tak lama lagi Hayyan akan kembali menetap
di sini.Awak janganlah risau Ijah.Bincang dulu dengan Hadif atau Hayyan kalau
nak carikan jodoh untuk diaorang.Abang bukan apa bimbang kalau mereka tak
suka.Anak muda zaman sekarang ni mana suka kalau kita yang carikan.” Balas
Datuk Ismail dengan panjang lebar.
“Saya tahu bang.Niat saya nak tengok mereka
bahagia .Saya tak nak Khay terus menerus ganggu hidup Hadif.”Ucap Datin
Khadijah lagi.Datuk Ismail pula menganggukkan kepalanya.
Ada benar apa yang di katakan oleh
isterinya.Kalau Hadif kahwin , bekas tunangnya Khay pasti tidak menganggunya.
Boleh ke Khay terima kalau Hadif berkahwin
dengan orang lain.Khay memang menyanyangi Hadif Cuma hatinya sudah di penuhi
dengan api dendam yang masih belum padam.
“Lupa pula Ijah nak bagitahu abang.Semalam
Hani ada call bagitahu nak balik.Dia dah mula bercuti.” Tetiba Datin Khadijah
teringat akan anak bongsunya yang berada di luar negara .
“Bila Hani nak balik ke mari?” Soal Datuk
Ismail.
“Kalau tak silap Ijah minggu depan.Flight
dia hari selasa .Kita ambil Hani dekat airport nanti ya bang.Lama dah tak jumpa
Hani.Raya hari tu pun dia tak balik.Rindu betul Ijah dengan Hani.” Datin
Khadijah sudah tersenyum.Terbayang-bayang wajah anak bongsunya di ruag matanya.
“Abang pun rindu Hani juga.Anak kita ke sana
bukannya untuk suka-suka Ijah.Dia ke sana
pun sambung belajarkan.Tahun depan habislah dia belajar dekat sana tapi tak
tahulah kalau anak bongsu kita nak sambung lagi pelajarannya tu..” Datuk Ismail
juga terkenangkan anak bongsunya.
“Hani tu suka berdikari bang.Kalau dia nak
sambung belajar lagi pun Ijah tak kisah lagi suka.Anak abang tu minat sangat
dengan fesyen. Cita-cita Hani kan nak jadi pereka fesyen.” Ucap Datin
Khadijah.Masih terngiang-ngaing lagi di telinganya akan cita-cita anaknya itu.
“Mama..Hani nak sambung belajar dalam
bidang fashion boleh tak ma?Hani nak jadi pereka fashion ma.” Ujar Hani sewaktu
menunggu keputusan peperiksaan SPM.
“Boleh sayang.Mama dengan Papa tak
kisah.Hani berhak untuk pilih sendiri.Mama lagi suka kalau Hani buat apa yang
Hani minat.” Balas Datin Khadijah dengan senyuman.
“Terima kasih mama.Hani sayang mama
dengan papa.” Ucap Hani lalu memeluk mamanya dengan erat sekali.
“Mengelamun dah sampai ke bintang ke
sayang oii..” Usik Datuk Ismail sambil melambaikan tangannya ke wajah
isterinya.
“Ish abang ni mana ada.Ijah teringatkan
Hani je.Jomlah tidur.Mata pun dah mengantuk ni.” Balas Datin Khadijah sambil
menepuk paha suaminya lalu bangun dan menuju ke katil.Datuk Ismail tersenyum.
“Siapa yang tak nak tidur Ijah ,
tambah-tambah awak sebelah saya.”Usik Datuk Ismail.Sengaja nak menyakat isteri
tercinta.
“Apa dia bang?Amboi kemain.”Balas Datin
Khadijah.Sempat jarinya mencubit manja lengan suaminya.Datuk Ismail ketawa
melihat wajah isterinya yang merah dengan tiba-tiba.Datin Khadijah pula
menggelangkan kepalanya.Suaminya memang suka menyakat .
bersambung ....
NotaTersepit :Banyak hari dah ni bercuti dari menulis.Nak kena cari mood menulis kembali untuk menyiapkan manuskrip BCIP ni.
best....
ReplyDeletemekasih baby mio..sentiasa support karya kita :D
Delete