SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, March 17, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 22

Assalamualaikum u olllsss..


Seperti biasa sambungan AMB. Cik writer tahu semua ternanti-nantikan hubungan Awa dan Hadif tapi belum tiba masanya lagi. Bila berjauhan barulah masing2 akan sedar perasaan masing2 kan? Macam tu jugalah Awa dan Hadif. Terima kasih kerana singgah dan baca kisah mereka. :D

                                                 
                                    


BAB DUA PULUH DUA




   KEESOKKAN harinya , Hadif pergi ke pejabat seperti biasa. Selsema yang di alaminya makin berkurang namun dia belum sihat seperti sediakala lagi. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia bercuti hari ini namun apabila teringat pada report yang perlu Tasha buatkan untuknya semalam digagahkan juga kakinya ke pejabat. Petang semalam dia terlupa untuk bertanyakan kepada Tasha.

   Sebaik saja sampai di Aspirasi orang pertama yang di cari adalah Tasha . Dia melangkah ke meja Tasha.

   “Tasha mana fail report yang saya minta awak kemaskinikan semalam?” Soal Hadif Fakhri . Tasha terperanjat sebaik saja mendengar suara Hadif. Dia tengah khusyuk melihat skrin komputer. Dengan laju sekali Tasha menekan butang pangkah di . Dia baru saja membuka akaun facebook miliknya.

   “Ya Tuan Hadif. Ada apa ya?” Soal Tasha dengan senyuman.

    “Saya minta fail report yang awak siapakan semalam. Saya nak awak bawa ke bilik saya sekarang juga.” Arah Hadif. Tasha terus bangun dari kerusi yang di dudukinya.

   “Maaf Tuan Hadif, fail itu saya dah serahkan pada Awa semalam. Saya nak masuk ke dalam pejabat Tuan Hadif tapi Awa tak bagi jadi dia suruh saya tinggalkan dekat meja dia nanti dia bagi. Awa tak bagi ke fail tu pada Tuan Hadif?” Soal Tasha. Hadif mengerutkan dahinya.

   “Awa tak ada pula bagi dekat saya. Sekejap saya tanya dia.” Jawab Hadif lalu berlalu menuju ke meja Awatif.

   “Good moring bos.Eh bos dah sihat ke?” Soal Awa dengan senyuman .

   “Awa saya nak tanya ni . Mana fail report yang Tasha buat semalam. Dia kata dia ada bagi pada awak. So saya nak fail itu sekarang.” Soal Hadif. Awa menggarukan dahinya dan cuba menginggati fail yang Tasha berikan semalam.

   Selepas Tasha bagi aku letak dekat meja ini lepas tu aku … Awa teringat sesuatu.

   “Oh Fail semalam saya ada letak dekat atas meja bos semalam. Bos tak perasan eh?” Soal Awa. Hadif menganggukkan kepalanya lalu masuk ke biliknya. Dia mencari fail tersebut di atas meja namun dia langsung tidak menjumpai fail tersebut.

   “Awa masuk ke bilik saya sekejap.” Arah Hadif melalui intercom.
   “Kenapa bos? nak kopi ke?” Soal Awatif sebaik saja masuk ke bilik tersebut. Hadif menoleh kepada Awa.

   “Awak letak dekat mana Awa? Saya tak jumpa pun. Saya perlukan fail tu hari ni juga Awa.” Jelas Hadif kebimbangan. Dia perlu teliti report tersebut sebelum urusannya pada esok pagi.

   “Semalam saya letak dekat sinilah bos. Macam mana pula tak ada dekat sini. Agaknya fail tu ada kaki kot bos yang boleh jalan merata.” Jawab Awa dengan selamba.

   “Awa sekarang bukan masa untuk main-main. Cari sekarang.” Arah Hadif dengan tegas. Awa terus mencari di sekitar meja Hadif namun fail tersebut tiada. Awa menggarukan kepalanya. Pelik betul mana perginya fail semalam. Gerutu Awa sendirian.

   Puas Awa cari namun langsung dia tidak menjumpainya. Awa kebingungan tidak tahu ke mana hilangnya fail tersebut. Dia sempat tunduk mencari fail tersebut ke bawah meja bimbang jikalau fail tersebut jatuh di bawah meja namun langsung tiada.

   “Bos tak adalah. Saya tak tahulah .” Tingkah Awa tanpa memandang Hadif. Matanya memandang segenap inci bilik Hadif Fakhri.

   “Ada sesiapa masuk ke bilik ni selain dari awak Awa?” Soal Hadif . Awa menggelengkan kepalanya.

   “Rasanya tak ada bos.” Jawab Awa.

   “Kalau tak ada orang masuk macam mana fail tu tak ada dekat meja saya? Awak pasti ke yang awak letak fail tu atas meja saya Awa? Awak jangan main-main. Saya tahu awak ni selalu lupakan belum lagi masuk dengan perangai blur awak tu. Fail tu penting Awa.” Ujar Hadif dengan tegas.

   “Ya betul bos saya ni pelupa dan blur tetapi saya memang yakin yang saya sudah letak fail tersebut di atas meja ni dekat sini.” Jawab Awa lalu menunjukkan tempat dia meletakkan fail tersebut. Dia ingat tentang fail tersebut . Hadif memicit kepalanya.

   “Awak panggilkan Tasha masuk sini .” Arah Hadif dengan wajah yang serius. Awa hanya menurut arahan lalu keluar dan memanggil Tasha untuk berjumpas bosnya.

   “Ada apa Tuan Hadif?” Soal Tasha.

   “Fail yang awak bagi semalam saya tak jumpa. Jadi saya nak awak ambil yang softcopy tu print dan bagi pada saya . Saya bagi awak tempoh sebelum lunch. Petang nanti saya semak report tu.” Arah Hadif.

   “Tapi Tuan Hadif saya dah susah payah buat semalam macam mana boleh hilang? Tuan Hadif nak saya buat report tu balik?” Soal Tasha tidak puas hati.

   “Yup. Saya tak tahu fail tu melayang ke mana.” Tasha mendengus dengan geram. Ini semua Awa punya pasal. Satu masalah pula dia nak buat balik report tu hari ini. Tasha menjeling tajam pada Awatif yang diam sedari tadi. Kepala Awa sedang memikirkan di mana perginya report tersebut. Pelik bin ajaib betullah.

   “Awak berdua boleh keluar sambung kerja.” Arah Hadif lalu menyambung kerjanya. Awa dan Tasha terus melangkah keluar. Awa menuju ke ruang kerjanya.

   “Hey budak blur mana kau letak fail tu hah? Kau ni kan memang suka menyusahkan hidup aku kan. Kau ingat senang ke aku nak buat report tu. Kau ni memang tak boleh di harap macam mana kau boleh jadi setiausaha Tuan Hadif. Kau ni menyusahkan hidup aku tau tak?” Marah Tasha . Ada beberapa orang staff mendengar suara lantang dari Tasha.

   “Kak Tasha saya letak report tu dekat atas meja bos. Saya tak tahu siapa yang ambil lepas tu. Peliklah siapa yang berani masuk bilik bos tu.” Jawab Awa. Ligat kepalanya memikirkan siapa yang menceroboh masuk ke bilik Hadif sedangkan bilik Hadif ada kuncinya.

    “Kau jangan nak berdalihlah Awa. Geram betul aku dengan kau ni tau tak? Sakit hati aku dengan karenah kau ni tau tak.” Marah Tasha lagi. Awa hanya diam saja.

   “Awa minta maaflah Kak Tasha kalau Awa yang salah.” Tingkah Awa pula sambil memandang wajah Tasha.

   “Hey kau tak payah nak buat muka sedih depan akulah.Menyampah kau tahu?”. Awa menghela nafasnya dengan perlahan.

    “Yang korang berdua nak bertekak ni pasal apa? Tasha saya suruh awak sedikan report tu balik yang awak masih lagi tercegat depan meja Awa ni buat apa?” Soal Hadif sebaik saja keluar dari biliknya. Dia harus melawat ke tapak projek pagi ini.

    “Saya tak bertekak bos.” Jawab Awa dengan selamba.
     “Saya geram dengan Awa ni Tuan Hadif. Ini semua sebab dialah sampaikan fail yanga da report tu hilang. Budak ni langsung tak boleh harap.” Giliran Tasha pula menjawab sambil menjeling tajam pada Awa .

   “Ini benda kecil sajalah Tasha . Awak nak perbesarkan hal ni pasal apa? Bukan ke awak buat semua tu dalam komputerkan. Awak mesti ada simpanankan. Saya cuma minta awak print kan semuanya report yang awak dah kemaskini tu dan hantar pada saya tengahari ni. Itu pun awak tak boleh nak buat ke?” Soal Hadif. Wajah Tasha terus berubah.Ada di kalangan staff yang mendengar kata-kata Hadif menahan diri untuk gelak.

   “Memanglah Tuan Hadif tapi saya ni tak puas hati dengan budak Awa ni.” Tingkah Tasha lalu berpeluk tubuh.

   “Tuan Hadif carikan fail ini ke?” Soal Safi sebaik saja tiba di situ. Mereka bertiga memandang ke arah Safi yang mendekati Tuan Hadif lalu di berikan fail tersebut .

   “Aah betullah ni. Mana awak jumpa fail ni Safi?” Soal Hadif.

    “Saya jumpa dekat bahagian stor  tadi. Saya nak simpankan beberapa fail yang sudah tidak di gunakan lagi dan terjumpa fail ni. Saya nampak fail ini sebab dekat sisi ni ada tulis tentang report bulan ini itu yang saya pelik macam mana boleh ada dekat sana.” Jawab Safi.

    “Siapa yang letak dail ni dekat situ. Awa awak ada masuk bilik stor ke semalam?” Soal Hadif. Awa menggelengkan kepalanya.

    “Habis tu siapa punya kerja yang dah ceroboh bilik saya dan simpankan fail ni dalam stor?” Soal Hadif lagi.

     “Bos dekat bilik boskan ada cctv. Apa susah kita tengoklah cctv nanti kita tahulah siapa yang ceroboh bilik bos tu.” Awa memberikan cadangan sebaik saja terpandangkan salah satu cctv yang terdapat di dalam Aspirasi.

   “Bijak pun Awa. Ok nanti saya akan tengok.” Jawab Hadif dengan senyuman. Pada ketika ini jugalah wajah Tasha sudah berubah pucat.

   “Saya  rasa tak perlu kot Tuan Hadif. Fail tu pun dah selamat di jumpai. Mingkin ini semua salah Awa kot yang tersalah letak fail ke.” Ujar Tasha .

     “Tak mengapalah. Hal itu biar saya selesaikan. Awa letakkan fail ni dekat meja saya sekarang. Saya nak keluar sekejap. Pastikan jangan ada sesiapa pun yang ceroboh bilik saya.” Arah Hadif.

      “Okey bos.” Jawab Awa lalu mengambil fail tersebut lalu di bawa masuk ke dalam bilik Hadif.
      “Korang boleh sambung kerja.” Arah Hadif pada Tasha dan Safi. Dia terus melangkah keluar dari Aspirasi.

    TASHA mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Sejak balik tadi dia langsung tidak boleh duduk dengan senang hati. Dia bimbang jikalau Hadif melihat cctv. Jikalau itu berlaku Tasha yakin yang Hadif pasti mengamuk. Kehilangan fail tersebut memang rancangannya untuk Awa.

   Semalam nasibnya baik apabila sewaktu Awa menunaikan solat asar dia mengambil kad milik Awa untuk membuka pintu bilik Hadif. Bilik Hadif memang sukar untuk masuk kerana hanya Hadif dan juga Awa saja yang memiliki kad tersebut. Jikalau Hadif berada di dalam pejabatnya pintu biliknya itu memang tidak akan di lock .

      “Macam mana ni? Mati aku kalau Tuan Hadif tahu. Macam mana aku boleh lupa yang dekat office tu memang banyak cctv?” Tasha memarahi dirinya sendiri di atas kecuaiannya.

   “Kau memang bodohlah Tasha . Bodoh betul.” Marah Tasha lagi sambil memegang rambutnya. Tasha hanya mampu berharap yang Hadif langsung tidak melihat cctv tersebut. Tasha tidak boleh melihat apa yang telah di rakamkan kerana bilik cctv sememangnya di kawal dengan ketat oleh guard yang bertugas.

    “Ini semua pasal Adam. Kalau bukan kerana Adam aku tak akan buat macam tu. Aku hormat pada Tuan Hadif. Aku bencikan pada Awa sorang saja. Dia memang tak patut bekerja dengan Aspirasi. Selagi Awa berada dengan Aspirasi selagi itulah Adam terus menerus menyukai Awa.” Fikiran Tasha menjadi bunti ketika ini.

        Untuk dapatkan cinta manusia sanggup lakukan apa saja. Cinta yang membuatkan mata dan hati manusia buta untuk menilainya.

      SELEPAS selesai makan malam bersama keluarganya Awa mencuci  pinggan mangkuk yang kotor. Selepas selesai barulah Awa bergerak menuju ke sangkar cookie dan membawa keluar cookie. Awa tersenyum pada cookie.

   “Sayang mummy dah kenyang ya. Sorry cookie sejak mummy kerja ni mummy dah jarang beri perhatian pada cookie kan. Jangan sedih tau. Mummy tetap sayang cookie.” Ujar Awa pada cookie. Dia mendukung cookie kesayangannya itu di bawa ke ruang tamu.

   Awa melihat mummy dan daddy nya sedang menonton televisyen. Akid pula sudah menghilangkan diri ke tingkat atas. Awa duduk di sofa dan dia meletakkan cookie di atas ribanya. Dengan perlahan-lahan Awa menggosokkan kepala cookie.

   “Awa tak tengok drama korea ke malam ni?” Soal Puan Fauziah dengan tiba-tiba.
   “Mummy sajalah tu kan nak perli Awa.” Jawab Awa dengan selamba. Puan Fauziah tergelak kecil.

   “Mummy tanya je.” Tambah Puan Fauziah lagi.

    “Mummy .. Anak dara awak tengok cerita korea awak membebel kalau dia tak tengok pula awak bertanya.” Encik Fathudin menyampuk. Awa sudah tersengih. Daddy nya sentiasa sporting.
   “Abang memang suka menangkan Awa dengan Akid. Ikut je perangai diaorangkan.” Luah Puan Fauziah tidak puas hati.

   “Daddy cakap je.” Jawab Encik Fathudin dengan selamba. Awa tersengih pada daddy nya.
   “Ini mummy nak tanya, kamu dengan Farhan gaduh ke?” Soal Puan Fauziah lalu memandang anak gadisnya. Awa mengerutkan dahinya.

   “Hah gaduh apanya mummy. Mana mummy dapat cerita ni?” Soal Awa.
   “Farhan yang bagitahu mummy semalam. Ada terserempak dengan dia petang semalam.” Jawab Puan Fauziah.

   “Mana ada Awa gaduh dengan dia. Biarlah dia mummy.” Awa malas bercerita tentang lamaran Farhan di majlis reunion hari itu. Dia tahu kalau mummy nya tahu pasti mummy nya marah kerana malukan Farhan di depan orang lain.

   “Kak Awa ada call.” Jerit Akid dari tingkat atas. Terkejut Awa hampir-hampir terlepas cookie dari tangannya.

    “Siapa?” Soal Awa dengan pelik.

     “Kak Fatin.” Jawab Akid. Awa terus bangun dan mendukung cookie bersama naik ke tingkat atas.
     
Bersambung....

NotaTersepit: Makin nak sampai ke penghujung makin rasa tekanannya. Sekarang ni u ollss cik writer dah keluarkan watak Mellisa. Siapa Mellisa jeng jeng jeng. Bekas tunang Hadif dalam cite Indah Anugerah Cintamu iaitu Khay tak akan ada dalam  AMB. Kisah mereka dah tamat dalam IACM. 




10 comments:

  1. Best...sambung lg. ..tak sabar nak tunggu awa dan hadif bersama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Mekasih salmi. Awa dan hadif akan bersama gak nanti tp bila tu kenalah tunggu ya.. :D

      Delete
  2. bukan bekas tunang hadif Khay ke? yg ngan dato tu utk balas dendam?
    cam x perasan pulak watak mwelissa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup memang bekas tunang Hadif nama Khay dan kisah dia X ADA dlm ni. Kita bawa keluar watak baru iaitu Mellisa. Mellisa x ada dalam IACM . Mellisa hadir dlm AMB .Mellisa ni anak Datuk Megat. Cik writer pernah mention anak datuk Megat tp x bagitahu lagi kan nama dia. Nama dia Mellisa la. Sesiapa yg rindu watak Khay memang x da dalam ni. Watak Khay tamat dalam IACM. :)

      Delete
  3. Dear Ayra, Still waiting for the sweet memorable moment between Hadif & Awa...hopefully very soon ok. Watak baru tu ok jugak, tapi jgn sampai buat Awa makan hati ye.....kesian kat Awa. She need a man like Hadif to love & protect her...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida sabar ye. Hehehe watak baru ni memang akan mengaitkan diri Awa tapi jgn risau ketika itu Awa dah ada Hadif. Sudah tentu Hadif akan protect Awa. :)

      Delete

Tq sudi komen.:D