SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Wednesday, May 22, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 12

Assalamualaikum u oll...


Selamat tengahari.Sepatutnya sambungan Aku Di Takdirkan Untukmu aku publish esok, tetapi memandang esok hari kritikal dan sibuk untuk aku di opis jadi aku update awal sikit.Ini sambungannya.Ramai yg tunggu kemunculan Dr Rafiqi tapi bersabar ya..Sedikit masa lagi banyak fokus pada Dr Rafiqi dan Dian..Ngeehhh..Terima kasih kerana membaca Aku Di Takdirkan Untukmu.. =)


                        


BAB DUA BELAS



      HARI ini adalah hari yang paling gembira buat Dian Batrisya dan juga Dhiya’ Batrisya .Ini adalah kerana hari ni adalah hari istimewa untuk mereka berdua.Hari ni merupakan hari ulangtahun umur mereka berdua.Hari ni juga genaplah Dian Batrisya dan juga Dhiya’ Batrisya dua puluh lima tahu.Cepat sungguh masa berlalu tanpa di sedari.

     “Selamat Hari Lahir  Dian dan Dhiya’.” Ujar  Puan Sakinah sambil membawa sebiji kek secret recipe .Di atas kek tersebut terlukis  nama Dian dan Dhiya’.

      “Terima kasih mak.Terima kasih  ayah.” Jawab Dian dan Dhiya’ serentak.Encik Yusuf yang berada di sebelah Puan Sakinah sudah tersenyum pada anak kembarnya.

       “Alhamdulilah.Semoga anak-anak ayah panjang umur dan menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat.”Ujar Encik Yusuf lalu menyuakan pisau plastik untuk Dian dan Dhiya’ memotong kek.
        “Baca doa dulu sebelum potong kek.”Tingkah Puan Sakinah kepada anak kembarnya.
       “Baik mak.”Jawab Dian dan Dhiya’ serentak.

        Selepas itu Dian dan juga Dhiya’ memegang pisau tadi bersama-sama sambil berpandangan sesama sendiri dengan senyuman yang terukir di bibir.Kemudian Dian dan Dhiya’ memotong kek.Dian menyuapkan kek chocolate Chip Walnut ke mulut Puan Sakinah , makankala Dhiya’ pula menyuapkan kek ke mulut Encik Yusuf.

       “Ok sekarang turn Dhiya’ pula.Cepat buka mulut Dian nak suapkan kek ni.” Tingkah Dian sambil mengambil kek lalu di suakan ke mulyt Dhiya’. Sebaik saja masuk mulut Dhiya’ sudah tersenyum pada Dian.
      “Giliran Dian pula.”Jawab Dhiya’ lalu menyuakan kek tadi mulut Dian.Selepas itu sempat lagi Dhiya; mencalitkan aising kek ke hidung Dian.Menjerit Dian seketika.

     “Dhiya’…..Nak kena budak ni .Mari sini…” Tingkah Dian pula .Di kala itu Dhiya; sudah mencebik dan berselindung di belakang ayahnya Encik Yusuf.

   “Tengoklah anak dara abang ni.Dua-duanya sama nakal.” Ujar Puan Sakinah sambil menggelengkan kepala melihat kerenah Dian yang cuba mencalit aising di muka Dhiya’.Kemain lagi Dhiya’ menepis tangan mengelak dari terkena aising kek ke mukanya.

   “ Dian jangan…Tak nak..” Dalih Dhiya’ sambil menepis tangan Dian dari terkena aising kek tadi.
   “Haaa tau takut.Siapa yang mulakan dulu.?” Soal Dian sambil mengangkat keningnya pada Dhiya’.Dengan selamaba Dhiya’ menayangkan muka yang tidak bersalah langsung.

   “Bukan selalu boleh buat macam tu.” Balas Dhiya’ sambil berjalan semula ke meja yang tersedia kek tadi.Tengok kek yang sedap menaikkan selera untuk makan.

   “Sedapnya kek ni..Pandai mak dengan ayah pilih.” jawan Dhiya’ sambil tersengih.
    “Mestilah.Ayah tahu kek ni kak kegemaran korang berdua kan.” Jawab Encik Yusuf sambil memandang anak gadisnya.Dian yang berada di belakang Dhiya’ sudah tersenyum nakal.

   Dian ..apakah idea yang sedang bersarang ni kepala Dian?Dian bergerak perlahan-lahan ke arah adik kembarnya Dhiya’.Sempat lagi dia membuat aksi untuk senyap kepada mak dan ayahnya.Dian semakin mendekat dengan Dhiya’.Jeng jeng jeng…

   “Yes..Yes..yes..Kena pun dekat muka Dhiya’.” Jerit Dian sebaik saja dia mencalitkan aising  ke pipi Dhiya’.Puan Sakinah dan Encik Yusuf sudah ketawa melihat muka masam Dhiya’.
    “Mana aci macam gini.”Balas Dhiya’ sambil menunjukkan tanda protes.

    “Ah tak kira.Tadi Dhiya’ buatkan dekat Dian. dan sekarang giliran Dian pula mengenakan Dhiya’.” jawab Dian sambil tersengih pada Dhiya’.Di kala itu juga Dhiya’ mengetap bibirnya dengan geram.Kemudian menguntum senyuman manis di bibirnya kepada Dian.Akhirnya mereka tersenyum dan bergelak ketawa.

   Pada malam hari pula giliran Dian menyambut ulangtahun hari kelahirannya bersama tunang kesayangannya.Siapa lagi kalau dengan Zafran Nufail.Dian sudah bersiap ala kadar.Malam ni Dian mengenakan satu gaun yang labuh yang berwarna merah .Di kepalanya pula di lilitkan selendang bewarna sedondon dengan baju gaun labuh yang di pakainya.

   Dian mengeluarkan tas tanggan miliknya yang bewarna hitam untuk di padankan dengan baju.Kemudian Dian melihat dirinya di hadapan cermin lalu tersenyum sebelum keluar dari biliknya.Dian menuju ke ruang tamu .Zafran Nufail sudah pun sampai di rumahnya sewaktu Dian sedang bersiap-siap tadi.

    Sebaik saja melihat Dian turun , mata Zafran Nufail terus terarah kepada tunangnya Dian Batrisya.Terpukau seketika Zafran Nufail melihat Dian pada malam ni yang jelas kelihatan sungguh anggun.Dian tersipu malu sambil tersenyum manis kepada Zafran yang sedang meniliknya.Terserlah kedua belah lesung pipitnya.

   “Cantiknya Dian malam ni.”Itulah kata-kata yang keluar dari bibir Zafran Nufail sebaik saja memandang Dian Batrisya.

     “Phewitt.Lawanya kakak kita ni.”Usik Dhiya’ pula yang sedang menonton televisyen sebentar tadi.Dhiya’ menghampiri Dian lalu memusing sekeliling Dian sambil tersenyum.

    “Sesuai sangat dengan Dian baju ni.Tak sia-sia kita beli hari itu.”Tingkah Dhiya’ lagi sambil tersenguh pada Dian.

    “Ish mana ada.Janganlah tengok macam tu.Seganlah.Kalau semua orang tengok pelik Dian nak tukar bajulah macam ni.” Jawab Dian.Encik Yusuf dan Puan Sakinah tersenyum melihat anak daranya yang anggun malam ini.

    “Eh ..eh jangan ..jangan..Dah cantik dan sesuai ni.” Jawab Dian sambil melarang Dian yang baru saja berkira-kira untuk  pergi menukar baju.

   “Tak pelik sangat ke?” Soal Dian sambil mengerutkan dahi.
   “Ish mana ada pelik.Anggun dan lawa.Betul tak mak, ayah?” Soal Dhiya’ kepada kedua ibu bapanya.
   “Betul tu.Dah lawa dah anak ayah.Baju tu dah sesuai dengan Dian.Pergilah nanti lambat pula baliknya.” Jawab Encik Yusuf .

   “Mak ok tak Dian pakai macam ni?” Soal Dian tidak berpuas hati.
    “Dah ok sangat dah Dian.Bukannya Dian pakai baju jarang.Baju ni pun bukannya ketat.Dah cantik dah.Pergilah.Jangan balik lewat.” Jawab Puan Sakinah.
   “Betul ni?” Soal Dian kepada mereka.
   “Betul .Percayalah cakap Dhiya’ ni.” Jawab Dhiya’ dengan selamba.
   “Dian jomlah kita gerak sekarang.Pak cik , mak cik , Dhiya’ Zafran minta diri dulu ya.” Jawab Zafran dengan penuh sopan.

    “Yalah.Hati-hati bawa kereta.Jangan balik lewat.” Encik Yusuf menitipkan pesanan kepada Zafran Nufail.Kemudian Zafran Nufail terus bersalaman dengan Encik Yusuf dan juga Puan Sakinah.Sebaik saja berdepan dengan Dhiya’  Zafran hanya tersenyum.Dhiya’ hanya membalas senyuman Zafran seadanya.Walaupun di hatinya masih lagi ragu dengan keikhlasan Zafran Nufail terhadap kakaknya Dian Batrisya.

   “Jaga kakak saya elok-elok.” Itu adalah pesanan yang berbunyi tegas untuk Zafran dari mulut Dhiya’ Batrisya.

    “Jangan risau Dhiya’.Saya akan jaga kakak awak sebaiknya.”Jawab Zafran Nufail sambil tersenyum.
     “Pergi dulu mak. ayah , Dhiya’.” Jawab Dian lalu bersalaman dengan keluarganya.Kemudian Dian dan Zafran berjalan seiringan keluar dari rumah keluarga Dian.Dhiya’ hanya memerhati langkah Dian dan Zafran dengan seribu persoalan tentang Zafran yang sedang bermain di kepalanya kini.

   “Hah Dhiya’, tak cemburu tengok dian.Mak dengan ayah suruh cari calon suami Dhiya’ bagi macam-macam alasan.” Tingkah Puan Sakinah.Terus lari persoalan yang menerjah di dalam kepala Dhiya’ sebenatar tadi.

   “Mak ni, kan Dhiya’ dah cakap.Dhiya’ sayangkan arwah Ilham.Mak dengan ayah tahukan Dhiya’ macam mana.”Jawab Dhiya’  lalu memeluk lengan Puan Sakinah.

   “Mak tahu, tapi sampai bila Dhiya’ nak terus begini.Dah dua tahun dah Dhiya’.Mak dengan ayah teringin juga nak tengok Dhiya’ kahwin .”Ujar Puan Sakinah lagi sambil mengusap bahu anaknya Dhiya’.
   “Awak ni Kinah.Biarlah .Berikan Dhiya’ masa.InsyaAllah satu hari nanti Dhiya’ akan bertemulah denga jodohnya.Janganlah awak risau.” Pujuk Encik Yusuf kepada isterinya.Matanya melihat wajah anak keduanya muram namun masih tersenyum.

   Setianya Dhiya’ Batrisya kepada arwah Ilham.Bagaimana pula dengan Dian dan Zafran?Apakah kasih  mereka tetap utuh walaupun di landa badai?Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.Kita sebagai manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanyan.

   Malam ini Dian dibawa ke suatu tempat yang ekslusif.Sebuah restoran mewah.Dian melangkah memasuki ke restoran tersebut.Dian berjalan seiringan dengan Zafran menuju ke meja .Mata Dian melilau-lilau melihat kawasan restoran tersebut.

   “Silakan Encik Zafran.” Tegur seorang pelayan kepada Zafran sewaktu Dian dan Zafran sampai di meja  yang telah di tempah oleh Zafran Nufail.Dian melabuhkan punggungnya ke kerusi sebaik saja Zafran menarik kerusi untuknya.

   “Terima kasih.” Jawab Dian sambil tersenyum.
    “Cantik tak tempat ni?Dian suka tak?” Tingkah Zafran Nufail sebaik saja dia duduk di kerusi yang bertentangan dengan Dian.

     “Cantik.Dian suka sangat dengan environment dia.” Jawan Dian sambil tersenyum dan menoleh kiri dan kanan.Zafran Nufail turut tersenyum  pada Dian.

   Wah Dian candle light dinner ke malam ni.Untungnya Dian.
   Sebaik saja Dian ingin menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Dian tersentak seketika apabila terdengar ada orang menyanyikan lagu Happy Birthday untuknya.Dian terus menoleh ke arah suara itu.Dian menutup mulutnya sambil memandang Zafran Nufail seketika sebelum beralih kepada beberapa orang yang datang membawa sebiji kek dan menyanyikan lagu untuk Dian.Terharunya Dian.

   “Terima kasih.” Ujar Dian kepada mereka yang telah menyanyikan lagu sebentar tadi.Kemudian Dian memandang ke wajah Zafran Nufail.

    “Awak terima kasih untuk semua ni.Saya tak tahu nak cakap apa.” Jawab Dian .Kelu lidahnya.Tidak tahu apa yang harus di katakana di saat ini.

    “Ini untuk awak sayang.Selamat hari lahir yang ke dua puluh lima tahun.May Allah bless you always my sweetheart.” Balas Zafran Nufail sambil tersenyum manis.Dian memandang Zafran dengan senyuman bahagia.

     “Terima kasih banyak-banyak.” Balas Dian pula.Dian memerhatikan kek yang tersedia di hadapannya.Kalau siang tadi dia dapat kek Chocolate Chip Walnut sekarang ni pula Dian kejutkan dengan kek chocolate fudge.Dua-dua kek ini sememangnya kek kegemarannya.

    “Potong la kek itu.” Ujar Zafran Nufail sambil menghulurkan pisau untuk Dian.Kemudian Dian mengambil pisau lalu di potong kek itu kemudian di masukkan kek yang dipotongnya ke dapam piring lalu di  berikan kepada tunangnya Zafran.

    “Terima kasih Sayang.” Jawan Zafran Nufail sambil menyambut kek yang di hulurkan oleh Dian kepadanya.

    “Sama-sama.”Jawab Dian lalu memotong kek untuk dirinya pula.
    “Ini pula hadiah untuk sayang .” Tingkah Zafran sambil membawa keluar sesuatu dari kotak segi empat.Terbeliak mata Dian memandang hadiah di depan matanya.

    “Cantiknya rantai ni.” Tingkah Dian sewaktu mengambil rantai yang di hulurkan oleh Zafran.
    “Ini hadiah hari lahir awak untuk tahun ni.” Jawab Zafran lagi.Zafran telah menghadiahkan rantai emas putih kepada tunangnya.

    “Awak ni , janganlah membazir sangat.” Tingkah Dian swaktu melihat rantai di tangannya.
    “Ini khas untuk awak sayang.Untuk awak apa-apa pun boleh.” Sengih Zafran kepada Dian.
     “Tapi saya rasa segan nak terima hadiah ni.” Jawab Dian dengan jujur.
      “Apa yang awak nak segan Dian.” Soal Zafran dengan lembut.

      “Seganlah sebab saya tak ada bagi awak hadiah apa-apa pun.”Jawab Dian sambil memandang Zafran.
      “Ke situ pula awak ni.Awak dah bagi hadiah yang tiada nilainya pada saya iaitu hati awak.Itu sudah memadai untuk saya Dian.Saya sayangkan awak.” Jawab Zafran sambil merenung ke dalam mata Dian.Dian terharu dan berkaca-kaca matanya.

    “Terima kasih Zafran.Saya pun sayangkan awak.Jangan pernah melukan hati saya ya.Itu je yang saya minta.” Jawab Dian  sambil membalas pandangan mata Zafran.

    “Saya janji saya tidak akan mengecewakan awak .Dian awak adalah segala-galanya untuk saya.Tiada sebab untuk saya melukakan sekeping hati yang bukan mudah untuk saya miliki.”Jawab Zafran Nufail lagi.Dian hanya tersenyum lalu menundukkan kepalanya ke bawah.

    Janji?Janganlah pernah berjanji kalau diri tidak mampu untuk mengotakan sebuah janji.Kadangkala janji hanya tinggal janji.Tak semua orang boleh menepati janji.

   Sesuatu yang di inginkan tidak semestinya menjadi kenyataan ada kalanya yang tidak terduga itulah yang selalu berlaku dengan tiba-tiba.
   
  Bersambung....

NotaTersepit. : Semangat hampir melayang seketika namun aku bangkit semula .Hehehe.Berusaha menyiapkan mss ADU nih..Mekasih yg selalu support aku dr belakang di mana ada ketikanya aku hampir2 berputus asa..NGeee....


   
       

2 comments:

  1. Hehheeh Ruunna mekasih singgah dan baca..Tunggu ye.Sambungannya akan di update pd hari isnin nanti.. :)

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D